12 Jun 2006

hari ini hari isnin.

sebenarnya sudah lebih 2 bulan saya memerah keringat mencari topik tesis sesuai, kelmarin diilhamkanNya saya. dan saya mahu dedikasikan kajian itu untuk agama, bangsa dan negara. niat saya lagi, untuk menulis tentang teknologi baru yang sedang hangat di sini. saya perlu kaut semua ilmu yang ada. untuk dibawa pulang nanti.

saya mengagumi semangat juang semua penuntut di sini. macam-macam cabang ilmu yang ada. yang saya tak terfikirkan. yang mungkin ramai orang kita tidak terfikirkan juga. mungkin, kata saya. mata saya sangat terbuka di sini. membuat saya bersyukur, peluang ini diberikanNya kepada saya. walaupun asalnya dipaksarela. paksa. tapi saya suka ahahaha ;)

setelah tamat nanti, mampukah saya membawa pulang budaya kuat bekerja dan belajar sepanjang hayat ini? kerana sejarah membuktikan, 'gila kerja' itu membuatkan saya dilayan bagai kain lap: membersihkan kotoran yang ada. kemudian, habis manis sepah dibuang. saya manusia biasa. saya terluka.

oh ya. semua perabot yang saya pesan dari internet telah sampai. perabot-perabot terpakai yang masih elok pun saya beli, dan telahpun dihantar ke rumah. bilik, sebenarnya. cumanya saya perlu menyamak peti ais dan dapur. ah, tak sabar rasanya untuk tinggal di situ sepenuhnya!