30 September 2007

kelam yang suram..

sudah 3 hari. rasa kelam saja. terasa sungguh ketiadaan Nagi. dahulu, awal² ketiadaan Adnan, begini juga. ikon YM mereka sudah tidak menyala-nyala seperti dahulunya. little sister has lost her big brothers. not exactly lost, actually and i should rephrase it. saya sepatutnya bergembira mereka lebih bahagia di negara sendiri.

mungkin juga mendung hari di luar sedikit sebanyak memberi bekas. maklumlah, musim luruh sudah tiba. agak sayalah. saya tidak berapa biasa sejuk².. kepala mudah sakit dan darah bagai membeku. bisa² sendipun mudah menggigit tubuh yang makin menua ini. otak tidak mampu berfikir seligat jaman muda². alahai.

aduh.. tidak boleh terus-terusan begini. tolong...... :(

28 September 2007

selamat jalan. jumpa lagi.

hari ini, sahabat yang saya panggil 'akh kabeer', abang besar Nagi sekeluarga akan berangkat. saya kira, isterinya yang cantik manis itu juga gembira dapat pulang terus. singgah dulu ke Malaysia sehari dua sebelum terbang kembali ke Yemen. mahu melihat negara yang menjadi sanjungan ramai Muslim negara lain. buat saya terfikir, kalaulah orang luar melihat beruntungnya rakyat Malaysia, kenapa kita tidak lebih bersyukur lagi?

sahabat saya ini, hampir semua peralatan elektriknya diberikan kepada saya. wah, oven elektrik, pemanggang elektrik, malah pembuat yogurt elektrik! dan banyak lagi. terdiam saya. kata dia, apalah sangat semua itu dibandingkan dengan persahabatan ini.

alangkah bertuahnya.. walau berasal dari ceruk negara yang berbeza, saya tahu, ada sahabat yang sangat mengambil berat tentang saya. doa saya, semoga persahabatan ini kukuh, apalah sangat dipisahkan dengan jarak beribu batu. persahabatan ini juga mengajar banyak perkara. terus, memberi bekas ingatan manis dalam menghadapi cabaran pada saya yang masih tinggal untuk berjuang.

terima kasih banyak-banyak. atas segalanya. selamat jalan wahai sahabat. dan jumpa lagi. InsyaAllah.

20 September 2007

tahu.

saya tahu, awak juga rindu.

tapi.. maafkanlah saya.

13 September 2007

tak apalah..

tak apalah rindu sangat² pada kuih-muih dan makanan tradisi di kampung.. sekejap saja lagi pun tinggal di sini.. tahun depan, boleh menyambut puasa bersama keluarga tersayang semula, insyaAllah..

sikit saja lagi, jalan ini akan sampai ke destinasi.. sikiiiit saja lagi.


09 September 2007

the amazing race.

bolehkah kita menghabiskan satu buku ilmiah setiap hari? atau mempunyai koleksi lengkap sebagaimana "The Smartest Books We Know" oleh majalah Fortune sebagai harta sementara hidup?

dalam keadaan genting semester terakhir ini (harapnyalah..), semua detik yang ada perlu diluangkan untuk membaca, menganalisis, dan menekuni kerja² yang ada supaya boleh graduate dengan jayanya dalam tempoh sepatutnya.

pheww. ini amazing race saya. harap² boleh. Amin.

(saya paling tidak faham bila ada sebilangan manusia yang berpendapat betapa mudahnya saya ditawarkan biasiswa dan peluang menyambung pelajaran. jalan saya tidak mudah, tapi saya sangat bersyukur dengan apa yang dikurniakanNya. menuntut ilmu umpama pergi berperang, bukan bersukaria atau berehat² semata². lebih² lagi di negara orang, kita bawa maruah negara sama. jalan setiap orang berbeza, harus betulkan niat dan matlamat dahulu.

oh. sudah. berhenti membebel. sambung baca buku. ingat: satu setiap hari. yieha!)

06 September 2007

sudi-sudikanlah..

"Pihak Kementerian Kesihatan, sudisudilah turun lihat keadaan di luar bandar, pekan kecil atau kampung. Lihatlah pengguna dan rakyat kerana bukan semuanya antara mereka ke klinik kerajaan terutama di waktu selepas pejabat. Janganlah hanya bermesyuarat dan membuat keputusan di bilik berhawa dingin sedangkan rakyat dan pengguna di luar susah, sengsara dan merana." kata Doktor Simpati.

makan gaji dengan kerajaan dan buat kerja untuk kebajikan sosial memang susah. kamu takkan dapat anugerah cemerlang. atau puji-pujian daripada orang² 'besar'.. kamu akan selalu kalah dengan orang² bernafsu besar mengaut untuk kepentingan diri. kamu akan terperosok dalam pejabat menyudahkan kerja² bertimbun, tapi mereka berjalan ke sana ke mari atas nama 'urusan rasmi'. buat kerja untuk menaikkan nama masing². tak sudi langsung membuka mata melihat dunia luar yang realitinya pahit untuk ditelan.

aih. banyak pula berfikir di pagi-pagi buta ini. sudah. sudah. fikirkan bagaimana untuk menghabiskan semester ini dengan jayanya dan pulang dengan ijazah. jangan pening-pening.