hari ini, sudah setahun rupanya.. dan pertama kali kaki menjejak bumi Korea ini, perasaan sungguh bercampur-baur. tidak disangka hasrat untuk menyambung pengajian membawa saya jauh dari tanah air. meninggalkan semua yang ada, saya nekad untuk tidak berpaling ke belakang lagi.
setahun ini juga memberi peluang kepada saya melihat kembali ke dalam diri. mentertawakan diri sendiri mengenang kisah yang sudah-sudah. belajar banyak perkara baru. menempuh cabaran baru, kadang-kala tidak terduga sebegitu. awalnya, saya rasa canggung. bukan mudah untuk kembali menjadi pelajar (pelajar tua, sebenarnya) setelah sekian lama bekerja. otak sudah berkarat.. bertemu ramai rakan baru. iya, bertemu profesor Jerman kacak bergaya juga. hahaha!
saya sungguh bersyukur. rasa sungguh bertuah.. kepada kamu semua, saya doakan, moga yang terbaik akan sentiasa mengiringi langkah-langkah kita.. untuk keluarga tersayang dan dia yang tercinta:
..and I feel just like I’m living someone else’s life, it’s like I just stepped outside, when everything was going right, and I know just why you could not come along with me.. that this is not your dream, but you always believed in me.. (Home, M. Buble)
27 Februari 2007
21 Februari 2007
balik dah...
indahnya pulau jeju menjadi kenangan manis. pakej yang kami pilih, sangat berbaloi. masalah bahasa, tidak menghalang saya bersama-sama roy dan emilie menikmati 'cuti-cuti jeju'. yang penting, kami sangat puas hati. dan gembira. bagai kanak-kanak, masing-masing menyeringai suka dengan lawatan ke tempat-tempat yang tidak disangka-sangka. 3 hari berlalu pantas.
tak sangka, dalam terperapnya saya asyik mengadap buku, dapat juga kaki terjejak di pulau yang katanya antara yang tercantik di dunia.
tak sangka, dalam terperapnya saya asyik mengadap buku, dapat juga kaki terjejak di pulau yang katanya antara yang tercantik di dunia.
15 Februari 2007
ke mana kita?
cuti tahun baru lunar bakal bermula. saya memilih hari jumaat sehingga rabu sebagai slot cuti saya. seronoknya! baru 3 minggu lepas habis bercuti sebulan, ada lagi tambahan cuti 6 hari! kamu yang lain, memang berhak untuk cemburukan saya. tidak mengapa. saya tidak kisah.. dan rancangan saya? oh. sangat banyak. mahu ke namdaemun - ah, yang ini sudah biasa. mahu mengikuti rombongan fakulti ke kampung tradisional namsangol. ke pulau jeju juga! yeay! kepuasan yang semaksimum mungkin.
bagaimana? nak ikut bersama? marilah! ;)
bagaimana? nak ikut bersama? marilah! ;)
13 Februari 2007
yang merah. yang manis.
kebelakangan, cuaca sudah tidak berapa sejuk. sudah tidak perlu memakai baju berlapis-lapis dan kelihatan seperti anak penguin yang jalan terkedek-kedek meredah kesejukan hari.
merata-rata strawberi dijual. merah-merah. murah-murah. dan iya, manis-manis. dimakan dengan salad sayur dihiasi dengan setompok mayonis yang sangat banyak. mmmm, mengasyikkan.
senja yang dingin. diiringi hujan rintik-rintik. dengan strawberi yang banyak.. strawberi yang merah-merah.. strawberi yang murah-murah. dan iya, strawberi yang manis-manis..

03 Februari 2007
gambarmu muzik di mataku.
..satu malam yang sangat panjang.. dan hanya gambar-gambar si kecil menjadi pengubat sunyi. terkenang-kenang tawa dia. tangis dia. ini baru anak saudara. bagaimana jika sudah punya anak, darah daging yang dikandung 9 bulan 10 hari? emak-emak lebih maklum.
pipinya saya cium sebaik saja kaki menjejak rumah. saya khabarkan, mak ngah mahu dia cium 'bau' Korea mak ngahnya dahulu. dia nampak kehairanan. ada wajah baru. yang perlu dikenali. dalam tempoh 30 hari. sahaja.
rupanya, begitulah keadaannya bila ada 'orang baru' si kecil hadir dalam hidup kita. hari terasa berlalu dengan pantas. setiap saat mahu melihat dia. mengagah dia. sampaikan apa yang dirancang, tidak terbuat. asyik benar melihat dengan mata sendiri bagaimana si kecil semakin hari semakin membesar.
paling ketara, Mak dan Abah. pantang ada kelapangan, cucu dijenguk dahulu. hinggakan saya tertanya-tanya.. 'orang jauh' ini 'invisible'kah? pernah juga saya mengomel, sepatutnya saya ini yang dimanja-manjakan. bukankah saya hanya di tanah air sekejap saja?
..saya bukanlah keutamaan ibu bapa saya lagi.. *sigh*

01 Februari 2007
sunyinya!
seronok sungguh kamu semua ya. bercuti sakan. tahu tidak, betapa bertuahnya duduk di tanah air tempat tumpah darah sendiri? semua perayaan disambut dengan rasa muhibbah. tanpa prejudis. masing-masing maklum akan perayaan bangsa lain. prihatin. beruntung, tahu? saya mahu bercuti sempena Aidilfitri pun perlu isi borang. excuse note. dan disertai kerlingan sinis tidak percaya. saya ini pencipta rekod memohon cuti atas perayaan yang diada-adakan, agaknya. sungguh tidak sensitif. tak ubah seperti katak bawah tempurung kaca. diikat oleh pagar-pagar digital hijau ala-ala The Matrix.
oleh kerana kamu di tanah air semuanya bercuti, saya rasa sangat sunyi hari ini. ikon-ikon Yahoo kamu malap. tidak bercahaya sepertimana selalunya. tergamak sungguh membiarkan saya keseorangan di sini. tahu tidak, ikon-ikon kamu yang sering bercahaya itu antara pengubat kesunyian dan stress saya?
kamu semua memang tidak tahu..

Langgan:
Catatan (Atom)