Cukup insaf rasanya meladeni hari sempena cukup usia pertengahan 40-an bersekali meraikan hari kelahiran junjungan besar kekasihNya. Semoga perjuangan baginda menjadi inspirasi dan penyuluh jalan, sentiasa lillahi Ta'ala. Semoga saya dapat mencontohi kekuatan semangat dan cinta baginda, demi Tuhan dan umatnya.
Semoga dipermudahkanNya saya dalam semua urusan; dunia akhirat sama seimbang. Semoga sentiasa dituntuniNya akan jalan yang terbentang luas di hadapan, janganlah sesekali sesaat pun diabaikanNya diri ini.
Jutaan terima kasih atas doa dan ingatan.
Salam Maulidur Rasul.