26 Jun 2006

aduh..

sakit perut mengiringi pagi. ditambah jamuan supak seusai perjumpaan kumpulan tadi, sakitnya menjadi-jadi. aduh! di sini, tembikai hanya akan dapat ditemui dalam musim panas. itulah. bahagianya di tanah air. apa saja boleh ditemui, dimakan, di-itu dan -ini. bila-bila masa sahaja.

ini gara-gara sambal sardin semalam. cilinya pedas amat, tetap saya nikmati penuh berselera. maklumlah, sedap.. aha, saya telah mula memasak! ;) hari ini, perut memberontak. meragam setelah lebih 3 bulan tidak diasak yang pedas-pedas.

di sini tiada bawang kecil. daun sup pun yang besar-besar saiznya. daun bawang dijual segenggam gergasi layaknya: umpama persediaan memasak untuk saudara-mara datang beraya persis ikan piranha, yang tidak meninggalkan sisa sedikitpun. *haha! nakal bukan, saya ini?* kicap? yang ada hanyalah kicap cair yang masin. sos cili jenama k*mball? sesekali adalah. itupun di rak barangan impot. alahai.. saya benar-benar rindukan tanah air. ramyonnya? wah, yang ini sungguh istimewa. saya suka benar! tapi saya tetap mahukan kicap... saya mahu makan ramyon goreng mamak...

saya harap, dia akan mengirimkan stok yang secukupnya untuk saya... bolehlah ya? *mata kelip-kelip*