28 September 2007

selamat jalan. jumpa lagi.

hari ini, sahabat yang saya panggil 'akh kabeer', abang besar Nagi sekeluarga akan berangkat. saya kira, isterinya yang cantik manis itu juga gembira dapat pulang terus. singgah dulu ke Malaysia sehari dua sebelum terbang kembali ke Yemen. mahu melihat negara yang menjadi sanjungan ramai Muslim negara lain. buat saya terfikir, kalaulah orang luar melihat beruntungnya rakyat Malaysia, kenapa kita tidak lebih bersyukur lagi?

sahabat saya ini, hampir semua peralatan elektriknya diberikan kepada saya. wah, oven elektrik, pemanggang elektrik, malah pembuat yogurt elektrik! dan banyak lagi. terdiam saya. kata dia, apalah sangat semua itu dibandingkan dengan persahabatan ini.

alangkah bertuahnya.. walau berasal dari ceruk negara yang berbeza, saya tahu, ada sahabat yang sangat mengambil berat tentang saya. doa saya, semoga persahabatan ini kukuh, apalah sangat dipisahkan dengan jarak beribu batu. persahabatan ini juga mengajar banyak perkara. terus, memberi bekas ingatan manis dalam menghadapi cabaran pada saya yang masih tinggal untuk berjuang.

terima kasih banyak-banyak. atas segalanya. selamat jalan wahai sahabat. dan jumpa lagi. InsyaAllah.