06 Jun 2007

begitulah.

Saya boleh rasakan persepsi orang lain terhadap saya telah berubah. Sukan telah memperlihatkan saya mempunyai daya saing untuk berjaya.” itu kata Donna Commbe, dalam artikel "Atlet wanita lebih hebat daripada lelaki?" hari ini. i'm not into female vs. male thing. it's unnecessary. dalam agama kita, baik lelaki mahu wanita, masing² ada kedudukan istimewa tersendiri. tetapi saya mahu bicara tentang bagaimana sukan telah membantu ramai orang di sini 'melihat' saya sebagai orang lain.

hari sukan program kami minggu lepas, saya telah dipaksarela terlibat dalam lari berpasukan bagi team saya. aduh. mahu tak mahu, angguk sajalah. walaupun team kalah, saya menerima banyak pujian with an element of huge surprise in their faces. "the fastest woman in our program," kata mereka. sengih sajalah. nampak sangat mereka ingat kita ini tak pandai bersukan.

sejak itu juga, makin ramai orang bersikap 'tough' dengan saya. saya tidak nampak lembut lagi di mata mereka. sudah jadi ancaman baru. "it's the men things," pujuk Nagi, sambil mengingatkan saya.. bahawa saya ada integriti yang tinggi maka inilah harga yang perlu dibayar. tambah dia lagi, kalau saya 'murah' sebagaimana kebanyakan wanita yang lain, barulah saya akan dipuja² dan dilayan bagai puteri raja.

seronok juga dilihat sebagai 'tough woman' ya.. ada kuku tajam tersembunyi: menunggu masa untuk dikeluarkan. roooaaaarrrrrrrrrrrr!!!!!