marilah kita mengambil peluang yang tinggal sekejap ini, untuk menunjukkan lebih banyak kasih sayang tidak bertepi kepada abah dan mak - orang tua kita.
menggembirakan hati mereka.
memberi apa yang terdaya.
bersabar dengan karenah yang tak sengaja.
melihat dunia daripada sudut mata mereka pula.
tidaklah sesukar mereka menjaga kita semasa kecil dahulu..
26 Ogos 2013
29 Mac 2013
hilang dan hanyut.
pernah baca buku cerita "A Series of Unfortunate Events"? atau tengok wayang/tv cerita tu? kisah adik-beradik yang '..followed by misfortune wherever they go, but occasionally something good happens..'. that's their story.
this is my story.
today, i stumbled upon rude people - yang tak hormat orang, yang berdendam tidak berasas, yang menjengkelkan hati dan yang mulut lepas . four unfortunate events, in two hours time. but the most unfortunate event of all, i lost my self-composure. i reacted immaturely, increased my voice, kind-of tersentap walaupun dapat menjawab perlian sinis orang dan i really lost my patience.
i forgot the fact that some people really love to ruffle your feathers. it's just them. so now it's REALLY up to us (urmmmm.. ME, obviously) to be calm, mature and compose in facing such situations. terlupa sangat-sangat.
ada rasa kesal tetapi nasi sudah menjadi bubur. eh, tapi bubur sedap makan?
i have yet to seek and foresee the hikmah He wants me to find, understand and digest. ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini. sesungguhnya hamba menzalimi diri sendiri lebih daripada dizalimi orang lain.

22 Februari 2013
jiwa yang tandus harus disegar kembali.
ketika Allah kurniakan rezeki lebih melalui kenaikan gaji yang bolehlah dikata banyak juga, kanda pesan saya ini janganlah asyik bersoping saja. perlahan saya khabarkan kanda, saya mahu ke sana. ceruk dunia yang indah manapun takkan mampu menandinginya. soal cepat atau tidak, tolak ke tepi. yang penting, rezeki itu untuk kembara ke sana.
lantas apabila jemputan ke sana dikirimNya secepat ini saya sambut dengan perasaan bercampur-baur. syukur dan gembira termakbul hasrat. gusar dan bimbang dek kurangnya ilmu di dada. banyak urusan berkaitan dilaksanakan dalam keadaan mengah terkejar sana-sini. kerja yang ada perlu diberes sedapat tidak. tiba-tiba, masa saya berputar lebih pantas dalam kitaran biasa orang lain.
ini kembara jiwa saya dan kanda. yang datang tepat pada masanya. saya kata ini kembara membawa diri - sayu bunyinya, maka besar sangat harapan saya Dia bawa kami sejauh ini untuk jadi hambaNya yang lebih baik daripada yang sebelumnya. tingginya harapan saya mahu melihat perjalanan kekasihNya berjuang membawa kebenaran. supaya dapat saya 'pinjam' walau sedikit dalam menghadapi perjuangan diri. ya Allah, permudahkanlah urusan kami. tingkatkanlah keimanan kami. sucikanlah hati kami. hilangkan aib kami. kuatkanlah semangat kami. berkatilah jemputanMu ini.
labbaikallahumma labbaik. kami datang, ya Allah..

14 Februari 2013
pilihlah yang lebih mudah.
mengubah dan memperbaiki diri sendiri lebih mudah daripada kita bersusah-payah mahu mengubah orang lain. malah memberi banyak faedah dan manfaat kepada diri kerana kita sentiasa sedar kelemahan kita dan berusaha untuk jadi lebih baik.
saya tak lebih sekadar mahu mengingatkan diri sendiri saja :i
08 Februari 2013
sila nyah sang 'anai-anai'. kamu jahat.
sama ada:
(i) dia itu seorang yang sangat menyakitkan hati, jiwa kacau, tidak cerdik, ignorant, perasan bagus, bercelaru, suka provokasi tak tentu, perasaan tak tenteram, gemar cari pasal dan yang seangkatan seumpama dengannya :@
atau
(ii) benteng ketahanan mental dan tahap kesabaran saya semakin lemah dimamah 'anai-anai' jahat - tidaklah seampuh kukuh yang saya sangka :/
saya syak yang kedua itu.

indahnya hari ini.
mungkin sebab esok cuti. mungkin sebab dapat pulang ke kampung halaman.
mungkin juga sebab dengan tak disangka, gerai jualan di pejabat berderet tersusun menanti saya menjenguk.
ah, indahnya hari ini!

23 Januari 2013
memang tiada.
sobat saya yang jauh nun di seberang bilang dalam muka bukunya, malas itu memang tiada obatnya di dunia ini.
aduh sobatku. memang tiada!
saya hanya mampu melihat skrin laptop dan merenung tugas-tugas saya..

Langgan:
Catatan (Atom)