04 November 2022

lega sedikit.

Saya berjumpa penyelia saya pagi tadi. Despite her seriousness in guiding me, she is actually a funny person. Kalau berjumpa, memang pecah biliknya dengan gelak tawa. Dia gelak kuat, saya pun sama. Walau begitu, hal-hal kerja kami tetap serius. Memang banyak nasihat dan bimbingan yang diberikannya kepada saya.

Agaknya inilah hikmah Tuhan tetapkan kembara saya di sini. Penyelia saya juga berasal daripada system analyst di sini dahulu, maka dia amat memahami kesulitan saya menukar cara berfikir daripada problem solving kepada academic thinking.  Dalam gelak, ada bebelan.

"Mesti kepala kau berat betul sekarang, kan?" tanyanya. Saya angguk laju-laju, gelak besar lagi. Sambil bilang sama dia, sebenarnya dalam hati saya sangat insaf dengan kekurangan dan mula membuka ruang minda untuk lebih terbuka dengan perkara-perkara (yang sangat) baru. Betullah kembara kedoktoran itu memang akan membuka lapisan-lapisan baru yang menunjukkan kelemahan diri yang perlu diperbaiki dan dilatih. Saya pun mula sedar, seiring masa pantas berlalu lantas memaksa saya lebih banyak berfikir akhir-akhir ini tentang segala-galanya dalam hidup.

Lega sedikit otak saya.

03 November 2022

cari kebahagiaan.

pelbagai pilihan makanan sedap dengan harga yang amat berpatutan memang bisa buat kita gembira, kan?

bahagia betullah jadi pelajar semula ni.
walaupun pelajar status kertu.