30 Januari 2007

kembali ke asal..

salji lebat turun mengiringi langkah pagi. saya sudah kembali semula ke sini, setelah sebulan pulang bercuti ke tanah air. maka jadual hidup yang rigid pun bermula kembali. kebanyakan rakan lain juga telah kembali. sebahagian yang lain, para sahabat dari China, mula bercuti bulan depan. saya doakan mereka pulang dengan gembira sambil menyambut perayaan tahun baru cina.

adnan, boyong dan yu zheng (saya panggil dia da-ge - abang besar dalam bahasa mandarin) akan pulang. takkan kembali. apa lagi yang mahu diturut ke sini, mereka telah tamat pengajian dengan jayanya. saya tumpang gembira, sambil mengusik-ngusik. ajak bertukar tempat dengan saya. hanya ucapan 'selamat berjaya' yang mampu adnan ucapkan dengan tawa yang ditahan-tahan. memang dia banyak membimbing saya. sudah pasti saya akan merasakan kehilangan yang agak ketara. dan saya telah memberi amaran kepada nagi awal-awal lagi. dialah abang long saya selepas ini. selain avaz.

saya telah pulang. dalam hamparan salji yang memutih, saya berdoa. agar hari-hari yang bakal datang dipermudahkanNya. amin.