29 Disember 2009

kuncinya tertinggal di situ.

tiap kali bergerak meninggalkan anakanda Im the hero di taska, mahu saja saya pakai baju ramlah ram yang ada bentuk hati di baju yang siap lampu berkelip-kelip itu sambil menyanyi penuh syahdu.

..sukarnya..untukku..berpisah denganmu..kaukunci..cintaku..di dalam hatimu..

24 Disember 2009

you surprised me, nak..

saya cuti hari ini.

tak tahulah sebab apa. marah mungkin, kerana sepanjang minggu asyik mesyuarat hingga lewat petang. jadual mengepam berterabur - bengkak susu sampai naik pitam dan demam jadinya. apa ingat saya boleh fokus bilamana anakanda Im the hero dibiar lama-lama di taska? tahulah anak masing-masing sudah besar panjang. saya bukan tidak mementingkan karier dan tanggungjawab. tetapi kalau keluarga tunggang-langgang, apa kamu fikir saya boleh bekerja dengan betul? air muka pun tak dapat nak jaga dah.. mencuka saja sepanjang masa yang melepasi waktu pejabat :p

menariknya, saya dapat lihat perangai si hero yang baru. nampaknya dia sudah pandai jaga diri. tidak merengek-rengek seperti dulu. kalau terjaga, dia diam dan memandang keliling. kemudian menyambung tidur. sempat tersenyum manja lagi. alahai, intan payung mak ayah :*

kalau tidak, saya asyik tertanya-tanya bagaimanalah pe'el si hero di taska. sebab pe'el yang selepas taska itu, bolehlah ayahnya kanda-yang-bertakhta-di-hati dan saya perhati dan fahami. selalu juga saya meluahkan rasa risau pada kanda mengenangkan si hero dijaga orang. mungkin saya yang terlebih risau..


anak mak sudah besar..

20 Disember 2009

saya kini seorang mak (episod 04)

tadi saya belikan diri sendiri sebuah beg tangan yang cantik. sangat-sangat. year end sale, kan. mestilah asyik 'YES, YES, YES' saja tiap kali mata melihat dan hati berkenan.

anehnya, sesudah beg tangan bertukar milik, rasa bersalah tiba-tiba muncul. entah
dari mana. minda separuh sedar (saya ada banyak minda tak sedar :p) marah-marah. katanya, lebih baik saya belikan barang-barang untuk anakanda Im the hero. zamanmu sudah berakhir, tahu? kata suara hati saya yang itu.

tetapi rasa bersalah serta-merta hilang bila mak si hero tanpa teragak-agak menyambar 2 pakej cloth diaper Lunat*ts yang menjadi idaman sekian lama. seronoknya melihat sepuluh lampin moden (kata merekalah..) tersusun depan mata. berwarna-warninya.. dapat percuma satu yang berwarna putih, lagi.

ah, hati mak si hero sangat tenang. beg tangan dapat. baju-baju baju comel si hero pun dapat. bertambah-tambah
hormon hati-banyak-shenanglah, bila melihat koleksi cloth diapers si hero..

he he he.

17 Disember 2009

1, 2, 3. sayang semuanya..

anakanda Im the hero sudah seratus hari! seratus hari yang penuh warna-warni. penuh cerita. penuh gelak tawa. penuh kelam-kabutpun ada.

sudah seratus hari.

03 Disember 2009

saya kini seorang mak (episod 03)

cuti hampir ke penghujung. bermakna beberapa hari lagi anakanda Im the hero akan dihantar ke taska. alahai, beratnya hati!

maka tersangatlah rasional jika saya mula melatih si hero tidur di atas tilam, tidak lagi berbuaian. si hero asyik membentak. tidurpun tidur-tidur ayam. bohonglah kalau emaknya ini tidak geram. baru hendak membuat kerja, terbantut niat mendengar rengekan manja si hero yang tetap mahu berkepit dengan emaknya ke sana sini.


sudahnya, saya biarkan saja si hero merengek dan meneruskan kerja-kerja yang ada. rasa bersalah membuak-buak tetapi terpaksalah menguatkan semangat. untuk kebaikan si hero juga.

melihatkan si hero terlelap kerana tidak dilayan sepertimana selalunya, hati saya remuk redam dek rasa bersalah yang masih belum hilang. sedih sungguh hati..

susahnya ini macam..

02 Disember 2009

saya kini seorang mak (episod 02)

bila membelek-belek anakanda Im the hero dan ternampak apa-apa tanda yang tidak sepatutnya ada, mulalah panik menyerang. sebab saya pantang ada yang tidak kena pada si hero. those unwanted marks, bruises etc. will make me feel like i am the lousiest mother in the world.

sungguh.

30 November 2009

saya kini seorang mak (episod 01)

melihat timbunan baju yang perlu dilipat sangat memeningkan kepala dan merunsingkan fikiran. tiap kali mahu melipat, anakanda Im the hero mula merengek minta perhatian.

sudahnya timbunan baju semakin meninggi dan buat saya makin bingung, tidak tahu yang mana harus dimulakan dulu..


dan si heropun mulalah merengek-rengek kembali.

22 September 2009

setiap masa yang berdetik.

sudah dua minggu. sejak 090909, tidur malam sudah tidak seperti dahulu. anakanda Im suka berjaga malam. agaknya dia lahir awal-awal hari. selalu juga saya layan si kecil itu, mengagah-agah dia di saat ayahnya sudah lena tidur keletihan. giliran saya berjaga untuk si kecil ialah selepas saya sudah puas-puas tidur :p

sekarang ini, setiap denting waktu yang berdetik terasa sangat pantas berlalu. kalaulah boleh waktu itu diperlahankan, ya, saya mahu yang itu..

09 September 2009

dia datang. dengan tangis kuatnya.

dia datang.

dan pulang ke rumah bersama-sama orang-orang tersayang, yang sedang kembang-kembang hati mereka.

selamat datang, nak.
selamat datang ke dunia kami, dunia barumu.

08 September 2009

ada agaknya.

tunggu. dan menunggu. tanda-tanda pun sudah ada..

03 September 2009

yang +ve sahaja.

dalam debar dan penuh persoalan menanti-nanti kelahiran si-kecil-yang-di-dalam, paling saya harapkan ialah kisah-kisah yang boleh menaikkan semangat dan motivasi untuk menghadapi hari yang mendatang. supaya saya masih boleh menggagahkan diri setelah mengalami fobia yang tidak dapat dilupakan, tempoh hari.

bukan kisah-kisah yang boleh menambahkan lagi ketakutan dan melunturkan kekuatan..

02 September 2009

belum ya. belum lagi.

semalam hari yang mendebarkan. ada tanda si-kecil-yang-di-dalam sudah mahu 'menunjukkan' diri. tetapi di hospital, setelah melalui prosedur pemeriksaan yang sangat menyakitkan, saya disuruh pulang. false alarm, kata tuan doktor.

sehingga malam, fobia saya masih ada. ada lagi rasa sakit, sangat menghantui diri. umpama kejutan elektrik yang menumpulkan pemikiran yang waras. tidak sangka saya boleh menjadi setakut itu untuk menghadapi keadaan sebenar ketika bersalin nanti.. dalam masa yang sama, saya rasa sangat terharu. terfikir bagaimana Mak menghadapi semua itu seorang diri, dulu. sekurang-kurangnya, usapan lembut Mak di belakang saya siang tadi sementara menunggu sangat menenangkan. lega rasanya orang-orang yang disayangi duduk menemani kita di sisi.

si-kecil, masih belum mahu keluar ya nak.. tahu tidak, penantian yang penuh rindu itu satu penyiksaan?

28 Ogos 2009

kadang-kadang. dan selalunya..

kadang-kadang, terlintas di fikiran.
yang dikau tercipta hanyalah untukku.

kabhi kabhi mere dil mein khayaal aata hai..

27 Ogos 2009

tertunggu-tunggu. ternanti-nanti.

sudah mula bercuti rehat hari ini. persediaan menyambut orang baru, saya beritahu kawan pejabat dan bos-bos. nampak sangat terujanya. almaklumlah. first time mother. kalau tidak, asyik terkejar sana-sini di pejabat. tarikh sudah dekat tapi ada-ada juga yang perlu dibuat.

sejak semua barang sudah dibeli, kerja yang patut dibuat sudah disudahkan dan kelengkapan ke hospital sudah disumbat dalam kereta.. hati rasa lapang. mahu berehat pula. menenangkan perasaan dan menggembirakan hati. hormon yang mampu membuat si-kecil-di-dalam melompat-lompat berguling-gulingan seronok bergumbira.

tapi ada desakan untuk mengemas-ngemas rumah, mencuci itu ini, menggosok baju-baju.. rasa tak dapat duduk diam walau telah dipesan kanda berulang-kali jangan lasak-lasak sangat.

orang kata, itu petanda awal. si-kecil mungkin sudah mahu keluar.

19 Ogos 2009

menghitung hari.

esok genaplah 38 minggu. takut juga kalau-kalau terasa mahu bersalin di pejabat. masa check-up isnin lepas, si-kecil-yang-di-dalam, alhamdulillah, sihat kata cik misi. cik misi mahu mengambil heart rate si kecil, tetapi dia nyenyak tidur walau puas dikejut cik misi.

perlahan-lahan, saya usap perut. menegur dia supaya bangun. terus
si-kecil-yang-di-dalam bereaksi menggeliat. kadar jantungnya di doppler cik misi terus meningkat laju. cik misi tersenyum. sayapun. tipulah kalau saya tidak rasa bangga. si-kecil-yang-di-dalam sangat responsif dengan suara emaknya..

alangkah ajaib ciptaanNya. dan alangkah bertuahnya saya kerana diberi peluang untuk mengalaminya.

07 Ogos 2009

sudah besar ya!

anakanda syasya, hari ini cukup setahun. kalau saya dukung si manja itu di kompleks beli-belah, pasti orang menyangka dia anak saya. si manja itu darah daging saya. sudah pastilah iras mukanya ada iras muka mak ngahnya juga!

daddynya; adik saya, selalu mengomel saya manjakan anaknya sangat. asyik belikan baju saja! bagaimana hendak mengawal diri.. pakaian anak-anak perempuan comel-comel belaka! menggamit-gamit tangan untuk dicapai! lagipun, saya belum tahu saiz sebenar si-kecil-yang-di-dalam yang dari gayanya seorang hero. again, i have a very strong reason here.. ;)

dalam keadaan makin memboyot, saya memang sudah tidak larat ke sana sini. berjangkit pula pada kanda-yang-bertakhta-di-hati. dari hujung minggu ke hujung minggu, kami hanya pasrah menunggu anakanda datang menjengah muka manja dan comelnya mengubat lara hati kami. kerana hari ini hari yang istimewa, daddy dan mummynya sudah berjanji datang ke alamanda malam ini. party bash si manja konon-konon.

cepatlah malam ya? mak ngah dan pak ngah sudah rindu tak tertahan lama tak jumpa anakanda..

01 Ogos 2009

baju baru yang sudah lama.

"mak ngah, mak ngah," panggil anakanda niar. "baju yang lama tu.. dah buruk dah," tambah anak abang saya itu, dengan comelnya. terdengar Mak ketawa di hujung talian, sana. saya sangat yakin Mak semakin pening dengan telatah cucu sulungnya. telatah yang sama membuat Abah kelam-kabut, tetapi tetap bahagia. bertuahnya cucu sulung!

"oh? kan mak ngah dah beli baru ni.. nanti mak ngah balik, niar dapatlah baju baru," layan saya. saya 'kan mak ngah yang penyayang. kalau tidak, dia hanya mahu bercakap tentang pak ngah saja. mana aci, kan kan kan?

malam itu, sebelum tidur. kepala ligat berfikir.. rasa-rasanya baju yang kononnya sudah buruk itu, baru saja dibeli beberapa bulan lepas. hoh, kalau beginilah telatah anakanda yang saorang ini, habislah mak ngah! wajib belikan baju dengan sekerap-kerapnya ya?

dengar tu, kanda-yang-bertahkta-di-hati.. saya ada alasan kuat untuk selalu bershopping tau?

22 Julai 2009

ada hari mak balas.

sakit bila si-kecil-yang-di-dalam berpusing-pusing. lututnya, sikunya.. terasa tajam dan mengilukan. sesak nafas saya dibuatnya. kalau tak sakitpun, boleh leka dibuatnya. sampai ditegur boss semasa bermesyuarat. sebab emak baby was not paying attention. asyik melayan si-kecil-yang-di-dalam bergerak sambil tangan sibuk mengklik-klik Dynomite hehe :p

bulan depan, bila dia sudah keluar, saya akan gomol dia sepuas hati. cuit-cuit lutut dan siku kecil dia. biar dia pula yang geli. kalau dia dah besar sikit, geletek dia sampai dia berair mata. sebab dia suka geli-gelikan mak dia dari dalam perut. lepas itu, dia suka sangat ajak mak main sama, walaupun maknya sudah tidak larat keletihan.

nantilah. sudah tidak lama lagi.

20 Julai 2009

SMS ayat-ayat cinta yang manis.

... ayah baby memang senantiasa segak di mata mak baby ...

17 Julai 2009

telenovela hujung minggu.

"i love you," kata kanda-yang-bertakhta-di-hati. pada suatu hari.

"ni mesti ada apa-apa ni..." balas saya. penuh curiga. si-kecil-yang-di-dalam menendang-nendang. tanda menyokong. hmmm. anak mestilah sokong mak, iya tak? yieha! >:)

"tengok, tengok! bila tak cakap, kata kita dah tak sayang. bila cakap, syak yang bukan-bukan," kanda membentak. dapat dibayangkan seperti anak kecil mengamuk meminta mainan. uh oh, ini hanyalah saya berimaginasi. alah, macam ally mcbeal berhalunisasi melihat bayi menari-nari tu..

iya kanda. saya tahu. and i do love you, too. dan berapa kalilah lagi harus saya katakan.. perempuan kan suka benar menguji.

08 Julai 2009

segalanya infiniti.

hari ini, hari yang penuh emosi, ketidakproduktifan dan kelelahan yang infiniti. *sigh*

06 Julai 2009

memilih.

si-kecil-yang-di-dalam ini suka mendengar suara ketua pengarah (KP) tempat saya bekerja. asal dia dengar saja suara si KP itu, terus melompat-lompat berpusing-pusing. macam suka sangat. kalau yang timbalan (yang agak over) berucap, diam pula dia. tak tahulah pula kalau-kalau sebab si KP seorang perempuan, yang timbalannya pula, lelaki.

hmmm. memilih juga si kecil ini ya.

30 Jun 2009

berserah.

hari ini, si-kecil-yang-di-dalam pagi-pagi sudah bermain-main berguling-gulingan. aksi geletek-geletek pun ada. senang hati mak, nak. kerana semalam, dia sangat kurang bergerak.. membuatkan emaknya berwalang hati, terfikir yang bukan-bukan. puas saya usapi perut, menyuruh dia berjaga, bergerak walau sedikit supaya emaknya tahu. yang dia tetap ada. yang neneknya pun sama..memanggil-manggil supaya dia bangun bermain-main. seperti biasa.

semalam itu, si-kecil-yang-di-dalam melalui fasa baru agaknya.. berpindah tempat dan masih mahu menyesuaikan diri.

menjadi bakal emak ini, rupa-rupanya membuat kita menjadi seorang yang sangat mengharap. sangat berteka-teki. dan sangat-sangat sentiasa berserah..

23 Jun 2009

bahagia.

aduh, sakitnya! sekali dia menumbuk dan menyepak. berguling-gulingan, bermain keseronokan. jelas nampak bentuk lututnya berpusing-pusing. baju mak ini tebal, tahu? and yet, still i can see you move happily inside :)

si-kecil-yang-di-dalam, buat apa di dalam tu, nak? amboi, tak ajak mak main sama ya?

18 Jun 2009

belang berbalam-balam.

amboi, amboi belang dia. bercakap dengan kita sepertinya dia itu bos kita. tak sadar dia berdiri di bumi mana. saya pernah melihat belang yang lebih teruk. jadinya, mari lihat setakat manalah belang dia yang mahu ditunjuk.

saya mahu kamu tahu. belang sayapun boleh tahan juga..

10 Jun 2009

hijau.

aku melihat.
ada tinta-tinta hijau.
di balik kilauan mata hitammu.

dan aku simpati.

sungguh.

09 Jun 2009

sukanya dia..

"75% baby boy, insyaAllah," kata puan doktor yang sangat peramah itu, 8 minggu yang sudah. oh. patutlah aktif. sangat-sangat. dan berita gembira yang diterima 2 minggu sudah lagi menambah aksi-aksi somersault si-kecil-yang-di-dalam. really makes me wonder.. seronoknyalah dia bermain-main, ya..

bila masanya teringin hendak mengusik, sengaja saya berbaring mengiring ke kanan. saya tahu, dia mesti bertindakbalas. ditolak-tolaknya perut. atau digeleteknya buah pinggang maknya ini. and i ended up laughing. joyfully. mother-and-son moment, kata orang.

kerana itulah..
walau sakit-sakit badan, mengahnya berjalan 10 langkah, terjaga malam dek kejangnya kaki, rasa tersangatlah laparnya atau dikejutkan si-kecil-yang-di-dalam yang tidak tahu waktu untuk bermain. berulang-alik ke tandas itu sudahlah tentu.. mahupun hati yang semakin cepat terasa serta bercelarunya perasaan melihat baju-baju yang semakin mengecil dek badan yang semakin mengembang. belum dikira hormon yang turun naik seperti roller coaster.. sudah 28 minggu, rasa panik dan cemas selalu ada - risaunya tidak cukup kelengkapan itu ini. pening sungguh..

tetapi,
hati rasa sangat gembira. arah hidup nampak lebih jelas. rezeki yang datang membawa makna yang tidak terungkap. tak sabar menunggu orang baru dalam hidup kami.

sayang kamu, nak..

20 Februari 2009

semalam dan hari ini.

semalam dan hari ini dipenuhi kebimbangan. sudahlah saat-saat akhir disuruh menguruskan pembelian t-shirt rumah sukan (ya..sukan bukan takat di sekolah OK?), karenah ahli-ahli yang itu ini sangat memeningkan dan menaikkan suhu badan. macamlah saya ini yang membuat keputusan penting. kalau mahu membentak sangat, datang mesyuarat tahu? tepuklah meja atau melompat-lompat membantah keputusan yang sebulat suara dibuat.

malas untuk bertekak, minta saja big boss membalas semua e-mel yang tidak berperisa. tak perlu menyusahkan kepala. cukuplah pening dan risau kerana mengharapkan pesanan t-shirt (yang tak sampai 24 jam itu) mampu disiapkan petang ini.

semalam, si kecil yang di dalam tenang mencapai usia tiga bulan. terasa seolah-olah dia bergerak sejenak menyambut hari ketika saya membuka mata. pagi tadi juga.

itu, Alhamdulillah, sudah cukup menenangkan.

16 Februari 2009

lama tak jumpa, kini bersua.

sudah lama tidak bersua. berbelas tahun. paling terbaru, eh eh.. lapan tahun yang lalu. kini dapat bertentang mata. gembiranya tak terkata berjumpa sahabat-sahabat lama. teringat kisah-kisah dulu, suka duka. pahit manis. bertukar-tukar cerita. melihat masing-masing yang sudah matang dewasa tapi masih dengan kenakalan zaman-zaman muda. membuat masa-masa yang berjalan penuh terisi kisah-kisah lucu dan menggembirakan. ibu-ibu, bakal ibu dan yang masih bujang penuh ceria. ditemani suami-suami yang setia memerhatikan isteri-isteri yang kembali menjadi 'muda' si manis 17.

hujung minggu yang penuh makna.

13 Februari 2009

tak larat.

loyanyalah tekak. peningnyalah kepala. sakitnyalah belakang. sensitifnyalah hidung. lenguhnyalah kaki. sedapnyalah makanan, tak tersentuh makan.

alahai..

19 Januari 2009

Faizal Tahir vs. ayam percik

"Kaciwa dengar Dingin tak lemak merdu macam dalam radio," saya teks adik saya.

"ZZ lupa minum air asam jawa," balas dia.

"Faizal Tahir minum banyak air asam jawa wooo. Sedap nyum3 suara dia," saya tambah-tambah.

"Dari suara FT, sedap lagi ayam percik ko. Oda, oda!" dia melencong dan tamat di situ.

Nampaknya ayam percik air tangan ibu mengandung yang menang.. Bukan Faizal Tahir, bukan Meet Uncle Hussein.

Bukan.

02 Januari 2009

macam air batu campur.

kalau ikutkan buku yang saya baca, si kecil yang di dalam baru sebesar beras nasi. no obvious changes from the outside but very rapid evolution is happening inside, kata penulisnya lagi. patutlah amat terasa letihnya.

baru sepuluh minit berjalan, sudah mengah. dahulu, berjalan tiga jam pun tak terasa apa. alahai, mengahnya.. lagi, tidak boleh makan banyak sekaligus. sepertimana yang mampu saya buat selama ini. hanya boleh makan sedikit-sedikit, tetapi dalam bilangan yang kerap. kalau tidak, bertambah mengah jadinya. bukan setakat jaga pemakanan, pergerakan pun.. susahnya tapi mesti membiasakan diri.

perasaan sangat bercampur-baur. seperti air batu campur yang mmm, enak dinikmati kala panasnya hari. sangat berwarna-warni..