01 Ogos 2025

seorang mak ialah role model bagi anak perempuannya.

anak-anak perempuan seharusnya dididik supaya berupaya membuat keputusan sendiri, ada pendirian dan teguh jati diri. bukan hanya menyerah habis pada ketentuan takdir tanpa berbuat apa. dia seharusnya berupaya menentukan yang terbaik untuk dirinya, untuk semua hal dalam kehidupan.

dunia ini survival for the fittest. jangan kalah pada kelakuan yang jahat dan meloyakan tekak. kita tak dapat sempurna 100% sepenuhnya, tapi kita boleh berusaha menjadi seorang yang memperbaiki diri setiap hari. ada masa kita tersadung dan jatuh bergolek-golek, yang utama ialah kita wajib bangun semula dan bersemangat kembali. carilah kebahagiaan dunia akhirat. lillahi Ta'ala.

mak-mak sekalian, kuatlah!

31 Julai 2025

rezeki bukan datang bergolek.

paling tak faham bila ramai mak pak sibuk benar menyuruh-nyuruh anak-anak berkahwin, terus beranak cepat-cepat. semua nak ekspres. macamlah anak itu robot, boleh disuruh itu-ini sesuka hati. 

kalau lambat dapat anak, mulalah mengomel. dah kamu sibuk sangat nak dengar suara anak kecil dalam rumah, beranaklah sendiri! kalau lambat jodoh, habis dipaksa-paksa mencari atau terima pilihan yang ada. anak lelaki disuruh kahwin, biar ada yang meneman. apa, kamu ingat bininya nanti jadi orang gaji melayan anak kamu yang dah besar panjang tak reti jaga diri? habis mana fungsi kamu sebagai mak pak yang wajib mendidik anak dulu-dulu tu? lagi satu, anak perempuan pun harus dilatih supaya berani berpendirian, jangan hanya ikut-mengikut saja yang dia tahu.

biarlah kesayangan kita ini, hidupnya dirancang sendiri. bukan orang lain, hatta kita yang atur-aturkan. berkahwin dan beranak, memanglah akan membuka pintu rezeki. akan tetapi rezeki bukan datang bergolek, kita harus berusaha bersungguh-sungguh kemudian berserah terus bertawakkal kepadaNya.

28 Julai 2025

lihatlah pinggan kamu sedalam-dalamnya.

ketika kamu asyik membilang apa yang ada dalam pinggan saya, kiranya kamu sangat terlupa melihat ke dalam pinggan sendiri.

satu perkara sangat pasti, saya tidak berminat dengan pinggan kamu.
pinggan saya sendiri sudah cukup seadanya dan menarik berwarna-warni.

27 Julai 2025

bukan tandingan.

sebenarnya, kamu tidak perlu rasa insecure, lebih-lebih lagi dengan orang seperti saya.

kalau kamu rasa kamu lebih hebat daripada saya, silakan.
betullah tu, saya tidak setanding kamu.
saya ini manusia biasa, banyak kurang.
kalau diibarat kepada kain, saya sudah compang-camping bertampal sana-sini.
kain kamu mungkin sutera mahal, cantik terletak. cukuplah, tak perlu kamu nak berlawan-lawan dengan saya.

kenal lama tak semestinya kenal hati luar dalam, kan?

25 Julai 2025

lari!

kadang-kadang, kita ini berusahalah menjauhi sesetengah orang. bukan apa, kita tegar mahu menjaga ketenangan hati. gigih mahu memastikan tenaga tidak terbazir melawan rasa tidak seronok.

saya mahu lari jauh-jauh,
biar gelombang negatif tidak dapat menangkap.

24 Julai 2025

the art of letting go (V)

dahulu,
bagaimana saya boleh reda lalu berdamai dengan takdir, walaupun hati saya habis luluh terluka?

itu antara soalan yang bermain-main dalam fikiran, sudah dua tahun saya begini. geram juga kerana kisah pahit dalam empat tahun kebelakangan sangat sukar untuk dihanyutkan ke laut dalam. kedua-dua kisahnya tidak sama (walaupun memberi luka yang dalam amat), cumanya saya ingat mungkin boleh guna kaedah yang sama supaya dapat berdamai dengan takdir?

haih, banyak betul kemelut jiwa.

23 Julai 2025

masih belum reda.

ya, masih amat marahkan diri kerana membenarkan beberapa perkara tidak molek berlaku sehingga memberi kesan teramat mendalam. rasa lemah kerana mudah saja membiarkan orang berbuat sesuka hati, cuba mencorak saya mengikut acuan mereka.  

memaafkan diri sendiri jauh lebih payah berbanding memaafkan orang lain.

22 Julai 2025

susah sangat.

perihal emosi ini, sama juga dengan keadaan pasaran saham. ada naik, ada turun. kadang cerun menaik, selalunya jauh terjunam jatuh.

saya agak penat kerana ada sesetengah perkara itu, aduhai susahnya untuk bersangka baik terus reda segalanya. jauh di sudut hati, saya sangat faham semua ini adalah ketentuanNya jua. ada yang Dia mahu tunjuk supaya saya belajar uruskan sebaik-baiknya dengan kemungkinan berlaku lagi pada masa akan datang.

tetapi, itulah tu. itulah.

selagi rasa marahkan diri masih mencengkam jiwa, selagi itulah payah benar mahu memaafkan diri dan menyimpan (h)angin. lemahnya kerana masih diselubungi dendam dan sakit hati. iman setipis kulit bawang.

saya masih tidak pandai seni berdamai dengan takdir, nampaknya..

07 Julai 2025

the scar reminds me, that the past is real.

saya sendiri tak sangka yang saya tidak pernah buat apa-apa salinan pada semua fail dalam laptop. memang hanyut sungguh saya dalam ribut pengajian. masa berlalu pantas amat, tak pasti saya hidup dalam abad yang mana satu.

itulah. orang lain belajar, kau nak jugak.
orang lain tenang-tenang saja, tiba-tiba sudah selesai dan grad.
kau tu dah kertu, tenaga dah banyak hilang. bukannya muda lagi.
celaru sana, celaru sini. heh!

hari ini, saya ambil langkah untuk pastikan semua diurus dengan cermat dan perlahan-lahan. mana yang selamat, saya pindahkan dalam storan baru dan salinan di tempat lain sama. hard disk lama, saya gantung depan mata. buat beringat, pastikan jangan berulang. 

cukup-cukuplah air mata darah yang keluar selama ini. yang lepas, sudah-sudah usah dikenang. ayuh mula kembali, pandang saja ke hadapan. tajamkan semula fokus, tetapkan sasaran.

allahumma yassir wala tu'assir.

06 Julai 2025

this ship will sail, again.

tokeh kedai tadi telefon, bilang semua sudah selesai. apa yang boleh selamat, setakat mana yang dapat. tak apa. saya tetap bersyukur.

sekarang, saya hanya mampu duduk menatap laptop.
SSD baru.
semua harus bermula semula.

kita gali sisa yang ada, untuk jadi pasak terus maju ke depan.

no white flag for me.
never.

04 Julai 2025

sedihnya..

akhirnya saya pasrah, buntu tiada penyelesaian. laptop saya sudah berhari-hari bermasalah, suka benar skrin biru memunculkan diri. semua tips dan cara sudah dicuba, sampai ke BIOS saya godek itu-ini. tetaplah dia terus meragam. jauh di sudut hati, saya syak ini isu SSD tapi sumpah saya teramat 'in denial'. tak sanggup nak menerima kenyataan..

sama macam kesah puluhan tahun yang lampau. orang dah habag mai banyak kali tak mau dah tengok muka kita, tapi kita duk mengharap lagi dia bagi peluang. gigih menunggu, penuh berimpian. dalam penafian sungguh! nasib baik cepat tersedar (selepas berbulan-bulan jugalah, haih malunya..) dan terus hidup dalam realiti bukan mimpi.

eh, sesat dalam kenangan lama pula.

kanda pujuk saya bawa berjumpa yang lebih pakar. panjang lebar saya jelaskan pada tokeh kedai sampailah saya bilang sama dia, tolonglah selamatkan setakat mana yang boleh. saya pulang ke rumah, hati amat berat tapi entahlah dalam masa yang sama, rasa kosong sahaja.

oklah.
nak tidur, tak naklah buat apa-apa.


03 Julai 2025

mungkin kurang kaseh-sayang?

buat kamu, kamu, kamu, kamu dan kamu.
 
yang selalu bikin menambah lelah dan serabut fikiran.
yang tak habis-habis membuat cerita dan mencipta gosip sewenang-wenangnya.
yang tak sudah-sudah meneliti hidup orang, terlupa kain sendiri terlondeh eh jauh tertinggal nunnn di belakang.

ya, kamu semua.

saya doakan semoga
kamu dapat jalani hidup dengan bahagia dan gembira,
rezeki kamu berlimpahan dan cukup semahunya,
dihujani kaseh-sayang tiada tepi, banjirlah hati kamu dengan cinta.

barulah kamu lupa nak sibukkan hidup orang lain, 'kan?

02 Julai 2025

truly & deeply.

to that one particular person,

who gave me beautiful moments and sweet memories
who changed the trajectory of my life
who taught me the meaning of letting go and moving on

thank you for everything.
i learnt a lot.

i am, and will always be
forever grateful.

01 Julai 2025

like magic.



사랑해, 남편!

30 Jun 2025

feel so much alive!

i love libraries,
and book shops.

i really do.

24 Jun 2025

hilang.


ada pintu yang memang tidak akan dibuka lagi,
sampailah bila-bila.
hilang terus.

it would be better that way, anyhow.





23 Jun 2025

tak malunya..

sakan kamu korek itu-ini, biar semua buruk terarah pada dia. biar kamu yang nampak betul serba-serbi.

bukan main lagi.
tak tahukah yang itu hanya seperti menepuk dulang, airnya terpercik ke muka sendiri?

21 Jun 2025

betulkah tak pernah salah?

eh.
dia yang mula dulu, disalahkan pula pihak lagi satu habis-habisan.
tak tahu malu betul.

berpura-pura jadi mangsa pula.
victim complex tak sudah-sudah.

oklah, done into the scene kata urang minang.
hiks!

tak faham.

begini,
kamu mahu mengejar keseronokan yang lain.
kamu tinggalkan dia.

kemudian,
kamu salahkan dia kerana kamu tinggalkan dia.

matematik apa yang kamu guna?
peninglah!

19 Jun 2025

sekejapan saja bagi saya..

teringat perbualan semalam, soalan cliché yang amat ditakuti.

"bila habis?" tanya dia.
"lama sangat dah rasanya," ditambahnya lagi.

aduh, yang itu saya tidak mampu nak menjawab, bos.
sebab rasa baru semalam mendaftar.
tiba-tiba masa hampir tamat.

18 Jun 2025

waktu yang bertemu dalam sedetik yang sama.

cubaan saya menelefon kembali salah seorang bos yang dihormati, asyik gagal. maklumlah dia sibuk, dia pun telefon semasa saya tidak berkelapangan. susah betul hahahha.

malam ini, kami berjaya bercakap. tahniah, katanya sambil bilang dalam bahagian dia ada kosong. apalah yang dapat saya jawab, gelak besar sahajalah yang mampu.

tunggu dululah, bos.
saya masih terkapai-kapai kelemasan ni..

30 Mei 2025

terubat jua.

Allah itu Maha Penyayang, lagi Maha Baik.  Dia kurniakan berita gembira pada ketika hati kita sedang sarat diselubungi kesedihan dan kehilangan arah. Rezeki tak disangka yang bisa menyiram jiwa yang hampir kering dan nyaris berputus asa. 

mahu dustakan nikmat apa lagi?

it is really on my plate.

kalau sudah kataNya itu rezeki kamu,
takkan beralih pada orang lain.

walaupun kamu kira tertinggal berbanding orang lain, kerana kamu mengejar sesuatu yang lebih penting terlebih dulu. walaupun kamu tenggelam dalam timbunan kertas atas meja. mungkin rezeki yang kamu mahu, lambat lagi boleh tercapai.

tetapi, diberiNya rezeki lain tak terjangka supaya kamu cepat tersedar daripada lena kesedihan berpanjangan, bangkit terus menghadapi apa jua yang datang.

terima kasih atas ucapan wahai semua kenalan, sahabat dan bos lama. hati ini amat-amat menghargai setiap doa dan ingatan ikhlas kalian.

tiba-tiba hidup rasa bersemangat semula.
terasa ada sinar pada kelam kebelakangan ini.

maka, ayuh kayuh sampai habis!

29 Mei 2025

luahkan semuanya. biar lega.

terima kasih, kanda.
pinjamkan bahu untuk saya curahkan semua isi hati penuh kesedihan disulami air mata yang amat murah akhir-akhir ini.

thank you for not clipping my wings.
thank you for watching over me with patience.
thank you for letting me fly (and soon, soar) high.

love you to the moon and back.
lillahi Ta'ala.