27 Oktober 2011

tinggi pokok kelapa, tinggi lagi awan di atasnya.

ada banyak orang di dunia ini sanggup menyusahkan orang lain, walau tanpa disedari. mentang-mentanglah ada sahabat kepada orang-orang tertentu di pejabat atas merak kayangan, fikirnya boleh dapat apa sahaja sekelip mata. tinggi benar hidung mendongak, walhal orang kita ini setakat manalah sangat mancung hidungnya masing-masing.

kalau kita pergi ke serata dunia dan masih fikir kita ini lebih daripada orang lain - lupa diri tak sedar dek untung, maka jadi beginilah.. semua orang akan dipijak-pijak. kalau pada usia muda dengan jawatan yang tidaklah seberapa tinggi manapun sudah ada peribadi sebegini, maka tiada siapa akan tahu tinggi mana lagi keangkuhan kamu dalam tempoh sepuluh, dua puluh tahun lagi..

kerana orang yang sangat berkebolehan, berilmu banyak dan selalu berfikir tidak akan berperi laku begitu.

letak kamu, di mana?