ramai yang saya kenal, sangat bermotivasi. tidak duduk diam melaksanakan tanggungjawab. pun, bukan mudah untuk diterima.
saya dulu. seusai mengisi borang, perlu menunggu. itupun dek dipaksa Abah. kemudian ditemuduga. bayangkan, saya ditanya perkembangan sedari zaman kanak-kanak hingga yang terkini ketika itu: GPRS. kebas duduk lama-lama disoal itu ini. calon lain ada yang tidak sampai 10 minit, saya 45 minit. ada yang tidak risau langsung. "ada kabel." kata yang lain.
kata saya: rezeki itu Yang Maha Kuasa tentukan. jangan takut. pembahagianNya adil.
bohong kalau saya tidak pernah bersoaljawab dengan diri sendiri: mengapa berkorban segalanya. but, i didn't chose the job. it has chosen me. ini cinta pertama saya. betul saya ada juga rasa kecewa. kerana melihatkan rata-rata yang ada, memang sebagaimana yang digambarkan. "orang gomen..." itu sudah biasa terdengar.
saya pun ada pendapat sendiri. bukan semua yang bekerja luar kerajaan itu sempurna. saya telah melihat banyak contoh, pun. mudahnya orang kita mencemuh. tapi tak mahu menyingkap isi yang lebih dalam..
bukan semua begitu. jangan dinilai pada yang busuk. jangan dilemahkan semangat yang berkobar-kobar. masih ada yang berbeza. walau sedikit. bukan mudah menjadi yang sedikit. silap langkah, kita ter'osmosis' bersama-sama yang tipikal. yang sedikit ini, cabarannya bukan kepalang. saya sendiri dilemparkan kata-kata yang tidak mungkin ramai yang sanggup mendengar. bisa. luluh menghiris corong telinga. dan kepadaNya saya berserah.
saya masih bertahan. kerana saya percaya. sinar tetap ada. walau dalam kelam awan mendung mana sekalipun.
31 Mei 2006
30 Mei 2006
dari jauh kita datang..
kata Long, sahabatnya berbangsa cina dan india. di tanah air saya. berbeza. fizikal sudah tentu. pakaian. jauh lebih moden. "may be it's because of your religion." dia.
alangkah panasnya hati saya. bertubi soalan saya kepadanya. menuntut penjelasan yang lebih. "you are rude. VERY rude" antara teguran saya. kerana penguasaan bahasa saya agak tinggi, saya tahu menggunakan kata-kata mudah dan sopan. tapi menyengat. yang nyata, dia tahu saya sangat pissed off.
perbualan itu berakhir. dengan baik. saya pun sudah tidak kuasa hendak marah-marah. sudah penat. lebih-lebih lagi di sini. dan saya mahu dia berjanji, hormati agama saya. kerana saya hormati agama dia. dan agama lain juga.
friendship should be pure, based on honesty and mutual respect. by not forgetting we came from different side of the world, we have different culture and language. the gap is there, but we'll harmonize everything despite of this complicated situation. uncertainties has changed many people. it's hard to stay put and firm on our feet. but we'll survive. at least, we learn to.

28 Mei 2006
masih.
semalam. 3 bulan yang lalu.
"ladies and gentlemen, may i have your attention, pls. we have now landed at Incheon International Airport..bla bla.."
saya sudah tidak mendengar apa-apa. mata asyik memandang ke luar. saya sudah sampai! beriringan dengan jejaka yang tadinya duduk di sebelah, kami memasuki ruang pendaftaran. dan bagasi. baik hati sungguh dia. membantu sekadar yang boleh. mungkin kerana saya ini orang asing, pertama kali di sini. sebenarnya, pertama kali di negara orang. mungkin kerana dia tertarik mendengarkan saya ini bakal menjadi warga institusi yang menjadi idaman dan pujaan mereka. saya tidak tahu. saya benar-benar berterima kasih padanya.
yang menyambut, memegang papan tanda tertulis nama saya. Lorena tiba sejam kemudian. kami bertolak ke destinasi. destinasi yang menjadi taruhan 2 tahun akan datang.
suhu sejuk menyambut ketibaan. "winter is jealous of spring. they don't want to let go." kata mereka. mata saya tidak berkelip menikmati 'dunia' baru ini. rusa masuk kampung. saya mengusik diri sendiri.
3 bulan kemudiannya. sekarang.
semuanya masih sukar. cuaca yang tidak menentu. peraturan diubah-ubah: sesuka hati. inikan negara mereka. masa yang suntuk. jadual menyesakkan nafas. selera yang makin berkurangan. berat semakin menyusut. tetapi saya makin membiasakan diri. bezanya, dengan umur yang semakin meningkat. saya sudah tidak secergas dulu. tidak pantas 'menyerap' ilmu. bergelut. mencari dan terus mencari.
tidak mengapa. saya masih ada 21 bulan lagi.

27 Mei 2006
hujan rintik-rintik..
hai cinta, dengarkanlah aku ingin bicara. tentang aku dan kamu. tentang cintaku padamu..
lagu kegemaran saya! asal dengar saja, rasa 'jiwa-jiwa' sedikit (baca: banyak sebenarnya) ;)
"how come you are so sure he IS the one?" Haiping. dari China dia datang.
"you know..i don't think you'll get married..you know..with him..well..it's two-year waiting..you know.." Lorena yang dari Chile. pekat dengan loghat latinnya.
"i'm sure he is a very-very-very rich man and very-very-very handsome.." Hoan pula. *wawawaah. teori apa ini? getus hati saya*
"well, ask him to come here! my wife's coming, too." Flavio. dari Brazil.
"you can find one here. we are SINGLE here. right?" ujar Long. rakan senegara Hoan.
senyum. hanya itu yang mampu. benar, kita tidak dapat meramal apa yang akan terjadi. kita bukan Nostradamus. yang entah betul entah tidak. di tanah air dulu, keputusan saya menyahut cabaran menimba ilmu ke sini turut mengundang banyak tanda tanya rakan-rakan lain juga.
"dia cari lain esok baru tahu!" rakan 1.
"hai..confidentkah, maklumlah, jauh-jauh?" rakan 2.
"good luck sajalah pada si dia tu." rakan 3.
yang lain: "wah, seronoknya berjalan negara orang!!"
bersamamu kurasakan cinta..bersamamu kumerasa rindu..bersamamu ku bisa jatuh hati..bersamamu kurasakan sesuatu..yang tak pernah kurasakan sebelumnya..
"jodoh ini, aturan Yang Maha Kuasa. kita dah buat yang termampu. lainnya, kita berserahlah..bukankah hidup ini harus selalu berusaha dan berserah kepadaNya.." Mak.
terima kasih mak.
ini hanya teriakan perasaanku..tentang perasaanku kepada dirimu..yang semakin hari semakin menjadi jadi..hatiku sudah memilih kamu menjadi separuh nafasku dan separuh jiwaku kamu menjadi bagian hidupku..

25 Mei 2006
situ dia rupanya..
rupanya. dia di sini. pakcik seri pagi saya. masih dengan senyum itu, senyum seorang ayah.
hati saya menyumpah seranah sekembalinya dari kelas. kelas oleh profesor Jerman kacak bergaya. opsss, saya masih perlukan sedikit hiburan, bukan? cadangnya mahu menghabiskan tugasan yang perlu dihantar hujung minggu. alangkah hairannya! saya gagal membuka pintu berkunci digital itu. ditekan-tekan nombornya, masih belum boleh dibuka. bateri kong rupanya!
hampir 3 jam saya menunggu rakan serumah pulang. hati makin bengkak, otak sudah masak barangkali dengan tingginya suhu amarah saya. lantas saya berkeputusan untuk menjenguk bilik rakan. sementara menunggu pejabat penyelia pelajar dibuka jam 1900. dan hampa benar saya, mereka yang dilantik untuk menyelia ini sedikitpun tidak memahami bahasa mat salih paling mudah sekalipun. saya disuruh ke bangunan lain untuk mengambil master key dari pihak berkenaan. bagaimana ini? saya bukannya pandai berbahasa hangul! mulayo!
badan makin hangit, digagahkan juga mencari tempat dimaksudkan. sambil mencongak-congak bahasa isyarat apa yang boleh saya gunakan nanti. dari jauh, saya sudah mula terdiam. eh, pakcik itu! seri pagi saya!
dia menolong saya membuka pintu -ya, secara manual *sigh*- sambil mencuba sedaya upaya membuatkan saya faham percakapannya. saya hanya mampu ketawa dan mengangguk seolah-olah faham. dia menyuruh saya masuk seolah-olah saya ini anak perempuan kecilnya. patuh, saya mengucapkan kamsa hamnida. dan annyong haseyo.
malam itu, sebelum tidur. hati berlagu riang. irama lagu 'pok pok bujang lapuk' sayup kedengaran. lalalalalalalalaallala! lalalalalalalalaallala..

24 Mei 2006
anak semua bangsa.
letih saya dari turut serta dalam hari muhibbah adik-adik pelajar malaysia di sini ahad lepas, masih terasa. musim bunga sebegini, siangnya panjang benar. mata pula tidak boleh terlelap sebaik hari terang yang seawal 5 pagi. cuba untuk berehat, apakan daya.. tugasan yang menimbun 'menjerit-jerit' menuntut perhatian. perlu disegerakan. hai, bertambah lesulah saya jadinya. entahlah.
beberapa hari yang lepas. bersungguh-sungguh saya ketawa dan menikmati hari minggu. menjamu mata, telinga. perut sudah pasti :) buat sejenak, saya lupa pada kerisauan saya. buat sejenak, saya merasakan saya di tanah air sendiri. buat sejenak, saya fikir saya muda kembali. ya, si manis 19, kata orang.
saya memandang adik-adik yang sedang berjuang di bumi asing ini sebagai rebung. masih boleh dilentur. tinggi semangatnya setiap yang ada: terpancar jelas pada wajah-wajah yang masih naif. dan bersih. hati saya berkata-kata, wajah inilah yang melapisi generasi anak bangsa nanti. wajah inilah yang akan tergalas pada bahu mereka, cita-cita dan impian. besar benar harapan saya, moga jalan mereka itu sampai ke tujuannya. hati sentiasa tetap, dengan pendirian yang betul.
serta bangun. mencorak masa depan yang lebih membahagiakan.

20 Mei 2006
asam garam yang pelbagai
hari ini, harijadi Hoan. rakan saya yang dari Vietnam. senyum, saya memandang dari jauh. semua bertepuk tangan. menyanyikan 'happy birthday'. rakan saya yang changnankkulogi itu. sentiasa menghiburkan. :)
bukan mudah bercampurgaul dengan pelbagai bangsa, pelbagai negara. ingatkan di tanahair sudah berbilang kaum percampurannya, maka di sini pun agaknya tiada masalah besar. salah perkiraan: makin besar cubaan. lain yang disampaikan, lain yang ditafsirkan. sampai, saya lebih memilih untuk diam, hanya tersenyum. dalam hati, mencongak-congak kata yang sesuai. tapi tak tersuarakan. senyum lagi.
asam garam yang pelbagai ini, harapnya akan lebih mematangkan saya. saya melihat diri saya dari penjuru yang lain sekarang. mengajar saya memandang ke belakang tanpa kesal. terus, memandang ke hadapan dengan harapan.

18 Mei 2006
seri pagi
dia seolah-olah menunggu saja saya keluar setiap pagi. menunggu dengan senyuman manis bak seorang ayah, sambil mengucapkan 'annyong haseyo' kepada saya. dan, sudah tentu, saya dengan gembiranya membalas 'annyong haseyo' kepada pakcik jaga itu. ada masanya, ketika saya pulang dari jadual padat kelas yang meletihkan, dia masih di situ dan tetap dengan senyuman ayahnya itu.
kebelakangan ini, saya malas. mula bergerak ke yangusil pun setelah jam 0700. entah kenapa. semangat pun semakin merudum. namun pagi ini, tiba-tiba saya teringatkan dia dan rindukan senyuman ayahnya itu. saya keluar jam 0630. saya hampa. dia tiada di situ.
hilang seri pagi saya..

17 Mei 2006
sudah boleh baca hangul..
dulu. saya selalu saja terkial-kial mengeja dan menyebut patah-patah perkataan yang sonsaengnim ajarkan. satu-satu. sekarang, saya sudah boleh tersenyum. saya sudah pandai membaca hangul. hangulmallel paeumnida.
cuma saya masih belum mengerti. nantilah. saya masih merangkak lagi. nanti.

16 Mei 2006
ada apa dalam periuk?
sudah hampir 3 bulan saya di sini. mengembara demi mencari apa yang selama ini ingin dicari. dan tergerak hati saya untuk mula menulis.
ada apa dalam 'periuk' hati saya? ada 'rendang'. 'ayam masak merah'. 'soto suhun' mungkin. terbaru, ada 'kimchi' bagai. :)
p/s: saya sukakan nama 'tudungperiuk'. kepingin sekali untuk menamakan blog saya ini dengan nama sebegitu. ah, saya terlewat..nama itu sudah dipunyai. benar, saya selalu saja lewat. lewat serba-serbi. *sigh*

Langgan:
Catatan (Atom)