26 Februari 2011

yang daun-daun.

saya bimbang pilihan corak untuk siling plaster rumah akan nampak terlalu berat dan terlalu mok-datin-wanna-be. kalau tak salah, sudah banyak kali jugalah saya memilih dan menukar keputusan. kontraktor kami, jack namanya, tetap sabar menunggu. kanda saja yang nampaknya sudah tidak larat melayan isterinya ini. akhirnya corak bermotif daun yang kami pilih. yeay! :d

sudah. siap lagi satu cerita. mari berfikir tentang cerita lain pula.

22 Februari 2011

lampu-lampu yang cahayanya berkilauan.

susahnya mahu memilih lampu. tetapi dengan adanya siling plaster, sudah tidak perlu risaukan lampu lagi! cuma perlu beli lampu hiasan sepasang untuk siling tangga dan dinding tangga sahaja. ya, siling tangga ada siling plaster dihiasi dome. ini semua kontraktor itu yang punya angkara jua adanya..

selesai satu cerita! :rainbow

19 Februari 2011

pilih-pilih yang mana satu?

pandai sungguh kontraktor yang saorang itu memikat hati kami supaya mengambil dia 'berdeko-deko' untuk rumah kami. kami capai kata sepakat, dan duit depositpun bertukar tangan. disuanya saya buku-buku contoh tetapi saya rasa sangat pening mahu memilih yang mana satu.

yang pasti, saya mahu konsep klasik kontemporari.

15 Februari 2011

ikut.

sebenarnya kami tiada perancangan mahu menambah dapur. apabila jiran kami menelefon meminta kebenaran untuk meruntuhkan tembok kerana dia mahu menambah belakang rumahnya, terus saja ada mentol menyala di atas kepala kanda dan saya. ting!, begitu saja.

kadang-kadang, idea perihal rumah ini ikut-ikutan juga ya..

13 Februari 2011

aktiviti baru.

hujung minggu kami dahulu penuh dengan pengisian agenda pusat membeli-belah. kini, hujung minggu kami sudah bukan milik semua tempat-yang-mampu-mengempiskan-poket itu.

hujung minggu kami kini sudah jadi milik rumah kami. sepenuhnya.

05 Februari 2011

bukan selalu.

ambil cuti 2 hari, nah seminggu dapat berhempas-pulas berseronok di kampung. alangkah bahagianya. bukan selalu dapat berkumpul sekeluarga sebegini. paling seronok, status saya sebagai seorang mak sudah bertukar kembali kepada anak. dengan status itu dapatlah saya bermanja berlebih-lebih dengan mak saya uwonya si hero kan..

sebab itu saya tidak cemburu kanda sedang bersukaria membeli-belah di jakarta dan bandung bersama kawan sepejabat. hidup si hero dan saya di kampung jauh lebih riang gumbira dan menyeronokkan.. eh, ini ayat cemburukah atau apakah? :angel