sudah mula bercuti rehat hari ini. persediaan menyambut orang baru, saya beritahu kawan pejabat dan bos-bos. nampak sangat terujanya. almaklumlah. first time mother. kalau tidak, asyik terkejar sana-sini di pejabat. tarikh sudah dekat tapi ada-ada juga yang perlu dibuat.
sejak semua barang sudah dibeli, kerja yang patut dibuat sudah disudahkan dan kelengkapan ke hospital sudah disumbat dalam kereta.. hati rasa lapang. mahu berehat pula. menenangkan perasaan dan menggembirakan hati. hormon yang mampu membuat si-kecil-di-dalam melompat-lompat berguling-gulingan seronok bergumbira.
tapi ada desakan untuk mengemas-ngemas rumah, mencuci itu ini, menggosok baju-baju.. rasa tak dapat duduk diam walau telah dipesan kanda berulang-kali jangan lasak-lasak sangat.
orang kata, itu petanda awal. si-kecil mungkin sudah mahu keluar.