13 Jun 2006

pagi yang sangat lapang

pagi ini dia memakai baju warnanya sama macam saya. biru. kelmarin, sama juga. oren. "sehati sejiwa.." saya mengusik dia. wajah dan fizikalnya mengingatkan saya kepada adik saya. saya memanggil dia 'adik'. dan paksa dia panggil saya 'akak' :D sekurang-kurangnya, terubat rindu saya. pada adik-adik. yang jauh di mata *sigh*

dia rakyat Russia. berketurunan sini. masih muda. dan dia calon PhD. saya ini dikira umur biasa menyambung peringkat sarjana. bezanya, saya berpengalaman kerja melebihi 5 tahun. saya tidak berapa mampu bersaing dengan 'darah-darah muda' ini. maka pengalaman itulah banyak membantu. rakan sebilik saya sendiri masih muda. pun mengaji sarjana. 2 rakan serumah lain sedang menyambung PhD. masih muda. awal 30-an.

ini sangat jarang di tanah air. sangat sedikit menyambung pelajaran lepas ijazah pertama. kalau sangat berpeluang pun, yang terlibat dalam bidang pendidikan. saya sendiri mahu memegang duit gaji sehabis belajar. tidak sabar untuk membalas pengorbanan orang tua saya. tetapi di sini, mereka bukan ditanggung pinjaman/biasiswa kerajaan. semua atas biaya sendiri. semangat itu sangat penting. getus hati saya.

saya? kalau tidak dibiayai biasiswa kerajaan sini, takkan mampu ke mari. mungkin hanya tinggal impian. ikutkan, saya dikira terlewat. tapi saya tetap bersyukur.

늦은 것이 안하는 갓 보다 낫다 (nej-en geot-i anhaneun geot poda nat-ta).