25 April 2011

tunda.

cadangnya, hujung bulan ini akan berpindah. tetapi, masih ada banyak perkara belum selesai. harapnya, hujung bulan mei ini, tercapailah hasrat mendiami sanggar impian kami..

24 April 2011

suara hati kontraktor-kontraktor saya.

aiya. muka akak ini nampak marah aaa. apa lagi salah saya sudah buat?
yang kamu buat macam ini kenapa? kan saya dah cakap baaaaanyak kali kan? jack, sila marah anak buah kamu ni! :fire

haiya. ini kakak aaa. manyak cerewet lor.
ya, saya cerewet. duit saya, citarasa sayalah. kan?

kakak, pull-out basket laci dapur siapa yang beli?
saya..sebab saya kan cerewet. nanti kamu salah beli dan saya marah kamu, siapa susah? tapi dish rack itu, kamu yang belikan ya, alex.

fuhhh, lega..muka ini akak nampak happy dengan kabinet dapur dia..
many thanks aa. ai like my kitchen :L

yeay, dapat duit upah cat!
terima kasih abdul. kemas sangat kerja kamu. jiran kami pun hairan melihatkan betapa kemasnya kerja kamu. semoga rezeki kamu murah dan kamu tetap bekerja dengan kualiti yang terbaik.

ini aaa..pagar asal maaa. ingat barang lama boleh hias cantik-cantik ka? mau cantik, buat baru la!
hello tauke andy-yang-bukan-andy-lau, kalau kamu dah lama meniaga, otak udang kamu tak boleh berfikir kreatifkah? oh, silap. otak udang SAHIH tidak boleh menjadi otak kancil xo

ini kakak aaa, dia mahu mintak murah macam mahu cekik saya lor..
mestilah. setiap sen 'kan sangat berharga ;)

abang, kakak. saya sudah rugi sama ini tiles batu. saya ingatkan abang sama kakak pilih yang satu kaki punya.
alamak, jack. maaflah ya. kami tetap mahu yang kami sudah pilih..cepat suruh anak buah kamu pasang :P

nanti kita orang letak silikon kasi seal kat bumbung lepas tu alihkan paip ya abang, akak..
ish, nampak saja mata melilau dan kening terangkat saya melihat atap bocor itu ya? :brow

semua ini hanya berlegar-legar dalam hati. gelombang otak saya sudah boleh membaca riak muka semua orang yang berurusan dengan saya. sebab itu, risau saya melangit bila kanda mohon abang saudaranya buatkan kabinet tv dan almari bilik utama serta bilik ketiga. saya risau dia akan tertekan dengan sifat cerewet saya.. *sigh*

semoga abang endo tabah dengan saya. amin.

23 April 2011

simple and cosy.

misi untuk mendapat dapur yang selesa, praktikal dan menenangkan jiwa tercapai! syukur alhamdulillah! kabinet, jubin batu hiasan di dinding, kaunter bar, table top konkrit dengan jubin bercorak coklat ala-ala aiskrim nestle le cremeria (oh, sedapnya!)..

pendek kata semua seolah-olah saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.

tahu tak, saya tidak lena tidur memikirkan hasil akhir dapur saya? virus fobia dengan pagar utama ala-ala reban ayam masih berbekas ya amat, berjangkit kepada hal-hal lain. kabinet dapur yang sudah siap itu buat saya tak sabar pula melihat hud dan hob dapur jenama ika yang kebetulan kami pesan daripada bos si alex juga. oh, si alex juga sibuk suruh saya telefon bosnya cepat-cepat. diapun mahu melihat dapur itu dipasang. hmm. siapa yang lebih teruja ni?

harapan saya, dapur itu akan meningkatkan lagi semangat juang saya untuk memasak yang enak-enak untuk kanda dan si hero. untuk kaum keluarga yang akan bertandang juga.. ;)

20 April 2011

buruh yang tidak boleh bercuti.

cat yang kami tersalah beli itu, cadangnya akan dihantar ke kampung cuti buruh ini. kasihan adik-beradik saya, perlu mengecat semua bilik yang ada. cuti buruh, kudrat mereka akan dikerah tanpa bayaran.

bertuah jadi adik-beradik saya..

14 April 2011

syahdu mak dan ayah.

bila melihat wajah tenang si hero tertidur enak diulit mimpi, rasa tidak percaya dia sudah hampir dua tahun.. sudah tahu itu ini. akal terlebih. rajuknya memeningkan. a joy of mine and he is such a funny guy! saya dan kanda berdoa kepadaNya, semoga si hero menjadi anak yang baik..berjasa kepada keluarga dan agama..doa kami lagi, semoga dikurniakan ramai zuriat supaya kami tetap dapat merasa nikmat yang berpanjangan diberi peluang melihat anak membesar di depan mata..

patutlah emak saya uwonya si hero sentimental sangat, walaupun sudah besar panjang anak-anaknya..

08 April 2011

rumah kami berwarna-warni.

walaupun panas hati melihat pagar utama yang comot buatannya, hati kembali sejuk melihat hasil tangan si abdul yang dengan pantas dan kemasnya mengecat isi dalam rumah kami. sebenarnya, kanda dan saya tersilap membeli cat - sama dengan warna asal. bergegas kami pagi-pagi ke kedai cat mencari yang lain. terpaksa.. kerana hari ini hari terakhir si abdul akan berada di situ.

tetapi, kami baru saja sedar.. cat di luar dan di dalam sama! apa nak dibuat? yang penting, warnanya sesuai dengan jiwa. jadi, tak mengapalah kan kan kan?

misi seterusnya: kabinet dapur. bila agaknya si alex akan datang memasang kabinet dapur ya?

salah yang sedikit membawa kerisauan yang besar.

kalau bentuk pagar macam pagar reban, apa kamu tokei ingat saya mahu bayar habis pada kamu?

07 April 2011

lambatnya mak ayah ni..

anak kecil tidak akan faham mak ayah sibuk bekerja atau terkejar-kejar menguruskan kehidupan.

dia cuma faham, jam 6 saja dia mesti diambil kerana itu masa yang dia mahu dimanja kembali seperti buah hati kesuma jiwa tiada dua tiga.

dia cuma faham yang itu..