23 Jun 2006

tamat I.

semester ini sudah tamat. belum, masih ada ujian hangul. selepas itu: tamat yang muktahir I. dan masih ada 3.

profesor Sweden menyenaraikan artikel saya antara 20 yang akan dipilih untuk diterbitkan. katanya, buku menghimpunkan artikel-artikel terpilih ini akan diterbitkan - jika melepasi mutu yang ditetapkan. wah, sangat seronok ini! bukan apa, ada sedikit rasa hampa kerana tidak terpilih dalam penerbitan jurnal akademik. maka, terpilih untuk projek ini kembali menyuburkan semangat saya untuk memperbaiki pincang yang ada pada artikel-idea-saat-akhir itu.

paling mengujakan, artikel itu akan menjadi penunjuk arah untuk kajian saya sepanjang di sini. sudah nampak hala tujunya. saya sudah dapat mengangkat sauh. dan mula belayar mengembara. ya, saya terlewat. tapi kelewatan ini memberi hasil awal yang manis.

nampaknya angin hendak pulang ke tanah air sudah berhenti bertiup. ada matlamat untuk dikejar. sambil cuti-cuti asia di sini.

kata Mohsen, rakan dari Iran itu: Life is Beautiful. InsyaAllah.

benar. InsyaAllah.