esok genaplah 38 minggu. takut juga kalau-kalau terasa mahu bersalin di pejabat. masa check-up isnin lepas, si-kecil-yang-di-dalam, alhamdulillah, sihat kata cik misi. cik misi mahu mengambil heart rate si kecil, tetapi dia nyenyak tidur walau puas dikejut cik misi.
perlahan-lahan, saya usap perut. menegur dia supaya bangun. terus si-kecil-yang-di-dalam bereaksi menggeliat. kadar jantungnya di doppler cik misi terus meningkat laju. cik misi tersenyum. sayapun. tipulah kalau saya tidak rasa bangga. si-kecil-yang-di-dalam sangat responsif dengan suara emaknya..
alangkah ajaib ciptaanNya. dan alangkah bertuahnya saya kerana diberi peluang untuk mengalaminya.