20 September 2011

mahu jadi apa nanti?

agak kesal melihat anak-anak muda yang malas mendalami ilmu sementara masih muda dan bertenaga. sedangkan jalan mereka itu, masih amat jauh lagi. sepatutnya, peluang menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sangat perlu bagi menyediakan diri sebelum mahu berada di kerusi bos yang empuk (kononnyalah). tidaklah nanti hanya tahu mengarah-arah sambil hebat mempraktikkan ilmu tai chi semata.

bukan taichi yang untuk kesihatan itu ya. ini tai chi yang melempias arahan dari atas ke anak buah kerana malas bekerja lebih walaupun pangkat dan gajinya lebih.

saya juga harap saya tidak menua dalam kejumudan yang hanya membinasakan diri..

18 September 2011

cantas-mencantas.

secara tak sengaja, saya terpotong putik bunga orkid - kesayangan baru saya. tak tahu rupanya ada putik muda yang menanti untuk keluar dari kepompongnya menjadi bunga yang cantik mekar. kesalnya! kurang ilmu tentang orkid satu hal. mencantas satu keindahan itu satu hal lagi.

buat saya terfikir hal lain pula, serta-merta.

dalam kehidupan kerjaya, adakah orang-orang 'besar' yang ada kuasa berasa seronok mencantas anak-anak buah yang nampak lebih berkebolehan? cantasnya itu, kerana tidak tahu atau sengajakah? cemburukah? agak-agak, mereka ada rasa (sedikit) kesal jika pernah terbuat begitu? entahlah.

saya masih kesal tiap kali terpandang si orkid. lambat lagilah nampaknya mahu melihat bunga kuningnya mekar indah menghiasi laman. semoga dalam hidup saya, saya tidak mencantas sesiapa pula, semata-mata untuk berjaya.

14 September 2011

50-50.

macam ada tapi kabur-kabur pula.
tak mengapa. kita tunggu seminggu lagi..

09 September 2011

sudah dua tahun.

syukur alhamdulillah atas kurniaNya, anakanda hadir dalam hidup kami. memberi warna seindah pelangi. menambah rencah dalam meniti usia. semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berjasa kepada agama dan keluarga.

selamat ulang tahun kedua, anakanda. mak dan ayah sayang sangat pada kamu.