03 Julai 2025

bersyukur juga!

buat kamu, kamu, kamu, kamu dan kamu.
 
yang dulunya selalu bikin bertambah lelah dan serabut dalam hidup saya.
yang dulunya tak habis-habis membuat cerita.
yang dulunya tak sudah-sudah meneliti hidup saya.
yang dulunya suka mencipta gosip sewenang-wenangnya. 
yang dulunya fikir kamu terlebih bijak dapat meneka isi hati saya.

ya, kamu semua.

saya doakan
semoga kamu dapat jalani hidup dengan bahagia dan gembira.
semoga rezeki kamu berlimpahan dan cukup semahunya.
semoga dihujani kaseh-sayang tiada tepi, banjirlah hati kamu dengan cinta.

barulah kamu lupa nak sibukkan hidup orang lain, 'kan?