rama-rama origami siap, buat anak saudara perempuan yang mak sayangi. malu-malu, dia ambil sambil senyum manis kalah madu.
tiba-tiba mak disua banyaknya lagi kertas, mak terpandang yang adik mahu juga. mimik mukanya tegas penuh berharap. walau mak buat-buat bertanya apa tujuan semua kertas itu, lirikan matanya sudah cukup berbicara tiada suara.
mak hanya mampu gelak besar, tanpa banyak soal terus cari origami apa lagi yang boleh dibuat. rama-rama. katak. burung undan. nah, ambillah semuanya nak. her wish is mak's command.
pulang semua anakanda semula ke sarang mereka, sambil mak dihadiahi origami hati penuh cinta. lalu mak simpan kemas dalam ingatan, buat modal untuk bermegah-megah dalam whatsapp group keluarga.
mak loves all of yous, too, anak-anak.