blog ini, saya menulis sekadar melepas rasa dalam hati. mengabadikan asam garam hidup yang dikelilingi orang-orang tersayang, mencipta kenangan untuk mereka baca buat melepas rindu.
tiada kena-mengena dengan politik, sudah pasti. juga tiada tentang resipi.
have fun reading!
nak cari apa ya?
berseMangatlah!
hari ini lebih baik daripada semalam.
everything should be made as simple as possible, but no simpler (Einstein).
no way to change a bad start. thousand ways to achieve successful endings.
may your choices reflect your hope, not your fear (Nelson Mandela).
kalau diambil, dikatanya tidak pedulikan perasaan orang. tamak mahukan semuanya seorang diri saja. bila tak diambil, dianggapnya mahu lepas tangan. dijeling-jelingnya kita. seolahnya kita tiada mata tak melihat riak wajah masing-masing.
sayang mak, nak, sanggup berbuat apa saja hingga letih terabai diri. walaupun orang pandang enteng. biarlah, biar. yang utama, sayang mak pada kalian memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
bila kita rasa kita sangat keseorangan dalam sesuatu perkara, kita akan berubah jadi tidak mahu peduli lagi. kita rasa mahu abaikan sahaja semuanya. biar tunggang-langgang, jadinya.
amat penting untuk saya bertindak mengelak mana-mana perkara atau keadaan yang boleh menyakitkan telinga atau menghiris perasaan. saya ini kalau tersinggung sangat, boleh jadi menyimpan dendam amarah seterusnya menyebabkan gangguan emosi yang berlarutan. tidak elok bukan? takut kalau melarat pula kepada adik hero. maklumlah, anak dan mak berkongsi hormon..
maka saya pilih untuk mengelak. walaupun tindakan itu (amat) melukakan hati orang yang paling saya sayang.
gigih sungguh saya berusaha menyusun kembali dan menyisih semua pakaian. sudahnya berjaya mengurangkan satu almari. SATU ALMARI! i kept asking myself, why on earth did i shop so many clothes? what was i thinking while buying this and that?
tidaklah saya mahu bergaya seperti budak remaja sedangkan anak sudah dua. saya perlu ada strategi yang bagus untuk pastikan koleksi pakaian saya timeless (konon) dan wajib menguatkan semangat menahan godaan yang mendatang.
saya harap ayat saya ini mampu membeli jiwa kanda :r
saya berdoa permohonan saya untuk melanjutkan pelajaran akan termakbul. semoga hati panel temuduga terbuka dengan jawapan lurus bendul saya. saya tertanya-tanya juga, kenapalah jawab lurus bendul benar. bukankah saya patut berpolitik sedikit? adakah jawapan selamat akan memberi peluang yang lebih cerah? entahlah.. :et
saya mahu menyambung pelajaran kerana saya sangat rindukan suasana penuh ilmu. serik lama sudah hilang, rindu pula yang bertandang. saya perlu atasi limitasi saya dengan mencabar diri. i should not be in my comfort zone. supaya saya rasa 'bernafas' dalam memastikan perjalanan karier yang masih panjang ini penuh dengan ilmu bermanfaat dan asam garam yang sepatutnya.
aktiviti mengepam akan dimulakan sekali lagi. doa saya, dapat dicukupkan dua tahun sepertimana dengan abang hero dahulu. semoga usaha ini diberkatiNya dan mendapat sokongan padu daripada sekeliling. yang penting, semangat saya perlu lebih kental dan kuat kali ini.
paling utama, saya WAJIB jaga emosi sehabis-habis boleh :robot
saya kira, semua ibu bapa perlu menjalani tempoh orientasi setiap kali bilangan keluarga bertambah. lagipun, setiap yang baru perlukan tempoh penyesuaian. dari sudut masa, fokus, perbelanjaan, penyusunan jadual hidup.. pendek kata, semua perkaralah. bezanya, orientasi ibu bapa ini bukan habis setakat seminggu dua. ia sepanjang masa dan berulang-ulang.
proses keibubapaan itu satu pengembaraan hidup yang takkan berkesudahan.
"mak akan. man uai adik," kata abang hero, masih pelat. mengarah saya makan dahulu dan sementara itu, dia akan menjaga adik di dalam buaian. saya terdiam, air mata sedikit bergenang dan rasa sangat terharu.. :star