sepanjang blog saya berhibernasi dan langsung tidak dipedulikan, ada banyak kisah gembira yang berlaku dalam hidup saya. alangkah ruginya kerana saya terlepas menulis tentang kisah-kisah gembira itu.
takdirnya, seiring dengan pertambahan usia, kita akan jadi pelupa. apa yang saya coret dalam blog itu membantu saya ingat kebanyakannya yang hilang daripada ingatan.
saya mesti mengingatkan diri supaya rajin menulis, kelak saya mampu tersenyum manis mengenang setiap memori.
Memaparkan catatan dengan label asam garam hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label asam garam hidup. Papar semua catatan
02 Julai 2019
21 Mac 2019
drama.
bagaimana manusia boleh cakap yang muluk-muluk dan manis-manis di hadapan tetapi mengata serta menikam teruk di belakang? berani betul membuat cerita yang bukan-bukan.
dasar pemenang anugerah pelakon terbaik.
dasar pemenang anugerah pelakon terbaik.
30 November 2018
have courage and be kind.
kita mesti tanam dalam hati kita..
- everybody has their own struggle in their life.
- everyone has a chapter they don't read out loud.
maka, tolonglah.
DON'T JUDGE.
have courage and be kind.
- everybody has their own struggle in their life.
- everyone has a chapter they don't read out loud.
maka, tolonglah.
DON'T JUDGE.
have courage and be kind.
15 Mei 2018
yang terindah hanyalah sementara.
alangkah sedihnya dipaksa bertukar bahagian atas dasar tamak dan lapar kuasa seorang dua yang duduk di atas. sudahlah bukan senang untuk saya ke mari, mudah pula mereka membuat percaturan demi memuaskan hati masing-masing.
kamu ingat dunia ini pentas catur kamu?
15 Januari 2018
permulaan baharu.
saya melapor diri di tempat baru, hari ini.
lama benar saya menunggu. sudah setahun.
alhamdulillah.
lama benar saya menunggu. sudah setahun.
alhamdulillah.
03 November 2017
cita-cita dan impian kena selari.
sebabnya, kita saja yang mahu berada di sini.
orang tak ingin pun pada kita.
ala-ala terhegeh-hegeh.
marilah mengejar cita-cita dan impian lain yang lebih bermakna.
orang tak ingin pun pada kita.
ala-ala terhegeh-hegeh.
marilah mengejar cita-cita dan impian lain yang lebih bermakna.
23 Mei 2017
ada sinar di hujung jalan. insyaAllah.
biar saya berterus-terang sahaja.
sejak saya ke tempat baharu, memang saya tiada apa yang boleh dibuat melainkan membaca sehingga sudah sampai tahap jemu. setiap hari juga, saya menjadi sangat berkira-kira mahu ke pejabat. kalau berkira sesekali itu, biasa mudah untuk diatasi. ini tidak.
saya sudah sampai pada satu tahap yang saya mahu saja ambil cuti tanpa gaji. sayapun sudah malu juga asyik bertanya skop tugas. macamlah saya ini bagus sangat, beria-ia meminta kerja. tetapi jika orang lain sibuk benar dan sangat sayangkan kerja mereka, apalah yang mampu saya buat lagi? jadinya, kerja secara runcit sajalah. dipanggil mesyuarat, saya datang. buat saja apa yang disuruh. in a way, this is such a waste, considering that my post is a management post! saya cuba juga bergerak sendiri, tetapi nampaknya cara itu tidak berkesan di sini. masuk kandang kambing, mengembek. bukan?
agak malang kerana sebenarnya, inilah bidang yang saya mahu dalami sejak 4, 5 tahun yang lalu! tertunda-tunda sejak diminta menguruskan pentadbiran bahagian, kemudian bahagian kami dilenyapkan seterusnya saya 'tercampak' membuat tugas-tugas penilaian permohonan teknikal yang tiada henti.
dalam keadaan begini, apakah kegembiraan yang dibawa oleh berita yang saya baru terima? adakah ini jawapan kepada semua doa yang saya panjat kepadaNya selama beberapa bulan ini?
semoga jalan yang ditunjukkanNya selepas ini membawa lebih banyak kebaikan dan rahmat dalam hidup saya dan orang tersayang. amin.

30 April 2017
kegembiraan anak.
selama ini yang saya perlu tinggal di hotel membawa bersama-sama orang kesayangan saya, tidak sekali para hero dibawa ke kolam renang melempias gembira. kali ini saya katakan pada kanda, agenda utama ialah to let the kids have the utmost fun. mak ayah perhatikan saja ;)
sudahnya, anak-anak tidak mahu pulang.
aduh, pening kepala jadinya!
kami melawan penat dan kantuk setelah makan tengah hari, cadangan kanda untuk singgah ke taman buaya saya sambut setuju sahaja. pada orang dewasa, apalah yang ada pada taman buaya. pada anak-anak, ia amat bermakna.
dan apalah sangat penat kita ini - menjadi tiada apa-apa, dek melihat mata anak bersinar penuh rasa puas.
19 Januari 2017
wahailah anak..
adik hero mengamuk sakan sepanjang perjalanan kami ke pejabat.
panas sungguh hati. naik jugalah suara tadi. akan tetapi maknya ini sudah berjanji habis pada diri supaya meningkatkan kesabaran dan melebihkan lemah-lembut pada anak. maka, tepis jauh-jauh rasa (h)angin dan pujuk juga dengan penuh sayang disulam jenaka.
tapi paling menyentuh hati apabila dalam tangis membentaknya, adik hero bilang mak selalu marah-marah dia. walau saya balas dalam gurau yang dia juga suka minta maaf kemudian mengulang balik kelakunya, tetaplah dia dengan membentak-bentak comel. saya hanya mampu menahan senyum dan ulang kali bilang sama adik hero, saya tetap sayangkan dia walau apapun yang dia mahu fikir.
dengan anak yang saorang ini, strategi harus lebih dan lemah-lembutnya harus berganda-ganda. sekarang, apa lagi strategi yang perlu saya guna ya?
18 Januari 2017
16 Januari 2017
gosip.
gosip, seperti cemburu dan iri hati, pun sama seperti api marak yang membakar hangus hati dan juga persahabatan.
kawan jenis apakah kamu?
kawan jenis apakah kamu?
15 Januari 2017
hadiah.
antara bertanya dahulu kepada yang mahu dihadiahi atau beli saja terus buat kejutan, yang mana kamu akan buat?
saya pilih, bertanya dahulu.
lebih mudah, lebih menggembirakan.
lagipun, membeli dan memberi hadiah adalah perkara yang amat menyeronokkan!
kan?
11 Januari 2017
cemburu dan iri hati umpama api marak yang membakar hangus hati, kawan.
kata The Ancient One kepada Baron Mordo, "We never lose our demons, we only learn to live above them".
kita - yang ada baik buruk dalam hati kita, tentukan 'serigala' mana yang akan menang. didoakan kita sama-sama berusaha untuk mengatasi api marak yang memamah lalu membunuh hati masing-masing.
bukankah bahagia juga kalau kita melihat kegembiraan orang lain?

07 Januari 2017
masalah tidak bersifat infiniti.
kita usah menyalahkan orang lain kalau kita sendiri tidak sedaya-upaya untuk mengubah keadaan kita. kalau kita lebih suka menjadi mangsa, ditindas dan diperkotak-katik tanpa mencuba mencari penyelesaian, itu maksudnya kita sendiri yang salah.
mungkin meratap nasib, bergaduh, mengadu domba, menyalahkan orang, menderita, atau menunjuk malang adalah cara paling mudah untuk menagih simpati sekeliling. mungkin itu jauh lebih mudah daripada duduk sejenak bertafakur dan memerah otak mencari jalan keluar. mungkin.
bukan salah orang kalau kita sendiri tidak mahu berusaha.

01 Januari 2017
2017
berita tahun baru yang menggembirakan.
tahun baru, nafas baru, semangat baru.
tempat baru,tugas baru, suasana baru. oh, yang ini perlu tunggu (tak lama) sehingga aura tahun baru pudar sedikit :D
ayuh, tak sabar saya mahu mulakan!
tahun baru, nafas baru, semangat baru.
tempat baru,tugas baru, suasana baru. oh, yang ini perlu tunggu (tak lama) sehingga aura tahun baru pudar sedikit :D
ayuh, tak sabar saya mahu mulakan!
20 Disember 2016
susuk tubuh bukan untuk kebanggaan.
hentikanlah mempersendakan susuk tubuh orang.
kamu, bukannya lawa dan sempurna manapun..
sekian.
-orang yang selalu dipersendakan-
01 Disember 2016
bangun dan sedarkan diri.
untuk pertama kali dalam hidup saya, saya sedar sebenar-benar sedar yang hidup saya ini, saya yang kawal. saya mesti rancang, buat, usaha, doa dan istiqomah. agaknya saya angkuh sangat fikir hidup saya teratur dan tak perlukan muhasabah sangat.
paling utama, saya tidak patut jadikan halangan, perkara negatif dan masalah sekeliling mengaburi pertimbangan dunia akhirat saya.
paling utama, saya tidak patut jadikan halangan, perkara negatif dan masalah sekeliling mengaburi pertimbangan dunia akhirat saya.
tersedar dan terduduk sekejap.
ya Allah.
terima kasih kerana masih sayangkan saya dan jentik hati saya pagi ini.
29 November 2016
rezeki
berapa ramai antara kita yang faham yang rezeki murah bukanlah wang ringgit, pangkat dan harta benda semata-mata?
masa yang lapang dan banyak perkara dapat dibuat.
melalui hari yang gembira.
semangat diri yang kuat.
jiwa yang sabar, tenang dan merasa cukup.
semangat diri yang kuat.
jiwa yang sabar, tenang dan merasa cukup.
suasana pejabat yang seronok walau banyaknya kerja menanti disiapkan.
kawan-kawan yang baik.
bos dan penyelia yang memahami.
dapat banyak beribadah.
keluarga yang penyayang dan saling mengambil berat.
berapa ramai antara kita yang faham itu?
30 Jun 2016
mesti produktif.
hari ini, syukurlah saya produktif dan efisien (chewah!) dalam tugas saya. maklumlah saya terhanyut 'berperang' tempoh hari, kenalah bayar balik.
mungkin semangat datang membuak-buak memikirkan cuti lama akan menyapa dan semakin menghampiri.
senangnya dalam hati.
mungkin semangat datang membuak-buak memikirkan cuti lama akan menyapa dan semakin menghampiri.
senangnya dalam hati.
12 Jun 2016
pilihan di depan mata.
saat kita berlumba-lumba mencari kemewahan hidup dan memajukan kerjaya kerana fikir itu sangat utama, kita mungkin lupa yang bahagia itu sebenarnya ada depan mata kita -- anak-anak dan pasangan kita. ada masanya ragam dan keletah mereka mampu bikin darah mendidih lebih panas daripada lahar gunung berapi. selalunya, ragam manis-manis sahaja yang mereka beri buat hati tercuit dan tidaklah kita akan mendapat diabetes pun kalau asyik manis begitu.
kita pilihlah yang baik-baik untuk buat kita gembira.
hidup ini penuh dengan pilihan, bukan?
kita pilihlah yang baik-baik untuk buat kita gembira.
hidup ini penuh dengan pilihan, bukan?
Langgan:
Catatan (Atom)