27 Januari 2011

nampak gah.

adakah satu kesalahan apabila saya tidak membeli rumah semi-D supaya perlu sepadan dengan jawatan sekarang? bukankah rumah itu; sama ada kecil atau besar, sepatutnya adalah satu tempat untuk kita menenangkan diri dan hidup gembira bersama orang tersayang? adakah perlu berhabisan semata-mata untuk nampak gah tetapi setiap bulan melangut menunggu gaji bulan hadapan walaupun semalamnya gaji baru diterima?

tunggu saya jadi jutawan ya.. kemudian tidak mengapalah mahu bertanya 'tak beli banglokah?' kerana mungkin ketika itu, saya akan mampu membeli sebuah kawasan peranginan. bolehlah ramai-ramai datang berlibur ke situ. bukan percuma ya, sudah pasti.. :i

21 Januari 2011

rasmi milik kami.

tandatangan sana sini. isi borang itu ini. nah, kuncipun bertukar tangan. milik kami, sudah rasmi. selepas itu, apa saja yang keluar daripada mulut site supervisor itu; ah keong-yang-bersungguh-sungguh-seronok-sama-macam-tuan-rumah namanya, saya sudah tidak dengar lagi. sudah tidak fokus. fokusnya hanyalah kepada hiasan yang patut-patut dan senarai to-do selepas ini.. saya mahu kabinet dapur yang sebegini, almari yang besar..itu ini...

oh, mana saya letak senarai saya yang agak panjang itu? :e

20 Januari 2011

bolehlah diambil.

setelah seharian di dalam peti surat, barulah saya sedar ada surat untuk kami. penting pula tu! dan secara rasminya, pemaju mengkhabarkan berita - kunci akan mula diserahkan kepada tuan empunya. mungkin rumah-rumah yang menanti setia tuan masing-masing juga tumpang gembira :P

badan rasa ringan melayang suka, penuh rasa syukur kerana akhirnya tercapai juga impian memiliki rumah sendiri.

maka, sayapun mulalah memasang angan-angan mahukan itu ini untuk rumah baru nanti.. :rainbow

16 Januari 2011

curi-curi.

curi-curi jengah kawasan bakal rumah baru kami. alangkah kembangnya hati melihatkan rumah-rumah di situ sudah siap belaka, hanya menunggu tuan masing-masing datang mendiami.

01 Januari 2011

barukah?

tahun baru disambut dengan jalan-jalan piknik ke pantai bagan lalang. asalnya mahu bergembira sambil menjamu selera dengan makanan home made adanya, tetapi anak-anak pula yang tidak mahu bermain-main air. yang emak-emak pula sibuk mahu bermain seperti anak kecil. anakanda syasya dan si hero geli melihat umang-umang, agaknya.

sudahnya, masa yang terluang dihabiskan dengan membeli-belah di Nilai 3.. salahkan adik kita daddynya syasya itu ya kanda. dia yang mahu bawa kakaknya ini berjalan-jalan dengan livina baru. tersambarlah beberapa pasang kain, walhal yang belum terjahit pun boleh tahan juga jumlahnya..

maka, untuk tahun baru ini, tak bolehlah saya menanam tekad tidak menjadi shopaholics kan? :party