28 Oktober 2022

penyesalan tiada guna.

Bercuti-cutian itu memanglah amat seronok.

Menghadapi timbunan baju kotor, kerja-kerja tertunggak dan semua masalah yang disapu ke bawah karpet sempena cuti, haaaaa.. yang ini sangat tidak seronok.

Pengsan!

24 Oktober 2022

mandi matahari.

Kami lari ke Melaka sempena hujung minggu yang panjang, memilih hotel di tepi pantai.  Cuti kali ini, mahu santai-santai sahaja. Memerhati anak-anak mandi-manda sambil menikmati segarnya udara laut dan indahnya cahaya matahari.

Sesekali bermalasan tidak mahu berbuat apa-apa itu, sangat menenangkan jiwa.

Begitulah.

09 Oktober 2022

bukan selalu!

Cukup insaf rasanya meladeni hari sempena cukup usia pertengahan 40-an bersekali meraikan hari kelahiran junjungan besar kekasihNya.  Semoga perjuangan baginda menjadi inspirasi dan penyuluh jalan, sentiasa lillahi Ta'ala. Semoga saya dapat mencontohi kekuatan semangat dan cinta baginda, demi Tuhan dan umatnya.

Semoga dipermudahkanNya saya dalam semua urusan; dunia akhirat sama seimbang. Semoga sentiasa dituntuniNya akan jalan yang terbentang luas di hadapan, janganlah sesekali sesaat pun diabaikanNya diri ini.

Jutaan terima kasih atas doa dan ingatan.

Salam Maulidur Rasul.