21 November 2006

sejuk. lapar. dan masa pun berlalu..

ya. saya tahu ramai yang sukakan musim sejuk. kot yang tebal dan cantik.. dengan fesyen dan warna yang berbagai. dan saya tidak berkecuali. memandangkan cuaca di tanah air tidak memungkinkan saya memakai kot yang tebal dan cantik-cantik, maka saya sememangnya menahan diri yang teramat sangat untuk membuat koleksi kot tebal berbulu yang sangat memikat. setakat, errrr, 4 helai, cukuplah. si dia juga pernah bertanya, adakah almari saya sudah penuh dengan koleksi ala-ala korea? bukan dia sahaja. Emilie dari Filipina. profesor German kacak bergaya. ramai.. sampai saya sudah tidak ingat. oh? tidak boleh ya? shopping: the best stress remedy.. ^^

tetapi siapakah yang dapat memahami? muka perit menahan sejuk. maklumlah. saya ini orang kampung. tak biasa.. kulit menjadi kemerah-merahan dan kering. lagi, perut saya asyik kelaparan.. otak bukannya ligat memikirkan tugasan-tugasan, tetapi ligat memikirkan bila saya patut melihat ke arah beg yang di dalamnya, ya, set makanan tengahari saya. hari ini, spegeti rebus ala utara saya menggamit-gamit seawal jam 8 pagi. melambai-lambai penuh mesra..

sambil melontar pandangan keluar tingkap ketika menunggu makanan hangat dalam oven microwave, saya mula tersedar. Kwanaksan sudah bertukar warna. dari kehijauan menjadi kekuningan. sedikit masa lagi, pasti akan mula diselimuti salji. begitu cepat masa berlalu. dan sampai bila kesibukan ini akan membuatkan saya tidak sedar kehidupan di sini hanya tinggal beberapa bulan saja lagi? dan sampai bila saya akan berhenti sejenak, dan menikmati segala-galanya di sini?