24 Oktober 2007

pening, pening.

sejak saya membentangkan tajuk tesis, makin ramai pula yang gemar bercakap tentang topik tersebut. kata Emam sahabat dari Mesir, saya sudah berjaya menarik minat ramai dan itu tanda kejayaan yang besar. saya kurang pasti. saya agak marah. sebelum ini, tiada yang berani mengambil risiko bercakap tentang isu itu di dalam program ini.

yang menjadi kemarahan ialah, ada mengambil kesempatan menceduk idea.. malah tidak mahu berikhtiar langsung mencari kelainan. wah.. terpilih pula mereka ke conference di luar. ini sudah lebih! makin ramai juga yang mahu-mahu membentuk kajian saya. malah peningkatan minat yang luar biasa ini juga menyebabkan ada yang cemburu. si melankolik (siapa lagi..) menyindir "I don't know how you do that" perihal topik saya berjaya 'memanaskan' kelas tempoh hari. hello? i am doing an interesting topic here, okey? duh!

saya tahu bertukar-tukar pendapat boleh membantu. tetapi saya harus fokus pada arah saya, bukannya berdasarkan apa pendapat orang. saya cuma mahu membuat yang terbaik.

just leave me alone. *sigh*

18 Oktober 2007

sudah tukar.

semalam, saya bentangkan kemajuan tesis. seram sejuk tangan saya, ditambah pula sesi soal-jawab sangat 'panas' dan mengundang hampir semua untuk bersuara. dalam hati, geram juga..maklumlah, sebelum saya, ada dua pembentangan tetapi agak suam-suam kuku sahaja sambutan 'penonton'.

profesor kesayangan saya JD Lee juga tidak putus tersenyum memerhatikan para pelajarnya berdebat. malah, diberikannya peluang untuk saya membalas 'tembakan' serta 'perisai ajaib' untuk menahan serangan bertalu-talu. sakitnya badan terkena sana sini tetapi saya memang tidak menyesal
mengambil risiko beralih arah. ini yang saya mahu. 'bantai'lah apa saja sekarang. supaya saya lebih bersedia ketika berjuang mempertahankan tesis pada hari penentuan nanti.

saya sudah tukar haluan. penasihat, sama. malah, apa yang saya usahakan selama ini, diperapkan saja di dalam laci. ralat juga di hati. saya tahu profesor German kacak bergaya tersinggung. terpancar dari mata biru kehijauannya. ini bukan saat untuk menjadi kreatif. ini saat hidup mati supaya boleh graduate on time. tempat saya bukan di sini. tapi di satu tempat yang namanya Malaysia. cukuplah pengalaman hampir 2 tahun di bumi Korea.

saya hanya mahu selesai secepat mungkin. dan pulang ke pangkuan yang tersayang di tanah air. dengan ijazah. hasil kerja yang memberi makna pada hidup saya selepas ini.
sesuatu yang boleh digunakan sekembali bekerja kelak. saya tidak mahu pandang jauh ke Nobel Prize. tidak, saya tidak mampu.

altruism vs. selfish? ..i rather be selfish than stuck in nowhere..

05 Oktober 2007

mimpi indah waktu siang.

sebelum saya datang ke mari, saya bayangkan yang lain apabila kembali menjadi pelajar. ingat macam dalam wayang ya? indah².. buku melekap di tangan.. bukan, bukan.. bukan selalu begitu..antara perkara yang tak terjangka dan teringin nak tahu, bolehlah jengah ke sini.

here's one of my favourite.. from the funny site:

"Piled Higher and Deeper" by Jorge Cham
www.phdcomics.com

aduh...berair mata menahan gelak... dan kalaulah selama ini ada yang bertanyakan bagaimanakah rutin saya sehari-hari, begini ya..:

Piled Higher and Deeper" by Jorge Cham
www.phdcomics.com

;)

04 Oktober 2007

Are all the good men married?

kajian pakar ekonomi yang diterbitkan dalam The American Economic Review pada Mei 2004 menunjukkan statistik lelaki yang berkahwin mempunyai pendapatan yang lebih tinggi daripada yang masih bujang trang tang tang. para majikan lebih tertarik kepada lelaki yang stabil dan bekerja keras.

"Perhaps women are attracted to stable, hardworking men. Employers also find such men attractive, so they want to hire and promote them."

this article light up my day. dalam asyik mencari jurnal untuk tesis, saya tersasar ke situ. maklumlah, walaupun mengkhusus dalam bidang IT, program yang saya ikuti ini memerlukan kami membaca dan mendalami teori² dan isu² ekonomi juga.. manalah tak pening.. sesekali, terjumpa artikel sebegini, hilang juga sakit kepala. ada juga ya kajian sebegini. menyuntik semangat supaya tie the knot as soon as possible.. mungkinkah?

what say you? ;)

p/s: not all good men are married (or died). saya dah jumpa seorang! :>

02 Oktober 2007

nak pakai kasut siapa, ya?

sebagai seorang perempuan (luar) biasa, tipulah saya tidak sukakan drama 'Desperate Housewives'. di lab, kalau stress dan mahu berlibur, klik dan nonton saja. tutup mulut dan ketawa tahan dalam perut. nanti jadi mangsa amarah orang lain pula. saya bukannya pandai nak gelak lemah-lembut.

si dia marahkan saya. katanya, itu suri rumah acuan barat. oh dear, i know.. i just want to have some fun here.. :) tapi saya betul² sukakan tempias sinis dari lawak suri² rumah yang desperate itu. pijar.. dan lagu promo musim terbaru, dari si j.lo, oh, saya suka...

Even if they try, they still can't walk a mile in these shoes
They couldn't even lace them up right
Honey, these pumps are too big to fill, 10 million men can't walk a mile in these shoes.

I'm walkin' tall, I don't let their hatred test me
They bite the dust, head above water they still can't breathe
My feet pound the ground as I stomp it out
I dare you to walk a mile in my shoes.

woo! i dare you! hahahhahahha!

01 Oktober 2007

oh, cerahnya!

sehabis sahur, hati terdetik untuk melihat kalau² keputusan Qualification Exam sudah ada atau tidak. kata Mak, kalau kelopak atas belah kanan berdenyut-denyut, tandanya berita baik. darah mengalir sederas pecutan 100m, saya melihat ada sebaris paparan yang tidak ada sebelum ini. lulus! woohoo!

alhamdulillah. berkat Ramadhan. lepas sudah rintangan kedua, sesudah rintangan TEPS. selepas ini, cabaran lebih besar: tesis menanti.

serta-merta hari kelam musim luruh menjadi secerah hari musim panas. at least, in my mind. ;) makanya.. ayuh, mulalah 'berlari' kembali!