11 Disember 2007

hilang seminit.

satu jumaat yang lalu..

lemah gemalainya cik abang kedai buku menjilid draf² tesis saya.. sudahlah saya dalam keadaan depress memikirkan defense keesokan harinya. sudahlah saya perlu lalui 3x defense kerana semua profesor mahu begitu. (apa? 3?? ini sudah kes PhD..) sudahlah kepala saya sendat dengan banyak perkara.

tiba². "are you age 23?" dia bertanya. dengan B.I yang pelat dan kurang lancar. "oh.. anniyo.." jawab saya seraya memberitahu umur sebenar. dia dengan pantas bilang saya boleh panggil dia "uppa" (abang tu..ABANG).. hai..sempat lagi ya.. kalaulah dia itu tidak kelakar, mahu saja saya belah kepalanya. sepertimana Sylar belah kepala hero² tidak berdosa. tapi, terima kasih ya, UPPA..melegakan depress saya. hilang buat seminit.

dengar ya, sahabat²... 23, ok? 23. *wink wink*