31 Disember 2008

bukan ya..

letihnya menunggu giliran. tapi suara ceria puan doktor yang riang ria mengucapkan tahniah sambil menulis prekripsi membuatkan rasa letih hilang entah ke mana. "sudah lima minggu satu hari ya," suara dia tetap ceria. saya yang kelu, hanya mampu mengangguk. menyeringai senyum. saya ucap terima kasih, berulangkali sehinggalah pintu bilik si puan doktor yang baik hati itu tertutup rapat kembali.

sudah lama mengharap. bila sudah mendapat, terdiam jadinya. kanda-yang-bertakhta-di-hati pun.

ini bukan mimpi siang hari.. bukan.

30 Disember 2008

sabar menunggu.

perihal lewat memang sangat tidak munasabah kalau tidak disertai alasan yang boleh diterima akal. seperti tidak munasabahnya bila sudah membuat salah, lagi mahu mencari salah orang lain supaya diri sendiri nampak kurang bersalahnya.

tapi lewat yang satu ini memang dinanti-nanti. kerana lewat yang ini selalunya memberi khabar berita gembira. lebih lagi pada saya yang mengharap ini.

sudah agak lama menyimpan impian..

23 Oktober 2008

melankolik [ii]

melihat kembali gambar-gambar semasa di perantauan dulu membuat hati terusik dan termenung mengimbau kenangan lama. entahlah akan berulang kembali tidak. kerana pahit masih terasa. katanya Friedrich Nietzsche, what doesn't kill us, make us stronger. betulkah? jadi lebih numb, zombi dan letih yang amat, adalah.

aih.. bulan ini memang penuh dengan melankolik. entah dek masih dalam mood beraya, atau mata sakit (yang semakin berkurangan)..atau dek teringat-ingat ajakan avaz, sahabat yang masih berjuang di sana. katanya, marilah datang dan menyambung perjuangan. bukankah saya perlu kembangkan lagi kerja yang belum selesai itu? ditambah usikan prof Jerman kacak bergaya, sudah tiada orang datang menjenguk bertanya khabar di petang-petang hari, seperti selalunya untuk 2 tahun sebelumnya.

saya rindukan bunga ceri yang berkembang mewarnai alam seawal musim bunga. dan snowflakes yang pelbagai bentuk memutihkan bumi. serta dedaun maple yang mengering tanda musim luruh bakal menjengah. benar-benar rindu..

tapi saya ada hidup baru di sini. sayapun perlu melangkah terus ke hadapan membawa semua kenangan buat pedoman dan pengajaran. hati sarat dengan kenangan, namun akal memukul kesedaran agar berpijak di bumi nyata. harapnya, segala pengalaman yang dikutip mampu mematangkan saya..selain sangat membantu saya mengawal perasaan berhadapan dengan kata-kata tidak seronok didengar semenjak pulang bertugas di sini.

atau mungkin saya jadi melankolik, kerana sudah tidak selantang dulu? saya kini lebih suka melihat dan memaksa diri berfikir. walaupun selalu juga telinga merah menahan kata-kata tidak menyenangkan. entah kenapa manusia selalu mahu cemburu. selalu mahu nampak lebih mengatasi. selalu mahu memijak kepala orang lain untuk naik ke atas. ada masanya saya mahu saja berkata. saya bukan saingan kamu. kita dalam satu pasukan. dan saya rasa bodoh untuk bertikam lidah dengan kamu. saya tidak peduli kalau kamu lebih hebat itu ini daripada saya. jauh di sudut hati saya, saya yakin dengan kemampuan sendiri. yang nyatanya kamu takutkan bayang-bayang kamu sendiri.

manusia ini.. macam-macam.

sambil kenangan berputar ligat silih berganti, sungguh, saya jadi melankolik lagi..

13 Oktober 2008

ironi juga.

dek tidak tertanggung mata yang membengkak dan gatal serta berair, maka kami singgahlah di poliklinik swasta di precint 9. 2nd opinion.. bukan tidak percaya keupayaan kakitangan hospital kerajaan kononnya. tapi itulah..

dan pengajarannya ialah..

tidak semua manusia sempurna. waima yang bekerja di klinik swasta sekalipun. kalaulah saya pasrah menerima (iya..orang sakit memang pasrah dengan keadaan), sudah pasti ubat telinga yang akan dititik ke dalam mata. kalaulah bukan kerana sifat ingin tahu mengatasi segalanya mendorong saya membuka arahan penggunaan yang menampal label ubat yang sebenar, alahai, mungkin saya akan 'mendengar' dengan mata dan 'melihat' dengan telinga selepas ini.

sila baca label ubat dengan teliti. untuk kebaikan diri sendiri jua.

eh cik kak, lain kali tengok betul² sebelum bagi ubat ok~?

09 Oktober 2008

ironi.

hari ulangtahun ke-.. err, ke sekian kalinya ;).

tidak, saya tidak pernah terasa tua ha ha.
dan pagi saya disambut mata yang membengkak. alahai. mesti berjangkit dari Abah, Beddie dan si kecik (yang sudah besar panjang) Erin sepanjang Aidilfitri lepas.

hati tersentuh membaca emel profesor Jerman kacak bergaya yang tidak lupa dengan the very best birthday wishesnya. sir.. i wish you all the best wishes in the world, too.

hari yang istimewa. dengan mata yang merah, bengkak dan gatal². tapi hati berbunga riang. kerana mata yang sepet masih dapat melihat hadiah
dari kanda-yang-bertakhta-di-hati: microwave oven. cantik tersusun sebaris barangan elektrik lain. sudah digunakan menghangatkan capati yang dibeli pagi tadi. mahu memasak pun tidak boleh. mata dan muka yang terasa berat sebelah ini tidak mahu berkompromi dengan keinginan membuak mahu menggunakan si-empat-segi itu.

psst, psst. oh ya
, kanda. ketuhar kek itu on the way.. kan kan kan? *mata kelip²*

06 Oktober 2008

tiada kata.

rindu memanglah rindu.

23 September 2008

sudah seratus.

sudah seratus hari di tempat kerja baru. dan seratus tiga puluh hari dari hari lafaz kanda-yang-bertakhta-di-hati disambut 'sah!' oleh para saksi. masih teringat getar suara Abah mengakad, masih ada sedikit inai bersisa di jari. masih terkejar-kejar di pejabat baru. masih itu, masih ini.

seratus hari yang berlalu.

02 September 2008

sudah lain.

tahun ini, berRamadhan sebagai seorang isteri. masih belum dapat memasak untuk kanda-yang-bertakhta-di-hati. al-maklumlah, walaupun dapur sudah ada, tong gasnya masih belum terbeli. barang² pun masih belum dikemas². letih tak terkira dek berpindah rumah. maka, suasana merdeka dan Ramadhan saya dikelilingi kotak² dan beg² besar, selain asyik ke sana sini mencari perabot yang sesuai.

mulai hari ini, perjalanan ke pejabat hanyalah 8-10 minit. tidaklah terkejar² dan jenuh dalam perjalanan sepertimana sebelum ini. nak jalan kakipun boleh *mata kelip²*. harapan saya, moga hidup akan jadi lebih teratur selepas ini.

seronoknya!!

06 Ogos 2008

perempuan memang suka menguji.

bilamana ditanya kenapa mahu berkahwin dengan saya lantas dijawabnya kanda-yang-bertakhta-di-hati bahawa dialah jodoh saya, lidah jadi kelu dan hati yang berbunga bertambah berbunga beribu² lemon.

sudah tahu itu yang akan diucap, tapi mulut tetap laju mahu bertanya kerana telinga tidak jemu masih mahu mendengar.

05 Ogos 2008

tapi saya suka..

tudung² dengan batu² bergemerlapan. menyilau mata yang memandang.

selendang² yang indah berwarna-warni. berbelit² bila mahu memakai.

cantik!

21 Julai 2008

maaflah. sangat².

sudah lebih sebulan saya bertukar status. masih rasa janggal dipanggil isteri. walaupun sebelum ini, i always insist on being acknowleged as 'puan' rather than 'cik'. bila sah digelar puan tidak boleh ditukar cik, rasa lain pula. ada satu hari, sahabat saya berkata sesuatu kepada saya dan antara yang disebut ialah 'suami kau..', saya panik kerana rasa sangat tidak biasa.

saya dapat tahu..sangat ramai sahabat saya terlupa jemput untuk hari bersejarah saya. saya benar tidak sengaja. kesibukan memulakan kembali hidup setelah kembali dari Seoul sejak Mac lalu sungguh-sungguh membuatkan saya 'terbenam' dalam rutin yang umpama 'roller coaster'. saya kira, bukan mudah untuk orang memahami erti 'memulakan kembali' hidup jika tidak mengalami apa yang saya lalui. tapi, biarlah. kalau boleh, saya tidak mahu ada yang menjadi seperti saya. letih yang amat..

apapun, ada hidup baru menanti di hadapan saya. selain dapat bertukar ke pejabat baru yang menjanjikan cabaran kerja yang lebih menyeronokkan, sayapun mahu menyesuaikan diri dengan gelaran baru ini. tak kisahlah apa yang akan mendatang, sekarang ada teman setia di sisi. kalau dahulu hidup sedia ada gembira dan bahagia, kini tambah bermakna. bak kata dalam lagu sheila on 7 itu: '..kau kini ada'..


07 Julai 2008

kerana diriku begitu berharga.

dalam menghadapi manusia atau perkara yang meninggikan kadar tekanan darah dan menambah serabut dalam kepala, sayapun perlu memilih juga. adakah konflik itu akan mengajar saya sesuatu yang baru? bertambahkah ilmu dan pengalaman? will i become a wiser and better person? or am i fooled by these obstacles and let them drown me alive?

kalaulah konflik itu hanya akan menarik kaki lebih jauh ke dalam pasir jerlus, kenapa dibiarkan diri hanyut terumbang-ambing? pada saya, itu hanya merugikan. kata orang tua², biarkan luncai terjun dengan labunya. kita? janganlah terjun sama..

choose your fight.
seperti kata-kata model l'ore*l itu, because you worth it. kan?

pssst..pergilah menonton 'hancock'..

02 Julai 2008

baiklah!

ya. saya akan update.

.....
........
...........

aih, malasnya! hahaha.

03 Mei 2008

mulut memang suka bercakap. suka sangat.

nasi lemak 2 ringgit.. vs. nasi lemak 30 sen.

janganlah mengata nasi lemak yang seciput. dah itu yang menjadi ketentuan sejak azali. apa yang mahu dibangga²kan sangat dengan nasi lemak 2 ringgit. sudahnya, masuk ke perut, kenyang juga yang memakan.

20 April 2008

apa nak buat.

sesudah sebulan di'peram' di library, saya ditempatkan di sebuah jabatan yang sangat gah bunyinya. dek kerana gah, perlu tunggu beberapa hari lagi untuk penempatan yang sebenar pula. pulak dah, protes hati kecil saya. terkejut juga bila pertama kali menjejak kaki di tempat bertugas. terbayang² jalan penuh berliku di hadapan mata. the air smells challenges and obstacles. tidak boleh mengeluh, kerana telah saya panjatkan doa kepadaNya. mana yang terbaik untuk saya.

berita gembira diterima isnin sebelumnya, bertukar menjadi kehampaan pada jumaat yang lalu. tersalah makluman, kata mereka. terdiam sejenak, sungguh saya tidak mampu untuk menyembunyikan kehampaan. tergambar di riak wajah. hinggakan pegawai yang berurusan dengan saya itu merasa agak bersalah, mungkin, dan ditolongnya saya menghubungi semua pihak yang terlibat bagi memudahkan urusan selanjutnya.

hati yang berbunga² bertukar layu. maklumlah, sudah terasa yang perit-jerih di bumi orang sebelumnya seakan² terbayar. ditarikNya sekejap, for me to be more humble.. malah untuk mengejutkan saya, supaya lebih pandai menilai. mana kaca, mana intan. hilang sekejap semangat berkobar² untuk membantu tempat baru 'berlari' membariskan diri sehebat agensi² lain. tidak boleh lemah semangat. ujian ini hanya kecil sahaja. dibandingkan dengan sebelum ini. insyaAllah.

dan saya gunakan hujung minggu bersantaian. bergembira dengan ahli² keluarga. saya kira, mereka sedaya-upaya juga menggembirakan saya. malah si dia, Abah dan Mak berulangkali juga menghubungi saya. menceriakan hati gundah.

saya rasa bersalah. kerana membuatkan orang² tersayang bimbang.

pada semua yang mengenali saya. apapun rezeki yang kamu terima, tidak pernah saya cemburu. kamu naik pangkat lebih dahulu, atau punya material lebih, kereta mewah hatta rumah besar. punya segalanya. saya sangat² tumpang gembira. tidak pernah terlintas untuk membandingkan diri dengan kalian. pada saya, rezeki adalah ketentuanNya. semua orang, setiapnya ada bahagiannya masing² daripada 'kek' rezeki anugerahNya. jangan diintai lebihnya orang. jangan dikira kurangnya kita. bersyukur dengan apa yang ada. berusaha bersungguh² dengan hati yang tulus. hidup bukan semata² harta dan pangkat. hidup ini lebih daripada itu.

saya doakan tinta² kelabu daripada hati² kamu, hilang dan menjadi sejernih kristal. supaya orang² di sekeliling turut sama tersinar dek kilauan cahaya biasan itu. iya. saya benar² doakan.

14 Mac 2008

indahnya bumi bertuah.

sinar matahari yang terang memancar, menyilau pandangan. sudah 2 minggu saya kembali. masih belum pasti ke mana akan di'campak' bertugas. maka hari² saya berlalu dengan sangat lambat dan membosankan. tetapi saya memujuk hati yang walang dengan bersenang-lenang sebelum menjadi sibuk semula, seperti dulu². saya sangat tekad untuk berjalan² ke sana ke mari selagi pegawai terlibat tidak memutuskan kedudukan saya. brrrr, jemu sungguh.

sejuknyalah bilik akak kainbatik ni..

27 Februari 2008

umpama belut pulang ke lumpur.

saya akan pulang! hari ini. jam 6.20 petang nanti. back for good.

semalam, berjalan² menikmati lampu² neon kota Seoul. "nikmati puas² kak," usik adik².
entah bila akan ke mari semula. yang pasti, tidaklah sebagai pelajar.. serik :p..

buat masa ini, semua penat-lelah sudah hilang. melihatkan sijil di tangan, saya rasa bagaikan mimpi. sekarang, saya hanya mahu pulang. dan bersama² kembali dengan orang² tersayang..

tunggu saya di kuala lumpur. dan tidak..cinta saya tidak tertinggal di seoul ;)

26 Februari 2008

hari ini.

ini ialah harinya.
hari yang dinanti-nanti.
sekeping kertas itu akan berada dalam genggaman.
akhirnya.

hari ini hari yang dinanti-nanti.

21 Februari 2008

.......

la la la la..
la la la la....
la la la la........

09 Februari 2008

tunggulah.

20 hari lagi untuk tinggalkan tempat ini. tak sabar rasanya.

"how about PhD?" tanya yang lain. sengih. "well.. considering what had happened with too many things going on and made my life such a misery, i'll put PhD on hold". itulah jawapan terbaik saya. mahu kata serik, tidak juga. kerana saya sudah berkira² bagaimana harus dihalusi kajian itu.

ya, hairan. ingatkan habis tesis, noktah. tidak. rupa²nya cinta makin mendalam. makin bercambah² idea.

saya maklum sambung belajar ini, tidak ada istilah rehat. but i didn't expect it will be this nerve-wrecking. with too much politics. ingatkan politik ada di pejabat saja. rupanya di tempat suci murni seperti universiti juga ada. malah, lebih kurang saja hebatnya. maklumlah. para pelajarnya ramai yang veteran² (muda) yang sudah lama bergelumang dengan 'lumpur' pejabat. ini tempat the survival of the fittest. yang kalah, terjual jiwanya. kata si kara dari project runway musim pertama, "don't sell your soul. you might need it someday." jiwa saya antara yang masih kekal bersama tuannya. sungguh. bukan mudah untuk jadi begitu..

saya rasa sangat letih. mahu berehat sekejap. tunggulah. sampai awan mendung dalam hati memberi laluan kepada sinar terang matahari.

08 Februari 2008

doakan.

10 minit untuk dateline jurnal. kalau ada rezeki, terbanglah ke Chicago Julai depan. kalaupun tiada rezeki, profesor german kacak bergaya bilang, yang penting kami berusaha menulis sesuatu yang baik. "you did a good job. excellently executed," kata dia.

apa-apalah, sir.. seronok benar dia menjadi orang kuat dalam memastikan tesis saya selesai. "next, is to prove the value of this by publishing it in an established journal.. after all, research publications are about contributing to the entire world," tambah dia. *phew* sesak nafas..

saya kata dia memuji dek dia advisor saya. dia bilang, tidak. jauh di sudut hati yang paling dalam, saya pun berharap. supaya jurnal kami diterima. paling tidak, dapatlah saya menutup suara² di belakang yang tidak percaya saya mampu graduasi on time. mereka tidak tahu, betapa seksanya bertungkus-lumus menyiapkan tesis ini. memang makan tak lalu, tidur tak lena. kalau dapat menjamah sesuap nasi, saya pun sangat bersyukur kerana masih ada selera. runsing bukan main.

dan 10 minit lagi sebelum tarikh tutup. hati yang lega. dengan harapan yang berbunga-bunga.

31 Januari 2008

tersangatlah.

usai sudah semua urusan yang patut² dibuat. yang patut dihantar ke pejabat dan perpustakaan, sudah. berkurun lama dihimpit beban yang tiada berpenghujung. kini, tersangatlah lapangnya.

finishing line.
and i want to laugh hard.
harder.
than the rest.

25 Januari 2008

intrig.

it's intriguing. i didn't get it.. why am i still nervous even after sending everything for the binding. the job is done, the stress is over. somehow, i'm not used to it. having been under countless sleepless nights, non-stop pressure and endless changes, finally i almost reached the finishing line. almost.

macam mimpi.

perasaannya sungguh misteri. tiba² rasa senang hati. lapang. aman. alhamdulillah.
yet, i feel incomplete. macam ada yang kurang.

saya mahu tidur. biar semua perasaan tidak tentu ini hilang.

24 Januari 2008

apa-apalah..

bila saya tanyakan berapakah kos yang telah mereka bayar untuk menjilid tesis² mereka. mereka bilang tesis mereka tebal. maka harga lebih mahal. maklumlah. 'kan saya ini kurang pandai. mana mungkin tesis saya tebal seinci.

jadi bila mana tangan TERgatal (curi²) belek tesis² tebal cerdik pandai ini.. oh. begitu. double spacing. plus space between paragraphs. oh. penuh dengan jadual² yang hanya letaknya harus di appendixes.

jadinya, tidak apalah tesis saya nipis saja. rajah saya kenit². i cannot set the line spacing more than 1.5. i cannot put spaces between paragraphs. tidak. ruang² itu terlalu berharga. buat saya. buat profesor kacak juga.

kasihan sungguh melihat manusia membuat pembaziran. orang² cerdik pandai pula tu!

23 Januari 2008

:)

hari terakhir bill gates di Micro$oft sangat 'kiut'. dia keluar dari sempadan 'innocence' dan 'nerdishness' yang tipikal tentang seorang genius IT.



i hope my retirement moment will be as fun as his. too. ;)

22 Januari 2008

tarik nafas. dalam-dalam.

akhirnya! tesis sudah siap! or may be almost final? *sigh*

tunggu komen (read: changes) daripada si prof. jerman kacak bergaya. semalam dia bilang saya sudah selesai. pada kira-kira dialah. semalam.....

tapi,

apa pula kira-kira dari penasihat saya yang lagi satu? saya harap dia takkan mengomen lebih-lebih...

tarik nafas dalam-dalam. lagi.

14 Januari 2008

tak lama dah..

sabar. sedikit saja lagi.
dan mesti teruskan bersemangat waja.


MESTI.