02 Julai 2019

itulah, tak terkhabar banyak cerita gembira.

sepanjang blog saya berhibernasi dan langsung tidak dipedulikan, ada banyak kisah gembira yang berlaku dalam hidup saya.  alangkah ruginya kerana saya terlepas menulis tentang kisah-kisah gembira itu.

takdirnya, seiring dengan pertambahan usia, kita akan jadi pelupa. apa yang saya coret dalam blog itu membantu saya ingat kebanyakannya yang hilang daripada ingatan.

saya mesti mengingatkan diri supaya rajin menulis, kelak saya mampu tersenyum manis mengenang setiap memori.