01 September 2022

gadis bunga.

sekian lama pandemik mengubah kehidupan, akhirnya kali ini Floria kembali. lebih gah berbanding dulu-dulu, sana-sini bunga. kenyang menjamu mata. sampai terlupa teriknya matahari, hati berlagu senang seiring warna-warni cantiknya ciptaan Tuhan.

sengaja saya cutikan diri daripada rutin pelajar, saya lepaskan semua mahu di situ. bawa pulang 21 anak-anak pokok orkid yang dulunya pernah ada dalam jagaan, bersekali 10 pasu yang sangat edgy rupanya.

orkid oh orkid!