18 Julai 2017

pekasam.

setelah sebulan diperam, barulah ada kata putus. kalau ikan, sudah menjadi pekasam. nasiblah ini perkara berkaitan kelulusan, kalau jadi pekasam pun takkan berbau. bukankah telah saya maklumi sedari dua bulan yang lepas supaya lebih memudahkan keputusan? lemau atau lembab? entahlah!

kalau perkara semudah inipun kamu ambil masa lama amat, tak hairanlah perkara-perkara besar jadi berlarutan tak selesai.

mungkin kamu ingat the universe evolves around you?


14 Julai 2017

geliganya.

adik hero bilang, dia sayangkan mak. sayalah tu.
kemudian laju dia tambah, dia mahu mainan dinasor.

pandai kamu ya, nak.

12 Julai 2017

tak matang.

saya umpama kancil comel terperangkap di tengah-tengah dua kumpulan gajah yang sedang dalam amokan dan karam dalam pertimbangan yang hilang. hanya mampu memerhati dan cuba meredakan keadaan. akan tetapi, kalian lebih rela tenggelam dalam perasaan dan langsung tidak mahu menggunakan akal.

aduhai. 

bergaduh seperti anak-anak kecil yang belum tahu apa-apa. perkara sekecil inipun kalian mahu mengadu pada ketua. mentang-mentang kalian rasa kalian yang berkuasa.

kalian ini, anak-anak kecil terperangkap dalam tubuh dewasakah?

11 Julai 2017

bend until we break?

alangkah angkuhnya kamu bila mana kamu kata kami ada di sini kerana kamu yang pilih. kiranya kami ini perlu patuh saja pada semua kata-kata kamu. jangan menyoal jangan membantah. tak kisahlah walau kamu menganiaya sekalipun.

kalau kamu memang terbukti benar-benar hebat, tak mengapalah nak berkata sebegitu. kamipun tahu sangat di mana tahap kamu, sebenarnya.

orang lain yang betul-betul hebat pun tidak seangkuh kamu.

10 Julai 2017

anak-anak kecil.

jumlah kalian sudahlah seciput.
lagi mahu bergaduh berantakan sesama sendiri?

kalian ini tak ubah seperti anak kecil sahajalah!

06 Julai 2017

show off?

tone your voice down, please.
bukan kamu sahaja yang banyak kerja mahu tunjuk sibuk.

ada ramai orang lain yang masih bekerja dalam diam mampu bertenang dan gunakan otak lebih daripada mulut, tahu?