28 November 2023

mulalah kembali!

entah kenapa, celik mata sahaja terus saya mahu mulakan kembali rutin pelajar saya. keinginan untuk ke perpustakaan kembali membuak-buak, usai tahajud terus saya kemaskan semua kelengkapan. tiba-tiba begitu.

bergegas sediakan sarapan ringkas anak-anak dan sudah tentulah wajib kopi pagi saya serta bising itu-ini mengejutkan semua kesayangan. maaflah ya, jiran-jiran. pagi-pagi sudah begini. leteran bernada tinggi payah amat untuk dipisahkan daripada mak yang ini. bukan itu saja, anak-anak bulu juga perlukan perhatian. mak umpama sotong kurita bertangan lapan belas, gigih mahu semua siap segera.

pulang daripada perpustakaan dijemput kanda serta siap dibelanja kopi hipstur kegemaran.. ah, indah sungguh hari ini.

marilah bersemangat semula!

22 November 2023

berita gembira.

menyambut ulang tahun perkhidmatan melebihi dua dekad -- menua dalam gomen (haha!); sambil meraikan berita gembira yang datang menjengah setelah sekian lama dinanti-nanti.

nan bawang putih berkeju berserta ayam tandoori dikongsi bersama-sama kanda, sambil ditemani kopi hipstur dilabel kata-kata hikmah "Yesterday you said tomorrow". agak pedih umpama ditampar halus, sungguh teringat-ingat juga betapa lamanya saya bertangguh-tangguh untuk memulakan kembali pembacaan jurnal yang sudah berhabuk tiada perhatian.

apapun, alhamdulillah.
semoga yang baik-baik daripadaNya akan sentiasa mendatangi hidup kita.

18 Oktober 2023

ingatan.

saya ambil sedikit masa menegur mantan bos, setelah sekian lama terperap dalam kesibukan yang entah apa-apa. selama tiga tahun saya berboskan dia, setelah pulang daripada belajar dahulu.

beliau sudah laaaaaaaaaaaama bersara. saya pun sudah lama tidak bertemunya. teknologi memudahkan kami tetap rapat seperti dahulu. bos saya inilah satu-satunya orang yang saya memang speaking dengannya. dia faham dark humour saya. saya faham dia, sama. kamu ingat senang nak cari orang yang boleh paham perkara sebegini? ;)

banyak yang kami bualkan. tentang semangat saya yang baru pulih, tentang saya 'hilang' diri sepanjang semester lepas, tentang 'how i bled until dried' hahaha. tentang kesihatannya dan isteri. tentang anak bongsunya yang berkerjaya doktor perubatan. pendek kata, tentang macam-macamlah!

terima kasih bos, kerana selalu ada untuk saya. you are like my second father who i respect and love very dearly. semoga Allah akan selalu melindungi bos sekeluarga walau di mana jua bos berada.

15 Oktober 2023

kenduri pisang.

weekend helper saya hadiahkan pisang mas bawa-belayar-masak-sebiji-atas-peti kepada kami. setandan! katanya, dia perasan kami selalu beli pisang begitu.

the truest definition of 'kenduri pisang'.

lihatlah, kalau kita rasa kita ini susah dan terhimpit lantas asyik menyalahkan dunia, ada orang hidupnya serba kekurangan yang masih besar dan pemurah jiwanya. kita ini lebih mampu daripada dia -- walaupun tidaklah kaya mana; tetapi tetaplah dia cuba berikan sesuatu yang fikirnya boleh bikin kita gembira.

tak sabar tunggu pisangnya masak!

18 September 2023

mahu jeda sebentar.

Jiwa yang Bersedih (Ghea Indrawari)

Kemarilah, singgah dulu sebentar
Perjalananmu jauh, tak ada tempat berteduh
Menangislah, kan kau juga manusia?
Mana ada yang bisa berlarut-larut, berpura-pura sempurna?

Sampaikan pada jiwa yang bersedih
Begitu dingin dunia yang kau huni
Jika tak ada tempatmu kembali, bawa lukamu biar aku obati

Tidakkah letih kakimu berlari?
Ada hal yang tak mereka mengerti
Beri waktu 'tuk bersandar sebentar
Selama ini kau hebat, hanya kau tak didengar

Menangislah, kan kau juga manusia?
Mana ada yang bisa berlarut-larut, berpura-pura sempurna?

Sampaikan pada jiwa yang bersedih
Begitu dingin dunia yang kau huni
Jika tak ada tempatmu kembali, bawa lukamu biar aku obati

Tidakkah letih kakimu berlari?
Ada hal yang tak mereka mengerti
Beri waktu 'tuk bersandar sebentar
Selama ini kau hebat, hanya kau tak didengar

Selama ini kau hebat, hanya kau tak didengar
Selama ini kau hebat, kau pasti 'kan didengar.