15 Disember 2022

tak sama.

Satu ketika dahulu saya sangat sukakan perpustakaan dan boleh duduk berteleku seharian di situ tanpa jemu. Menguap sekali pun tidak. Sekarang masih suka juga, lebih-lebih lagi ada ruang khas untuk pelajar kertu seperti saya di sini. Warm and cosy, I must say.

Walau pun begitu, hari ini saya tersedar yang berteleku di lab; duduk di meja sendiri yang lengkap serba-serbi itu, lebih seronok. Semua barang dalam capaian.

Hmm, baru ingat nak bertukar angin dan menajamkan fokus. Tak jadi, esok ke lab sahajalah gayanya.

07 Disember 2022

Tin kosong, nyaring bunyinya.

Kalau yang tidak berkualiti kerjanya hanya omong kosong ini, jenisnya suka memburukkan orang sahajakah?

Memang begitu, ya?