30 April 2017

kegembiraan anak.

selama ini yang saya perlu tinggal di hotel membawa bersama-sama orang kesayangan saya, tidak sekali para hero dibawa ke kolam renang melempias gembira.  kali ini saya katakan pada kanda, agenda utama ialah to let the kids have the utmost fun. mak ayah perhatikan saja ;)

sudahnya, anak-anak tidak mahu pulang. 
aduh, pening kepala jadinya!

kami melawan penat dan kantuk setelah makan tengah hari, cadangan kanda untuk singgah ke taman buaya saya sambut setuju sahaja. pada orang dewasa, apalah yang ada pada taman buaya. pada anak-anak, ia amat bermakna.

dan apalah sangat penat kita ini - menjadi tiada apa-apa, dek melihat mata anak bersinar penuh rasa puas.

29 April 2017

tinggal jadi sejarah, hendaknya.

kami ke melaka sekeluarga, bercuti-cuti menghilangkan lelah dan mahu menambah stok gula melaka asli. mahu lihat para hero kesayangan bergembira, ya juga. sesaknya melaka ketika cuti atau hujung minggu, ya Tuhan. kami pilih saja untuk menikmati hari di luar pusat bandar.

selain itu, saya amat mengharapkan burnout saya hilang tertimbus di celah-celah runtuhan kota a famosa.. biarlah ia tertinggal menjadi sejarah yang tidak akan berulang lagi. 

28 April 2017

peraih perhatian.

susah dengan orang yang mahu benar menarik perhatian demi perhatian.
rasa kasihankan dia ada juga, tenggelam timbul dalam hati saya.

kamu mahu apa dalam hidup kamu, sebenarnya?

26 April 2017

cubaan untuk mencari jalan penyelesaian.

this article really explains why i lost interest in so many things i used to be passionate about.

saya syak saya sedang alami fasa burnout. saya ingatkan anxiety tetapi sesudah baca artikel ini, burnout itu lebih tepat lagi. habis berjangkit ke banyak perkara lain dalam hidup saya. ini sangat tidak sihat, saya tahu tetapi saya hanya baru dapat kesan setelah buat beberapa pembacaan dan penelitian pada diri.

harap-harap program bercuti sekeluarga hujung minggu ini, dapat hilangkan kesan 'hangus' yang ada semuanya.

hey my mojo, please get back to work!

17 April 2017

cucuk dua tahun, yang terlewat.

marah benar pwincess hero, mak biarkan dia dicucuk acik misi.

sementara menunggu, dia asyik marah-marah, "dahhhh, dahhhh," sambil mengajak mak balik. silap maknya juga - kenapalah saya berbisik beritahu dia akan dicucuk seperti kawan-kawan lain yang keluar daripada bilik khas. ingatkan supaya dia boleh bersedia lebih awal. dahulu dengan abang-abangnya, saya ada beritahu awal-awal dan abang-abang dapat lalui dengan baik. anak dara nan saorang ini, berbeza.

sampai ke malam, marahnya masih bersisa. langsung tidak mahu dengan mak. asyik berkepit dengan ayah.

eoklah nak. lenalah mak tidur malam ni. ha ha.