18 Oktober 2007

sudah tukar.

semalam, saya bentangkan kemajuan tesis. seram sejuk tangan saya, ditambah pula sesi soal-jawab sangat 'panas' dan mengundang hampir semua untuk bersuara. dalam hati, geram juga..maklumlah, sebelum saya, ada dua pembentangan tetapi agak suam-suam kuku sahaja sambutan 'penonton'.

profesor kesayangan saya JD Lee juga tidak putus tersenyum memerhatikan para pelajarnya berdebat. malah, diberikannya peluang untuk saya membalas 'tembakan' serta 'perisai ajaib' untuk menahan serangan bertalu-talu. sakitnya badan terkena sana sini tetapi saya memang tidak menyesal
mengambil risiko beralih arah. ini yang saya mahu. 'bantai'lah apa saja sekarang. supaya saya lebih bersedia ketika berjuang mempertahankan tesis pada hari penentuan nanti.

saya sudah tukar haluan. penasihat, sama. malah, apa yang saya usahakan selama ini, diperapkan saja di dalam laci. ralat juga di hati. saya tahu profesor German kacak bergaya tersinggung. terpancar dari mata biru kehijauannya. ini bukan saat untuk menjadi kreatif. ini saat hidup mati supaya boleh graduate on time. tempat saya bukan di sini. tapi di satu tempat yang namanya Malaysia. cukuplah pengalaman hampir 2 tahun di bumi Korea.

saya hanya mahu selesai secepat mungkin. dan pulang ke pangkuan yang tersayang di tanah air. dengan ijazah. hasil kerja yang memberi makna pada hidup saya selepas ini.
sesuatu yang boleh digunakan sekembali bekerja kelak. saya tidak mahu pandang jauh ke Nobel Prize. tidak, saya tidak mampu.

altruism vs. selfish? ..i rather be selfish than stuck in nowhere..