28 Jun 2017

teruskan berjalan.

saya mahu mengingatkan diri saya sendiri, supaya tidak terus-menerus hidup dalam sejarah lalu. atau masih terbuai-buai dalam kemilauan gemilang masa silam. atau mahu hidup dalam pujian. tidak boleh move on.

please do not stuck in the glorious past.
biarlah semua kejayaan, kemenangan, pujian dan seumpamanya menjadi kenangan manis buat sempadan.

jika tidak, 
saya tidak akan menikmati hari ini.
saya tidak mahu memandang dan merancang kehidupan akan datang.
saya tidak teringat berusaha untuk masa hadapan.
saya tidak mampu hidup gembira.

hidup ini mesti jalan terus.

18 Jun 2017

runs in the blood.

pwincess hero mencuba tudung yang baru saya belikan sempena raya.
diapun bertanya, "ome tak?"

wow.
cara bertanya sama amat dengan mak.

banyak-banyaklah bersabar, ya ayah.

13 Jun 2017

rangkuman cinta.

Coba kau tunjuk satu bintang, sebagai pedoman langkah kita. Jabat erat hasil karyaku, hingga terbias warna syahdu. Akan kuukir satu kisah tentang kita, di mana baik dan buruk, terangkum oleh indah. Akan kucerna semua karya cipta kita, di mana hitam dan putih, terbalut hangatnya cinta. 

Dan bila mimpi terwujudkan, di sisimu selalu hariku.

(tunjuk satu bintang, So7)

**************************************************************

terima kasih atas sembilan tahun yang indah, kanda. semoga Tuhan makbulkan doa kita, bahagia dan penuh cinta sehingga di sana.

09 Jun 2017

susah juga yang dicarinya

kalau kamu jenis suka membiarkan diri kamu terjerut dalam kemelut masalah tanpa cuba sedikitpun untuk selesaikannya, kamu tidak perlulah menjaja cerita betapa deritanya kamu menjadi mangsa keadaan dan teraniaya.

kamu sendiri yang cari susah.

07 Jun 2017

hati seorang emak.

rindu pula rasanya pada abang hero.

06 Jun 2017

janji mesti dipatuhi ;)

kanda bercerita kisah adik hero solat tarawih. 

ada masanya dia dapat fokus. selalu terjadi tersasar perhatian; lalu teralih kepada makanan, serangga berkeliaran atau kawan-kawan yang ada. paling kelakar, saat dia tersedar dan teringat janji padu pada ayah supaya khusyuk bersolat, cepat-cepat dia kembali ke saf di sebelah ayah. memandang ayah sekali dua mahu melihat reaksi ayah. setelah dia pasti ayah sedang solat tidak menyedari kelakuannya, dia fokus solat kembali.

pada firasatnya, ayah TIDAK SEDAR yang dia telah mungkir janji. jadi esok bolehlah dia mengikut ayah ke surau lagi.

alahai anak.
macam-macam!

05 Jun 2017

anak ayah sungguh.

adik hero mengambil kesempatan bermanja semahu-mahunya dengan ayah. ke surau, diapun mahu mengikut. pendek kata, setiap langkah ayahnya akan diturut tanpa berfikir panjang. tanpa diajak. 

tiada persaingan dengan abang hero untuk beberapa hari. 
ha ha.


04 Jun 2017

rindulah tu..

pwincess hero asyik bertanya perihal abang hero. 
maklumlah, dia lebih rapat dengan abang hero berbanding adik hero.

biar abang puas-puas bercuti, ya sayang?


03 Jun 2017

balik kampung yang tak jauh mana.

abang hero bercuti di rumah keluarga kanda. adik hero hanya mahu tinggal sehari. hari esoknya, dia mahu pulang bersama-sama kami.

mak harap abang hero berseronoklah di rumah nenek dan atuk, sambil bermain sepuas-puasnya bersama-sama sepupunya di sana.

02 Jun 2017

tak mahu ya, tak mahu.

walau disepuh emas lancung,
kilat tembaga tampak juga.

maksudnya,
bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.

tengok sahajalah.

kamu sekalian memang delusional of grandeur.
kasihan.