18 Disember 2023

kopi & lepak.

perpustakaan ialah tempat paling sesuai untuk menelaah dan mencari bahan rujukan terkini (walaupun boleh capai di rumah), selain daripada meja saya di lab yang kini amat kesunyian akibat tidak dikunjungi berkurun lamanya. di sini, saya melihat pelbagai bangsa pelajar kertu seperti saya. walaupun agak geram dengan kelakuan sesetengah mereka, biasalah itu kerana perbezaan budaya masing-masing.

akan tetapi paling geram apabila wi-fi yang meragam sejak minggu lepas, melambatkan usaha gigih saya (konon) untuk muat turun senarai rujukan yang sudah dilambak ke dalam perisian Paperpile setelah bersengkang mata membuat carian dan tapisan seminggu sebelumnya. entah apa ujian capaian yang dibuat, asyik-asyik bertukar nama wi-fi yang perlu saya guna.

hei, kamu orang wi-fi perpustakaan.
kamu mahu cabar kesabaran kamikah?
buat kegigihan saya semakin pudar nyaris diganti keinginan mahu melepak di kedai kopi hipstur di bangunan sebelah.

geram betul!