31 Mei 2017

tamak tak bertempat.

macam mana saya tak dapat selendang cantik edisi terhad itu sedangkan raaaaaaaaaaaaaaaaamai yang dapat membeli berpuluh helai kemudian jual semula dengan harga mencekik darah ini?

katakan, katakan!!!

30 Mei 2017

empowering each other is easy, actually.

kita tidak perlulah butthurt atau cakap yang bukan-bukan kepada orang lain, hanya kerana kita tidak mampu dapat seperti yang mereka ada. semua orang ada rezeki masing-masing.

kita bersyukur dengan apa yang kita ada dan gembira untuk orang lain.
tak susah, ok?

putih mata yang tak berapa putih.

saya mula pakai selendang - atau nama popularnya sekarang, shawl; sejak saya mengaji di negara orang dahulu lagi. cuma cara lilitannya buatkan saya nampak seperti memakai tudung bawal. dapat tips daripada penjual tudung di Jalan TAR. sebelum itu, banyak juga terbeli tapi tidak dipakai - tidak pandai.

saya mula memakai selendang ketika rata-rata memakai tudung ekspress (ala-ala Ar*ani dan Far**da) ataupun tudung bawal. selendang terjual ketika itu tidaklah banyak pilihan atau elok ukurannya seperti mana sekarang.

zaman berubah dan secara tak langsung, fesyen tudung turut sama berubah. selendang merata-rata digayakan orang ke pejabat. sangatlah banyak corak, ukuran semua elok belaka. jenamapun ada (terlalu) banyak, pilih sahaja yang mana mahu. paling utama, stail lilit melekap di dahi sudah tidak kelakar lagi! pesen, tahu?

saya tulis ini sebenarnya untuk mengubat hati lara tidak dapat menyambar selendang cantik edisi terhad raya yang dilancar hari ini. lost the battle, i feel so defeated let alone exhausted. benci tahu tak? *pasang lagu bencinta*

alangkah mudahnya kalau reka bentuk shawl masih terhad seperti 9, 10 tahun yang lalu. tidaklah sayu sangat melihat idaman hati terlepas tidak dapat dimiliki!

29 Mei 2017

kalau dah rutin..

pwincess hero tidak dapat menerima hakikat mini runcit sebelah pejabat mak, tutup hari ini. ketika saya lambai tangan ucapkan selamat tinggal, sempat lagi dia bertanya makanan kegemarannya nasi lemak, "naci emak?" dengan riak muka yang tertanya-tanya. masih ada diplomasi tapi agak menuntut bunyinya. 

puas jugalah mahu terangkan, mini runcit tutup - tiada berjualan.
kan bulan puasa ni, nak?

rasa dihargai.

alangkah mudahnya mengurus makan minum abang hero. kalau yang saya masak kurang kena pada tekaknya, habis sepinggan nasi. kalau kena, habislah dua tiga. dapat benar dia akan perangai ayahnya.

in my defense, i am not a choosy eater, as well.

yang penting, apapun yang saya masak, itulah yang dia makan sambil memuji-muji, "sedapnya mak masak." entah betul sedapkah tidak, tetapi pandai benar dia menghargai maknya.

mak doakan supaya perangai kamu yang ini, berkekalan sampai bila-bila, nak.

26 Mei 2017

dari hotel kita ke pulau. jauh terdampar :D

ramadan bermula hujung minggu ini.

memandangkan minggu hadapan bekerja sudahpun bulan ramadan, saya fikir eloklah pagi ini saya belikan saja semua makanan kegemaran anak di mini runcit sebelah pejabat saya.  tempat saya inipun perlu berpindah lokasi pada minggu ketiga ramadan.  jadi, biarlah kali ini belikan saja apa yang anak mahu. 

selepas ramadan, pejabat mak ini sudah jauh terdampar di pulau ya nak. jangan nak berangan beli macam-macam lagi dah.

23 Mei 2017

ada sinar di hujung jalan. insyaAllah.

biar saya berterus-terang sahaja.

sejak saya ke tempat baharu, memang saya tiada apa yang boleh dibuat melainkan membaca sehingga sudah sampai tahap jemu. setiap hari juga, saya menjadi sangat berkira-kira mahu ke pejabat. kalau berkira sesekali itu, biasa mudah untuk diatasi. ini tidak.

saya sudah sampai pada satu tahap yang saya mahu saja ambil cuti tanpa gaji. sayapun sudah malu juga asyik bertanya skop tugas. macamlah saya ini bagus sangat, beria-ia meminta kerja. tetapi jika orang lain sibuk benar dan sangat sayangkan kerja mereka, apalah yang mampu saya buat lagi? jadinya, kerja secara runcit sajalah. dipanggil mesyuarat, saya datang. buat saja apa yang disuruh. in a way, this is such a waste, considering that my post is a management post! saya cuba juga bergerak sendiri, tetapi nampaknya cara itu tidak berkesan di sini. masuk kandang kambing, mengembek. bukan?

agak malang kerana sebenarnya, inilah bidang yang saya mahu dalami sejak 4, 5 tahun yang lalu! tertunda-tunda sejak diminta menguruskan pentadbiran bahagian, kemudian bahagian kami dilenyapkan seterusnya saya 'tercampak' membuat tugas-tugas penilaian permohonan teknikal yang tiada henti.

dalam keadaan begini, apakah kegembiraan yang dibawa oleh berita yang saya baru terima? adakah ini jawapan kepada semua doa yang saya panjat kepadaNya selama beberapa bulan ini?

semoga jalan yang ditunjukkanNya selepas ini membawa lebih banyak kebaikan dan rahmat dalam hidup saya dan orang tersayang. amin.

22 Mei 2017

move on.

saya kira saya sudah terlebih matang untuk sekilas pandang sudah tahu sama ada kata-kata itu janji manis atau tidak. itu namanya realistik dan berpijak di bumi yang nyata.

saya tidak mahu; kalau boleh tidak akan, terperangkap lagi.
jalan terus.

18 Mei 2017

pahit itu, ada masanya manis.

abang hero, sudah dua kali menghempas pintu kereta tanda protes kepada cikgu taska. hari ini, berlaku lagi. (h)angin saya jadinya. mana boleh dibiar berterusan! 

kali ini saya bilang, dia tidak boleh mengulangi perangai tidak elok begitu lagi. cukup! mak dan ayah memang akan keluar bekerja. dalam kami berdoa Tuhan jagakan mereka untuk kami, pada siapa dapat berharap lagi melainkan cikgulah harapan kami. oleh yang demikian, anak-anak saya WAJIB hormatkan cikgu, termasuklah yang di taska.

dalam diam dan menung abang hero sepanjang perjalanan pulang, sungguh, saya harap dia sedar yang kasih-sayang juga wujud dalam bentuk teguran pahit yang niatnya manis.

08 Mei 2017

bonding time

mengekek-ngekek gelak pwincess hero bila mak meniru-niru cara ayahnya berdengkur.  serombong kapal, bahasa rusia, bunyi tersedak air - bak kata ustaz syamsul debat, semuanya mak tiru.

dalam saya memerhati lenanya dia tertidur sesudah itu..
sungguh, irama tawanya masih terngiang-ngiang indah di telinga.

sudah tukar.

saya secara tidak sengaja terjoin fanpage fb peminat orkid dan natijahnya, saya jadi sasau mencari dan mencari menambah koleksi. baru saya tahu rupa-rupanya ramai penggemar orkid yang berjual beli secara maya namun tidaklah berorientasikan untung semata-mata.

saya juga sudah mula mencabar diri dengan membeli anak pokok yang belum matang dan orkid hutan. dua perkara yang amat saya takuti selama ini. mungkin ini namanya kemajuan ;)

saya suka perubahan dan kemajuan diri yang begini.

alangkah bagusnya kalau dalam kerjaya, sayapun berupaya berbuat begitu.
barulah rasa hidup lebih bererti. kan?

06 Mei 2017

dah agak dah..

"saaaaayang mak," ujar adik hero seraya memeluk erat saya. 
senyum penuh manis dengan gigi yang (sedikit) rongak.

"sayanggg abang juga. tapi ada apa ni?" saya mengangkat kening, seolah-olah sudah dapat membaca isi hatinya.

"nak beli game, mak.." balasnya dengan senyum yang sengaja dimaniskan lagi, sehingga hampir tertutup matanya.  dihulurnya tablet, sambil bercerita dia telah 'buang' game yang itu yang ini supaya boleh beli yang begitu begini.

05 Mei 2017

cepat sembuh, ya sayang!

pwincess hero sudah demam berhari-hari. kejap reda, kejap panas kembali. selama itu jugalah, saya tidak lena tidur malam. kalau tertidur, risau ya amat kalau-kalau yang bukan-bukan terjadi nauzubillah.

ada alat mekap yang boleh tutupi mata panda saya ini, tak?



p/s: kasihan panda. dia tidak bersalah. tidurnya cukup bagaimana sekalipun, begitulah azali matanya.