03 Julai 2022

berehat itu perlu.

entahlah tak tahu kenapa, tiba-tiba rasa mahu pulang ke kampung. tiada dalam perancangan, tetapi hati meronta-ronta mahu pulang. kejutan konon, untuk kesayangan di kampung halaman.

hujung minggu padat terisi, pulang kembali ke sarang penuh puas hati. content, kata orang Pahang. 

a very much needed rest.
Alhamdulillah.

01 Julai 2022

salah orang.

sudah kenapa nama saya tercalon untuk AJK Eksekutif Pelajar pulak ni? bila masa nama saya di situ? saya ini baru saja mula memanaskan badan, tapi menjadi AJK pelajar itu tidak termasuk dalam agenda saya.. sudahlah nama saya saorang sahaja pelajar tempatan.

hmm, depa ni salah orang ni.
orang kurang sosial ini tidak sesuai oiiii!