27 Disember 2023

ketagih.

tak tahulah kenapa hari ini saya sibuk pula mencari buku digital lipatan origami. ketagih pula, jadinya.

kalau begini dengan kajian saya, kan bagus?
haih..

25 Disember 2023

nak juga.

rama-rama origami siap, buat anak saudara perempuan yang mak sayangi. malu-malu, dia ambil sambil senyum manis kalah madu.

tiba-tiba mak disua banyaknya lagi kertas, mak terpandang yang adik mahu juga. mimik mukanya tegas penuh berharap. walau mak buat-buat bertanya apa tujuan semua kertas itu, lirikan matanya sudah cukup berbicara tiada suara.

mak hanya mampu gelak besar, tanpa banyak soal terus cari origami apa lagi yang boleh dibuat. rama-rama. katak. burung undan. nah, ambillah semuanya nak. her wish is mak's command.

pulang semua anakanda semula ke sarang mereka, sambil mak dihadiahi origami hati penuh cinta. lalu mak simpan kemas dalam ingatan, buat modal untuk bermegah-megah dalam whatsapp group keluarga.

mak loves all of yous, too, anak-anak.

18 Disember 2023

kopi & lepak.

perpustakaan ialah tempat paling sesuai untuk menelaah dan mencari bahan rujukan terkini (walaupun boleh capai di rumah), selain daripada meja saya di lab yang kini amat kesunyian akibat tidak dikunjungi berkurun lamanya. di sini, saya melihat pelbagai bangsa pelajar kertu seperti saya. walaupun agak geram dengan kelakuan sesetengah mereka, biasalah itu kerana perbezaan budaya masing-masing.

akan tetapi paling geram apabila wi-fi yang meragam sejak minggu lepas, melambatkan usaha gigih saya (konon) untuk muat turun senarai rujukan yang sudah dilambak ke dalam perisian Paperpile setelah bersengkang mata membuat carian dan tapisan seminggu sebelumnya. entah apa ujian capaian yang dibuat, asyik-asyik bertukar nama wi-fi yang perlu saya guna.

hei, kamu orang wi-fi perpustakaan.
kamu mahu cabar kesabaran kamikah?
buat kegigihan saya semakin pudar nyaris diganti keinginan mahu melepak di kedai kopi hipstur di bangunan sebelah.

geram betul!

07 Disember 2023

mahu jadi barista.

tak tahulah banyak mana kafein yang sudah menyerap dalam setiap inci pembuluh darah saya. bergelen-gelen tidak terkira. saya dan kopi (selain leteran nada tinggi) sememangnya tidak boleh dipisahkan. dan tabiat ini telahpun saya jangkitkan pula pada kanda dan anak-anak. hish!

ini, ini jenama kopi hipstur kegemaran terkini saya sedang buat promo. dalam hati sudah berfikir-fikir esok yang mana satu pula akan dibeli. bukan fikir tentang kerja, kopi lebih utama. buruk benar perangai.

kerja kedai kopi sajalah! senang tak perlu pening-pening dengan timbunan jurnal yang makin melemaskan otak ini.

28 November 2023

mulalah kembali!

entah kenapa, celik mata sahaja terus saya mahu mulakan kembali rutin pelajar saya. keinginan untuk ke perpustakaan kembali membuak-buak, usai tahajud terus saya kemaskan semua kelengkapan. tiba-tiba begitu.

bergegas sediakan sarapan ringkas anak-anak dan sudah tentulah wajib kopi pagi saya serta bising itu-ini mengejutkan semua kesayangan. maaflah ya, jiran-jiran. pagi-pagi sudah begini. leteran bernada tinggi payah amat untuk dipisahkan daripada mak yang ini. bukan itu saja, anak-anak bulu juga perlukan perhatian. mak umpama sotong kurita bertangan lapan belas, gigih mahu semua siap segera.

pulang daripada perpustakaan dijemput kanda serta siap dibelanja kopi hipstur kegemaran.. ah, indah sungguh hari ini.

marilah bersemangat semula!

22 November 2023

berita gembira.

menyambut ulang tahun perkhidmatan melebihi dua dekad -- menua dalam gomen (haha!); sambil meraikan berita gembira yang datang menjengah setelah sekian lama dinanti-nanti.

nan bawang putih berkeju berserta ayam tandoori dikongsi bersama-sama kanda, sambil ditemani kopi hipstur dilabel kata-kata hikmah "Yesterday you said tomorrow". agak pedih umpama ditampar halus, sungguh teringat-ingat juga betapa lamanya saya bertangguh-tangguh untuk memulakan kembali pembacaan jurnal yang sudah berhabuk tiada perhatian.

apapun, alhamdulillah.
semoga yang baik-baik daripadaNya akan sentiasa mendatangi hidup kita.

18 Oktober 2023

ingatan.

saya ambil sedikit masa menegur mantan bos, setelah sekian lama terperap dalam kesibukan yang entah apa-apa. selama tiga tahun saya berboskan dia, setelah pulang daripada belajar dahulu.

beliau sudah laaaaaaaaaaaama bersara. saya pun sudah lama tidak bertemunya. teknologi memudahkan kami tetap rapat seperti dahulu. bos saya inilah satu-satunya orang yang saya memang speaking dengannya. dia faham dark humour saya. saya faham dia, sama. kamu ingat senang nak cari orang yang boleh paham perkara sebegini? ;)

banyak yang kami bualkan. tentang semangat saya yang baru pulih, tentang saya 'hilang' diri sepanjang semester lepas, tentang 'how i bled until dried' hahaha. tentang kesihatannya dan isteri. tentang anak bongsunya yang berkerjaya doktor perubatan. pendek kata, tentang macam-macamlah!

terima kasih bos, kerana selalu ada untuk saya. you are like my second father who i respect and love very dearly. semoga Allah akan selalu melindungi bos sekeluarga walau di mana jua bos berada.

15 Oktober 2023

kenduri pisang.

weekend helper saya hadiahkan pisang mas bawa-belayar-masak-sebiji-atas-peti kepada kami. setandan! katanya, dia perasan kami selalu beli pisang begitu.

the truest definition of 'kenduri pisang'.

lihatlah, kalau kita rasa kita ini susah dan terhimpit lantas asyik menyalahkan dunia, ada orang hidupnya serba kekurangan yang masih besar dan pemurah jiwanya. kita ini lebih mampu daripada dia -- walaupun tidaklah kaya mana; tetapi tetaplah dia cuba berikan sesuatu yang fikirnya boleh bikin kita gembira.

tak sabar tunggu pisangnya masak!

18 September 2023

mahu jeda sebentar.

Jiwa yang Bersedih (Ghea Indrawari)

Kemarilah, singgah dulu sebentar
Perjalananmu jauh, tak ada tempat berteduh
Menangislah, kan kau juga manusia?
Mana ada yang bisa berlarut-larut, berpura-pura sempurna?

Sampaikan pada jiwa yang bersedih
Begitu dingin dunia yang kau huni
Jika tak ada tempatmu kembali, bawa lukamu biar aku obati

Tidakkah letih kakimu berlari?
Ada hal yang tak mereka mengerti
Beri waktu 'tuk bersandar sebentar
Selama ini kau hebat, hanya kau tak didengar

Menangislah, kan kau juga manusia?
Mana ada yang bisa berlarut-larut, berpura-pura sempurna?

Sampaikan pada jiwa yang bersedih
Begitu dingin dunia yang kau huni
Jika tak ada tempatmu kembali, bawa lukamu biar aku obati

Tidakkah letih kakimu berlari?
Ada hal yang tak mereka mengerti
Beri waktu 'tuk bersandar sebentar
Selama ini kau hebat, hanya kau tak didengar

Selama ini kau hebat, hanya kau tak didengar
Selama ini kau hebat, kau pasti 'kan didengar.

30 Julai 2023

tersangatlah healing

aktiviti minggu lepas, sempena pulang ke kampung halaman:

  • ate a lot. like, a. lot.
  • met new niece -- welcome to the world, sayang!
  • played & fooled around with nieces & nephews.
  • mingled with family.
  • danced under the heavy rain with the kids -- sambil menyanyi Thunder (lagu Imagine Dragons itulah).
  • got new haircut.

ini baru betul healing.
betul-betul punya!

28 Julai 2023

tiada perasaan.

terima e-mel memberitahu saya lulus dalam comprehensive exam yang sudah. mahu raikan, tenaga sudah tiada. mahu berkongsi berita dengan kesayangan pun tiada selera.

apapun, alhamdulillah.
Alhamdulillah 'ala Kulli Hal.

26 Jun 2023

tepu.

orang lain sibuk bersiap raya, kita tenggelam dalam bahagian kedua comprehensive exam pula. dua jam disoal itu ini sudah cukup buat semua tenaga hilang, lelah habis badan.

ok, di mana boleh saya bersembunyi sambil menangis senyap-senyap ni?
ha ha ha.

07 Jun 2023

exam

apalah yang perlu saya jawab dalam comprehensive exam saya hari ini..
dua sesi untuk bahagian yang pertama.

ini antara keperluan untuk lulus dan bergerak ke peringkat seterusnya.
buntu benar rasa.

29 Mei 2023

jaga diri, sama.





 
 
Kita pun sedar kita tidaklah sesempurna mana.
Kita jalan terus.
 

29 April 2023

penerimaan itu penting.

beban masa silam itu, sebenarnya berat. mahu melepaskan diri daripada lelahnya menanggung, lagilah menyesakkan kepala. seolah-olah lekat terbelenggu pada rantai dan terus-menerus lemas dalam lautan fikiran tiada ketepian.
 
mahu mengeluarkan diri daripada selirat kekusutan, sangat memakan tenaga. kadang terasa sudah dapat diatasi, kadang terasa eh, terperosok semula dalam jurang -- langsung terduduk tak mampu bangun sendiri. gelap tiada cahaya. banyak masa terbazir begitu sahaja. belum dikira kesannya terpalit pada kesayangan, sama.
 
buntu.
tak tahu bagaimana, tercari-cari punca.
 
mungkin kerana susah sungguh untuk menerima hakikat kelemahan diri. menyoal kenapa itu kenapa ini. mengapa boleh berjumpa orang sebegitu sebegini. selama ini kuat menahan, umpama pokok ru yang akarnya kukuh mencengkam tanah. tiba-tiba sekali itu, lemah tak tertahan sedikit ribut dalam kehidupan. atau belum pernah melalui perkara sebegitu, terus hilang idea bagaimana mahu atasi.

walhal, itu cara Dia mahu mengajar supaya jadi lebih baik daripada kita yang dulu.

itulah pentingnya untuk belajar menerima batasan diri, bukan semua perkara di dalam kawalan kita. wajib untuk pulangkan segalanya kepada Dia, berdoa semoga dilindungiNya setiap saat sementara dalam dunia fana ini.
 
acknowledge your feelings.
embrace your past.
self-acceptance is the key.
 
tenang-tenang sahaja, ok?
mari kita gerak terus.

14 Mac 2023

setahun sudah berlalu.

"They say that there are moments that open up your life like a walnut cracked, that change your point of view so that you never look at things the same way again."
— Jodi Picoult

Berbaki 30 bulan sahaja lagi.
Allahumma yassir wala tu 'assir.

01 Mac 2023

selamat tinggal.

hampir 15 tahun dia berjasa kepada kami sekeluarga. akhirnya akibat terendam dalam banjir dua tahun lepas, dia sudah tidak seperti dahulu lagi.  hari ini, kami serahkan dia sebagai pertukaran kepada kenaikan kami yang baru.

semoga tuan baru akan melayan dia sepenuh jiwa, sebagaimana sayang kami kepadanya. terima kasih, Sparky.

dan selamat datang, Skywalker. 

07 Februari 2023

tembakan segenap hala.

Banyaknya soalan yang ditanya, memang perlu dijangka dan bersedia dengan semua kemungkinan.  Anggap sahajalah itu sebagai persediaan untuk menjadi lebih kuat ke proses selanjutnya. Bukannya tak biasa berhadapan dengan keadaan begitu, kan?

Selesai proposal defence.
Mari maju terus.

17 Januari 2023

tiada perantara.

kita ini lemah.
lemah kudrat. lemah iman.
lemah segala segi.

tidak ada senjata paling ampuh bagi seorang hamba, melainkan mengangkat sepasang tangan -- dalam keinsafan dengan hati penuh mengharap; meminta terus kepada Dia yang Maha Esa.

dan tiada detik paling tenang, melainkan sepertiga akhir hening malam -- bangkit bertahajud; meluah dan mengadu semahu-mahunya hanya padaNya.

terlepas semua sesak di dada.
tenang ribut jiwa.