16 Ogos 2006

화이팅!

saya paling tidak sanggup apabila menaiki pengangkutan awam yang tepu dengan bau minuman beralkohol. apa? seawal pagi? membuat otak sebu. isi perut menggelodak. tekak mual. aduh.. tak sanggup rasanya. dalam hati berkira-kira. cepatlah sampai..

esok dan lusa saya akan menghadiri persidangan yang akan dianjurkan oleh tempat saya mengaji. mengambil peluang mendengar kertas-kertas kerja dibentangkan oleh pakar-pakar serata dunia. maklumlah, saya bukanlah pandai sangat. maka wajiblah saya belajar banyak-banyak. lebih daripada yang lain.

saya mengaji, berbeza daripada apa yang saya pelajari dan lakukan sebelum ini. masih dalam bidang yang sama, namun diperluaskan kepada polisi, peningkatan teknologi dan pembangunan ekonomi melalui ICT. baca tajuk nampak mudah. peritnya? yang melalui lebih tahu. rakan saya yang bakal melanjutkan Ph.D ke Glasgow September ini, Atikah namanya, memberi semangat. dahulu, dia juga mengaji sarjana dual mode. sama seperti saya sekarang. terima kasih, Atikah.

walau di mana jua kita mengaji, kemahuan dan semangat sangat penting. pokok pangkal, pada diri sendiri. kamu ambil mudah, kamu juga yang rugi. itu perkara pertama saya pelajari di sini.

hujan emas ini banyak mengajar.