29 Disember 2007

tertinggalkah?

cuti sehingga tahun baru saya gunakan untuk menyiapkan bahagian paling penting - analisa data dan selesaikan regresion equation kajian saya. tanya sahabat² lain, "why do you have to propose your own model and formula?" tidak perlulah bersusah-payah, bukannya ke mari untuk PhD. entahlah. saya tidak tahu. penasihat saya ada dua, ok? prof. jerman kacak bergaya (yang sangat cerewet mengalahkan perempuan!) dan prof. lee. tiba² saja perlu buat tajuk yang membuatkan saya 'dipegang' kedua²nya. maka, tidak hairanlah 'sasau' saya jadi berganda.

sambil diiringi lagu "cintaku tertinggal di malaysia"
, saya dengar bait² lagu dan alunan irama lemak merdu, penuh teliti.. si dia beri pada saya. terusik sekejap hati dek lagu yang comel ini.

kita takkan sangka apa yang bakal berlaku dalam hidup kita pada kemudian hari. saya akui, saya selfish, sehinggakan sanggup meninggalkan dia demi sekeping kertas. it's hard to convince me in a lot of things. maka..

berilah aku satu
keyakinan untuk
kekuatan untuk
kesungguhan untuk
bisa tinggalkan semua untukmu..

haruskah kutinggalkan semuanya yang kumiliki
untuk kuserahkan hidupku
untuk kuserahkan matiku.

oh, dia sebenarnya sudah berjaya meyakinkan saya.. ;)

27 Disember 2007

pedih.

remuk redam hati 'dibelasah' habis-habisan dalam defense pagi tadi. sudahlah prof. Jerman kacak bergaya sudah tiada di sini, prof. lee, penasihat utama saya pula keluar sebentar ketika sesi saya bermula. suara saya agak bergetar.. 'serangan' yang saya terima sungguh menakutkan.

"it's not my problem you have to change your topic and still under progress. this is defense," tegas
호랑이 교수님 (si professor bengis). amboi.. kamu bukan advisors saya, janganlah mudah benar menuduh bukan². kalaulah prof. lee kembali lewat 5 saat saja, agak² air mata saya pasti terhambur. "la la tu jugak," kata orang utara..

dengan pandangan lembut, penasihat saya bertanya, "finish?" dan saya angguk lemah. dia pohon saya keluar dan bilang, dia mahu berbincang dengan panel yang lain.
"kita kerja bagai nak mati, sedaaaaaap je mulut si bengis ni," gerutu hati saya seraya melangkah keluar. ya. si bengis jahat. ombak tak jahat.

saya benci orang bilang tesis saya berpotensi, kalau segelintir menganggap saya hanya bermain² di sini. sakit sungguh bila melihat yang lain dengan mudahnya melepasi halangan tanpa memerah keringat sangat.

i am severely, badly, deeply wounded inside. pedihnya!

26 Disember 2007

hidup dalam mimpi dan kepuraan.

"there is a difference between dreaming and pretending," Jewel berlagu.

apakah yang akan hilang dari saya kalau saya benarkan diri saya berpura²? dan.. apa pula yang akan saya tempuh kalau² saya mahu memilih untuk bermimpi?

& dreaming is a good thing cause it brings new things to life.
but pretending is an ending that perpetuates a lie
forgetting what you are
seeing for what you've been told..

21 Disember 2007

auf Wiedersehen!

sedih amat melihat lambaiannya, saat teksi mula meninggalkan saya terpaku berdiri. senyuman manisnya 'tertinggal' dalam memori, bersama-sama kenangan pahit manis hampir dua tahun menjadi anak didik dia. risau sungguh dia melihat air mata saya yang tidak mahu berhenti. panik sekejap. dengan nada perlahan, saya ucapkan terima kasih dan ampun atas segalanya. dia, seperti selalu, merenung dalam. dan dia bilang, "i have learnt a lot of things, too.."

hari ini, profesor Jerman kacak bergaya pulang ke negaranya. dia takkan kembali semester hadapan, cumanya mungkin akan kembali sesudah itu. saya kira, dia mahu fokus dengan projek EU yang sekian lama menjadi buah hatinya.

semalam, saya temankan dia membeli-belah. hadiah Krismas untuk orang² tersayang. saya tuntut gaji sebagai 'personal shopper'. dia rasuah dengan makanan segera Lotteria. burger udang. rasanya, itulah pertama kali kami menghabiskan masa dengan tidak bertengkar. sekali pandang, umpama anak² kecil yang ketawa keriangan berkongsi cerita, tiada masalah dunia. hilang sebentar gelaran pelajar dan profesor.

saya tidak tahu bagaimana dia mampu bersabar dengan karenah saya.. dia selalu bilang, 'pe'el' saya 'really get on his nerves' dan membuatkan rambut coklat keperangannya memutih. saya pun tidak tahu kenapa saya 'berani' sangat dengan profesor yang seorang ini. barangkali sesiapa yang lalu-lalang di luar biliknya sudah maklum perbincangan kami selalunya 'panas' dengan pertengkaran. dia degil. saya juga.

dia antara sebab untuk saya ceria. stress. marah. letih. bersemangat. tidak bersemangat. a mixture of thousand feelings. dan dialah antara orang yang saya akan ingat, hormat, dan kenang selagi hayat masih ada, antara rencah dalam asam garam hidup di bumi orang.

safe journey, sir.. and tschüs!

16 Disember 2007

bendera putih. yang kelabu.

baiklah. kalau itu yang kamu mahu. lagipun, itu sahaja yang kamu benarkan saya pilih.

saya akan angkat bendera putih. buat masa ini. dan saya memang sangat perlu bersabar. sedikit sahaja lagi.

cuma bendera ini tidaklah seputih mana. ada tanda² kelabu, hanya mampu dilihat dengan mata si kacak dari Smallville.

mata saya, juga.

15 Disember 2007

jangan.

when you still have no publication, and that have been listed are still uncertain and not that amazing anyway *roll eyes*, masih belum pasti akan terbit..

maka, JANGAN:
  • mudah menekan² saya supaya menjadi lebih kreatif. saya tidak nampak di mana kreatifnya kamu.
  • menganggap diri lebih hebat. saya tidak nampak di mana hebatnya kamu.
  • paksa saya berfikiran kritis. oh. kritisnya kamu..
  • ingat double masters kamu mampu mengatasi apa yang pernah saya lakukan dalam hidup saya. sekurang-kurangnya apa saya pernah lakukan adalah praktikal dan nyata. REAL.
dan..apa, kamu fikir kamu ada hubungan dengan dia, kamu boleh 'cuci tangan' mahukan nama kamu dalam hasil kerja saya? semudah itu? perkara yang mudahpun kamu membuatkan masa berharga terbazir begitu saja? just how stupid do you think i am?

naaaahh, honey. I'm not that naive, actually. please, don't take it personally yaah! ;)

11 Disember 2007

hilang seminit.

satu jumaat yang lalu..

lemah gemalainya cik abang kedai buku menjilid draf² tesis saya.. sudahlah saya dalam keadaan depress memikirkan defense keesokan harinya. sudahlah saya perlu lalui 3x defense kerana semua profesor mahu begitu. (apa? 3?? ini sudah kes PhD..) sudahlah kepala saya sendat dengan banyak perkara.

tiba². "are you age 23?" dia bertanya. dengan B.I yang pelat dan kurang lancar. "oh.. anniyo.." jawab saya seraya memberitahu umur sebenar. dia dengan pantas bilang saya boleh panggil dia "uppa" (abang tu..ABANG).. hai..sempat lagi ya.. kalaulah dia itu tidak kelakar, mahu saja saya belah kepalanya. sepertimana Sylar belah kepala hero² tidak berdosa. tapi, terima kasih ya, UPPA..melegakan depress saya. hilang buat seminit.

dengar ya, sahabat²... 23, ok? 23. *wink wink*

07 Disember 2007

saya mahu menang.

si dia pernah berpesan pada saya.. hadapi semua dengan senyuman, menyerahlah untuk menang. diberinya lagu dewa kepada saya dengan harapan hati saya akan lembut jua. dulu.

entahlah.. bagaimana untuk saya menang dengan menyerah, my dear. tidak boleh buat begitu di sini. hati saya juga hampir beku. mungkin salju yang melitupi bumi Seoul turut sama menutup segenap rasa dalam diri.

wahai para profesor.. mahu bagaimana lagi?

you can spend your whole life building something from nothing, one storm can come and blow it all away, build it anyway. you can chase a dream that seems so out of reach and you know it might not ever come your way, dream it anyway
[anyway, martina mcbride]

06 Disember 2007

mahu jadi hero juga!

bila saja Sylar dalam Heroes dengan jahatnya bilang "i'm back" dek mendapat kembali kuasa-kuasa yang dicuri daripada hero-hero yang lain..

ya. saya juga begitu.

i'm back.

02 Disember 2007

yes, i am.

saya ini..
umpama anakin skywalker..
yang selangkah lagi akan menjadi darth vader.