29 Disember 2009

kuncinya tertinggal di situ.

tiap kali bergerak meninggalkan anakanda Im the hero di taska, mahu saja saya pakai baju ramlah ram yang ada bentuk hati di baju yang siap lampu berkelip-kelip itu sambil menyanyi penuh syahdu.

..sukarnya..untukku..berpisah denganmu..kaukunci..cintaku..di dalam hatimu..

24 Disember 2009

you surprised me, nak..

saya cuti hari ini.

tak tahulah sebab apa. marah mungkin, kerana sepanjang minggu asyik mesyuarat hingga lewat petang. jadual mengepam berterabur - bengkak susu sampai naik pitam dan demam jadinya. apa ingat saya boleh fokus bilamana anakanda Im the hero dibiar lama-lama di taska? tahulah anak masing-masing sudah besar panjang. saya bukan tidak mementingkan karier dan tanggungjawab. tetapi kalau keluarga tunggang-langgang, apa kamu fikir saya boleh bekerja dengan betul? air muka pun tak dapat nak jaga dah.. mencuka saja sepanjang masa yang melepasi waktu pejabat :p

menariknya, saya dapat lihat perangai si hero yang baru. nampaknya dia sudah pandai jaga diri. tidak merengek-rengek seperti dulu. kalau terjaga, dia diam dan memandang keliling. kemudian menyambung tidur. sempat tersenyum manja lagi. alahai, intan payung mak ayah :*

kalau tidak, saya asyik tertanya-tanya bagaimanalah pe'el si hero di taska. sebab pe'el yang selepas taska itu, bolehlah ayahnya kanda-yang-bertakhta-di-hati dan saya perhati dan fahami. selalu juga saya meluahkan rasa risau pada kanda mengenangkan si hero dijaga orang. mungkin saya yang terlebih risau..


anak mak sudah besar..

20 Disember 2009

saya kini seorang mak (episod 04)

tadi saya belikan diri sendiri sebuah beg tangan yang cantik. sangat-sangat. year end sale, kan. mestilah asyik 'YES, YES, YES' saja tiap kali mata melihat dan hati berkenan.

anehnya, sesudah beg tangan bertukar milik, rasa bersalah tiba-tiba muncul. entah
dari mana. minda separuh sedar (saya ada banyak minda tak sedar :p) marah-marah. katanya, lebih baik saya belikan barang-barang untuk anakanda Im the hero. zamanmu sudah berakhir, tahu? kata suara hati saya yang itu.

tetapi rasa bersalah serta-merta hilang bila mak si hero tanpa teragak-agak menyambar 2 pakej cloth diaper Lunat*ts yang menjadi idaman sekian lama. seronoknya melihat sepuluh lampin moden (kata merekalah..) tersusun depan mata. berwarna-warninya.. dapat percuma satu yang berwarna putih, lagi.

ah, hati mak si hero sangat tenang. beg tangan dapat. baju-baju baju comel si hero pun dapat. bertambah-tambah
hormon hati-banyak-shenanglah, bila melihat koleksi cloth diapers si hero..

he he he.

17 Disember 2009

1, 2, 3. sayang semuanya..

anakanda Im the hero sudah seratus hari! seratus hari yang penuh warna-warni. penuh cerita. penuh gelak tawa. penuh kelam-kabutpun ada.

sudah seratus hari.

03 Disember 2009

saya kini seorang mak (episod 03)

cuti hampir ke penghujung. bermakna beberapa hari lagi anakanda Im the hero akan dihantar ke taska. alahai, beratnya hati!

maka tersangatlah rasional jika saya mula melatih si hero tidur di atas tilam, tidak lagi berbuaian. si hero asyik membentak. tidurpun tidur-tidur ayam. bohonglah kalau emaknya ini tidak geram. baru hendak membuat kerja, terbantut niat mendengar rengekan manja si hero yang tetap mahu berkepit dengan emaknya ke sana sini.


sudahnya, saya biarkan saja si hero merengek dan meneruskan kerja-kerja yang ada. rasa bersalah membuak-buak tetapi terpaksalah menguatkan semangat. untuk kebaikan si hero juga.

melihatkan si hero terlelap kerana tidak dilayan sepertimana selalunya, hati saya remuk redam dek rasa bersalah yang masih belum hilang. sedih sungguh hati..

susahnya ini macam..

02 Disember 2009

saya kini seorang mak (episod 02)

bila membelek-belek anakanda Im the hero dan ternampak apa-apa tanda yang tidak sepatutnya ada, mulalah panik menyerang. sebab saya pantang ada yang tidak kena pada si hero. those unwanted marks, bruises etc. will make me feel like i am the lousiest mother in the world.

sungguh.