23 Oktober 2008

melankolik [ii]

melihat kembali gambar-gambar semasa di perantauan dulu membuat hati terusik dan termenung mengimbau kenangan lama. entahlah akan berulang kembali tidak. kerana pahit masih terasa. katanya Friedrich Nietzsche, what doesn't kill us, make us stronger. betulkah? jadi lebih numb, zombi dan letih yang amat, adalah.

aih.. bulan ini memang penuh dengan melankolik. entah dek masih dalam mood beraya, atau mata sakit (yang semakin berkurangan)..atau dek teringat-ingat ajakan avaz, sahabat yang masih berjuang di sana. katanya, marilah datang dan menyambung perjuangan. bukankah saya perlu kembangkan lagi kerja yang belum selesai itu? ditambah usikan prof Jerman kacak bergaya, sudah tiada orang datang menjenguk bertanya khabar di petang-petang hari, seperti selalunya untuk 2 tahun sebelumnya.

saya rindukan bunga ceri yang berkembang mewarnai alam seawal musim bunga. dan snowflakes yang pelbagai bentuk memutihkan bumi. serta dedaun maple yang mengering tanda musim luruh bakal menjengah. benar-benar rindu..

tapi saya ada hidup baru di sini. sayapun perlu melangkah terus ke hadapan membawa semua kenangan buat pedoman dan pengajaran. hati sarat dengan kenangan, namun akal memukul kesedaran agar berpijak di bumi nyata. harapnya, segala pengalaman yang dikutip mampu mematangkan saya..selain sangat membantu saya mengawal perasaan berhadapan dengan kata-kata tidak seronok didengar semenjak pulang bertugas di sini.

atau mungkin saya jadi melankolik, kerana sudah tidak selantang dulu? saya kini lebih suka melihat dan memaksa diri berfikir. walaupun selalu juga telinga merah menahan kata-kata tidak menyenangkan. entah kenapa manusia selalu mahu cemburu. selalu mahu nampak lebih mengatasi. selalu mahu memijak kepala orang lain untuk naik ke atas. ada masanya saya mahu saja berkata. saya bukan saingan kamu. kita dalam satu pasukan. dan saya rasa bodoh untuk bertikam lidah dengan kamu. saya tidak peduli kalau kamu lebih hebat itu ini daripada saya. jauh di sudut hati saya, saya yakin dengan kemampuan sendiri. yang nyatanya kamu takutkan bayang-bayang kamu sendiri.

manusia ini.. macam-macam.

sambil kenangan berputar ligat silih berganti, sungguh, saya jadi melankolik lagi..

13 Oktober 2008

ironi juga.

dek tidak tertanggung mata yang membengkak dan gatal serta berair, maka kami singgahlah di poliklinik swasta di precint 9. 2nd opinion.. bukan tidak percaya keupayaan kakitangan hospital kerajaan kononnya. tapi itulah..

dan pengajarannya ialah..

tidak semua manusia sempurna. waima yang bekerja di klinik swasta sekalipun. kalaulah saya pasrah menerima (iya..orang sakit memang pasrah dengan keadaan), sudah pasti ubat telinga yang akan dititik ke dalam mata. kalaulah bukan kerana sifat ingin tahu mengatasi segalanya mendorong saya membuka arahan penggunaan yang menampal label ubat yang sebenar, alahai, mungkin saya akan 'mendengar' dengan mata dan 'melihat' dengan telinga selepas ini.

sila baca label ubat dengan teliti. untuk kebaikan diri sendiri jua.

eh cik kak, lain kali tengok betul² sebelum bagi ubat ok~?

09 Oktober 2008

ironi.

hari ulangtahun ke-.. err, ke sekian kalinya ;).

tidak, saya tidak pernah terasa tua ha ha.
dan pagi saya disambut mata yang membengkak. alahai. mesti berjangkit dari Abah, Beddie dan si kecik (yang sudah besar panjang) Erin sepanjang Aidilfitri lepas.

hati tersentuh membaca emel profesor Jerman kacak bergaya yang tidak lupa dengan the very best birthday wishesnya. sir.. i wish you all the best wishes in the world, too.

hari yang istimewa. dengan mata yang merah, bengkak dan gatal². tapi hati berbunga riang. kerana mata yang sepet masih dapat melihat hadiah
dari kanda-yang-bertakhta-di-hati: microwave oven. cantik tersusun sebaris barangan elektrik lain. sudah digunakan menghangatkan capati yang dibeli pagi tadi. mahu memasak pun tidak boleh. mata dan muka yang terasa berat sebelah ini tidak mahu berkompromi dengan keinginan membuak mahu menggunakan si-empat-segi itu.

psst, psst. oh ya
, kanda. ketuhar kek itu on the way.. kan kan kan? *mata kelip²*

06 Oktober 2008

tiada kata.

rindu memanglah rindu.