22 Julai 2009

ada hari mak balas.

sakit bila si-kecil-yang-di-dalam berpusing-pusing. lututnya, sikunya.. terasa tajam dan mengilukan. sesak nafas saya dibuatnya. kalau tak sakitpun, boleh leka dibuatnya. sampai ditegur boss semasa bermesyuarat. sebab emak baby was not paying attention. asyik melayan si-kecil-yang-di-dalam bergerak sambil tangan sibuk mengklik-klik Dynomite hehe :p

bulan depan, bila dia sudah keluar, saya akan gomol dia sepuas hati. cuit-cuit lutut dan siku kecil dia. biar dia pula yang geli. kalau dia dah besar sikit, geletek dia sampai dia berair mata. sebab dia suka geli-gelikan mak dia dari dalam perut. lepas itu, dia suka sangat ajak mak main sama, walaupun maknya sudah tidak larat keletihan.

nantilah. sudah tidak lama lagi.

20 Julai 2009

SMS ayat-ayat cinta yang manis.

... ayah baby memang senantiasa segak di mata mak baby ...

17 Julai 2009

telenovela hujung minggu.

"i love you," kata kanda-yang-bertakhta-di-hati. pada suatu hari.

"ni mesti ada apa-apa ni..." balas saya. penuh curiga. si-kecil-yang-di-dalam menendang-nendang. tanda menyokong. hmmm. anak mestilah sokong mak, iya tak? yieha! >:)

"tengok, tengok! bila tak cakap, kata kita dah tak sayang. bila cakap, syak yang bukan-bukan," kanda membentak. dapat dibayangkan seperti anak kecil mengamuk meminta mainan. uh oh, ini hanyalah saya berimaginasi. alah, macam ally mcbeal berhalunisasi melihat bayi menari-nari tu..

iya kanda. saya tahu. and i do love you, too. dan berapa kalilah lagi harus saya katakan.. perempuan kan suka benar menguji.

08 Julai 2009

segalanya infiniti.

hari ini, hari yang penuh emosi, ketidakproduktifan dan kelelahan yang infiniti. *sigh*

06 Julai 2009

memilih.

si-kecil-yang-di-dalam ini suka mendengar suara ketua pengarah (KP) tempat saya bekerja. asal dia dengar saja suara si KP itu, terus melompat-lompat berpusing-pusing. macam suka sangat. kalau yang timbalan (yang agak over) berucap, diam pula dia. tak tahulah pula kalau-kalau sebab si KP seorang perempuan, yang timbalannya pula, lelaki.

hmmm. memilih juga si kecil ini ya.