29 Mei 2007
apa?
eh, eh.. don't talk about halaal and haraam with me when you guys clearly drink beer and alcohol, air kencing syaithooonnn, shamelessly, in front of these non muslims, okay?
"i touched here, and i know exactly where my limit is," sindir saya seraya menunjuk ke bahagian lengan adik yang berlapik..
cheh! cakap tak serupa bikin...
28 Mei 2007
selamat datang ke dunia indah.
tidak semua yang nampak indah itu, membahagiakan. dan pada garis penamat nanti, lihatlah siapa yang terjual jiwanya. yang hilang dirinya. atau siapa pemenangnya. yang sebenar.
welcome to the greatest show, greatest show on earth you've never seen before, let the fairytale unfold.. what's behind the smoke and glass? painted faces, everybody wears a mask, are you selling them your soul? will you'll be left out in the cold?
is it all blue skies? fun and games until you fall then you're left without anyone at all, you're riding on a shooting star with a smile upon your face but soon the shine fades.. and you're left out all alone, wondering where did they all go?
been jaded, hated, who'll be around when the limelight's faded? been shut down, pushed out.. made to smile when i wanted to frown.. always taking a bow..always working the crowd..always makin, the rounds always playing the clown..who'll be sticking it out? who'll be staying around when the lights go down?
*Welcome, Christina Aguilera
27 Mei 2007
dan saya pilih..
buat saya terfikir. betul juga, kalau naif dan bendul sangat, kita akan selalu kalah. "good guys always finished last," saya sindir profesor kacak. nah, lihat, siapa yang selalu menang? yang naik pangkat lebih dulu? yang markahnya sentiasa di atas tanpa perlu berhempas-pulas? yang lurus² 'kan selalu tertinggal, nun jauh di belakang.
the dark side of me is more than willing to pop-out from its shell.. when it happens, would it be as dark as the darth vader's, or makes me as evil and revengeful as the venom?
harry osborn a.k.a goblet jr. pilih untuk jadi baik. buat saya tersentak juga. dia mati dengan nama baik. oh, saya mahu mati dengan nama jahatkah?
saya tertanya-tanya juga..
24 Mei 2007
high. and low.
bukan itu saya mahu ceritakan. saya mahu bercerita tentang ini. tentang wanita² yang menggunakan pesona yang dibuat². digunakan untuk menggoda profesor² semata² mencapai apa yang mereka mahu: segulung ijazah. hanya perlu pakai skirt yang pendek. "high GDP," ulas mohsen. membuatkan saya gelak tidak ingatkan dunia. ya, tawa saya memang dinanti². sebab kuat sangat. dan meriah betul bunyinya. somehow, they felt obliged to make me laugh. tidak mahu melihat suram saya. mungkin.
alangkah sedihnya. kerana kita ini nampak gagah, kononnya berpotensi, 'best people to work with'.. konon².. maka orang yang kerjanya seperti budak tadika perlu didulukan. oleh sebab otak karat tidak boleh dipakai, maka, apa lagi, dedahlah apa yang patut. kejinya!
kita, sebagai wanita yang ada integriti dan maruah, memang sangat mudah rasa kalah dalam hal ini. ada masanya, mahu saja saya tampar murahan² ini. janganlah sampai mengganggu kerja² saya. saya serius, ok? saya bukan ke sini bermain² 'i'll show you what i got, instead of my brain'. hina sungguh rasanya bilamana skirt pendek berjaya mengalahkan kerja kuat..
it is very frustrating.. to see somebody we respect so much had became so low.. just because of those short skirts...
*GDP: gross domestic product.
21 Mei 2007
double trouble
gaji naik, ingat² masa depan. jangan belanja di luar kemampuan. dasar lupa daratan memang suka lebih kerak dari nasi. mengadu duit tak cukup tapi gah bergaya dengan motor besar, kereta besar. otak makin kecil. cheh! loya sungguh tekak melihat orang tidak sadar diri.
"oh? double salary?" rungut profesor kacak, tidak puas hati. eh, eh..di sini bukan gaji tau. di sini scholar. dan rungutannya itu berterusan sehinggalah saat² kelibat saya hampir menghilang.
saya harap dia dengar gelak jahat saya. muahahahhahhahahha.
15 Mei 2007
pusing..pusing..
kadang-kadang rasa mahu pengsan mendengar betapa cetek dan dangkalnya pemikiran orang terhadap agama kita. tetapi bercakap seolah-olah merekalah yang punya minda global. oh, hehehe..istilah malaysia: glokal. saya pun bukanlah arif sangat tentang agama lain, tetapi saya berpendapat sensitiviti semua orang patut dijaga. hello? priest? kerana mereka lihat saya bersolat, maka saya seorang muslim priest? apa..ingat kita ini seperti mereka gamaknya. memisahkan agama dengan kehidupan.
lihat..bagaimana ada masanya kebodohan manusia melampaui infiniti. tanya diri kita sendiri: mahu jadi si bodoh yang infiniti jugakah?
14 Mei 2007
macam itu-itulah..
tapi bila dia mula rasa selesa, baru tahu 'belang' sebenar. jangan kamu hendak merengek² bermanja² macam dulu². semua kata² dia noktah. final. jangan kamu nak bantah. never. dia takkan dengarnya.. nanti dia kata kamu keras kepala. suka melawan. banyak kehendak. selera besar. silap² dahinya berkerut, nada suaranya meninggi. sudahnya, kamu juga yang salah. kamu juga rasa diri makin mengecil. ini tak boleh. itu jangan. begitu salah. begini (baca: cara dia) yang betul.
kata gwen stefani: now that I'm your baby, the things you promised me, now I want..now that you got it, what you going to do about it? (you told me) all the stars I was reaching for..(you told me) you had in the palm of your hand, and if for just once I would let the padlock on the door be open, well damn it, just get on over here..this better be the best thing I ever felt..my days, they better be sunny, it better be nothing but all that I want
08 Mei 2007
:. the orange apple .:
siapa-siapa ada audio yang baik-baik untuk halwa telinga, bilang sama saya ya?
04 Mei 2007
mari bermain.
nak main sangat.. ha, apa lagi? marilah!
01 Mei 2007
duh!
semalam, ketika kelas bahasa, Maria isterinya Flavio mengherdik saya. dia salah faham apa yang diajar cikgu. maka, apabila dia bertanyakan saya, saya tunjukkan yang sebetulnya. hai, lagi mahu berdebat. hairan juga! wajah saya berubah menjadi ketat seketat-ketatnya dengan amarah. nyata, riak itu disedari semua orang. ya, saya tidak tahu menyembunyikan perasaan. i am VERY transparent.
saya belajar bahasa ini untuk bersaing dengan merekakah? logiknya, saya duduk di kalangan masyarakat tempatan, maka haruslah saya lebih tekun memahami. saya sedar, awal dahulu sayalah yang paling tidak pandai. mungkin tercabar ego mereka kerana lama-kelamaan, saya agak mahir berbanding yang lain. "you made us looked stupid," gurau mereka. apalah yang hendak dibanggakan. di luar sana, saya masih terkial-kial menjawab soalan² pakcik² dan makcik². lainlah kalau saya mampu bercakap bak air sungai yang mengalir. itupun, apalah yang nak dikecohkan sangat. apalah sangat ilmu yang manusia ada dibandingkan milikNya.
saya tertanya-tanya juga. apalah yang hendak saya marahkan. mungkin saya masih terbawa-bawa dengan soalan menghina "you're wearing scarf to cover your thinning hair?" yang terpacul dari mulut dia sebelum itu. saya tahu dia kehilangan orang tuanya baru² ini. tidak bermakna dia boleh menukar kesedihannya dengan menghina agama asal keluarganya. cukuplah itu antara dia denganNya. saya tidak pernah mahu campur tangan. heck, i mind my own business!
azita, isterinya ehsan menasihati saya supaya bersabar. oh ya. saya memang sudah lama bersabar. paling mudah, jauhi orang² yang terus-terusan menghina agama kita. kita sudah tunjukkan yang terbaik, terangkan dengan hemah. tapi masih lagi dilemparkan dengan kata² menghina. mahu menutup kelemahan sendiri, mungkin? maka, just avoid them. semoga Dia akan terus melindungi kita..
don't compete with rivals. MAKE THEM IRRELEVANT. setakat ini, teknik ini sangat² berjaya.. ;)