31 Ogos 2022

belum merdeka.

saya masih belum merdeka daripada kerisauan dan kebuntuan dalam proses renovasi dan baik pulih rumah yang tiada penghujung dan kata putusnya.

saya masih belum merdeka daripada kerisauan dan kebuntuan dalam memperincikan kajian.

saya masih belum merdeka daripada kerisauan dan kebuntuan dalam menerapkan disiplin dan sense of responsibilities kepada semua kesayangan di rumah.

saya masih belum merdeka daripada kerisauan dan kebuntuan dalam merealisasikan impian punya taman mini cantik di depan rumah.

dan saya masih belum merdeka daripada terkesan dengan cakap-cakap tak enak yang disampai ke telinga, bikin panas hati saja.

aduhai, pusing kepala bethol.

apapun,
Selamat Merdeka, tanah airku.

16 Ogos 2022

galak.


sebab itu galak bercerita, kan?
kisah hidup sendiri hambar sangat.

kesian.

01 Ogos 2022

the art of letting go (II)


the last time we met, I knew it exactly that you left me with no choice
but to let go (everything) and move on.

.:. the end .:.



full throttle.

setelah (pitam) berhempas-pulas selama dua minggu dengan final exam dan tugasan-tugasan terakhir, dapatlah saya berehat barang 3, 4 hari.

hari ini, mula kembali ke lab setelah sekian lama ditinggal.
hayun langkah laju-laju.

kita mulakan berlari.
semula!